Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Takkan Ku Ulangi Dah..

Nak tahu apa yang umi tak nak ulangi dah perbuatan tu??? Meh baca citer umi...


Umi takkan keluar dah tanpa suami di sisi kalo bawa anak naik komuter pada hari minggu. Hu penat wei. Ni semua gara-gara nak bawa adik, sepupu dan kawan dia datang dari kampung. Coz nak gi tengok wayang . Bayangkanlah, hari kami keluar adalah hari ahad. Komuter confirm penuh. Nak bergilir dukung si adha dengan adik mana boleh coz umi dok bhgn tempat duduk khas perempuan je. Adik umi confirm tak boleh masuknye. Mujurla ada amoi tue faham kasi tempat duduk. Tapi tak jadi juga Adha dah merengek je dalam komuter tu coz orang dok menghimpit... Serik-serik. Takkan naik dah...

Kat sinila kiteorang pergi tengok wayang. Bila dah sampai adha plak tak nak berjalan nak berdukung je. Adoi, patah pinggang mama. Kalo datang naik kete boleh letak dia dalam stroller. Ni naik komuter mana blh naik stroller. Bergilir la dgn dorang dukung adha. Tapi takda maknanye. Sekejap je boleh. Pastu cari mama balik. Penat nye mama. Kaki dah rasa nak tercabut.

Nak beli tiket, boleh plak adik-adik umi ni suruh umi yang gi beli. Dahla ramai orang plak masa tu. Umi gi jugala coz dorang tak pernah gi beli pun. Kakak yang baikkan, tolongla adik-adik dia. Walaupun dah nak tercabut kaki berdiri lama nak dapatkan tiket.


Citer yang kiteorang nak tengok sebenarnye citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tapi tiket tu dah habis. Dia hanya di tayangkan jam 5.30 petang je. Takda dha time lain. Kecewanye. Beratur penat-penat tiket plak habis. Masa beratur tue adik dok msg kata adha dah meragam coz ngantuk. Tula sape suruh taknak beratur sendiri. Jadi layan la anak buah ko tue...


Dah tak dapat tengok cite Hantu Kak Limah kiteorang decide nak tengok citer ni. Tiket 12 ringgit je harganye. Tapi nak dapatkan tiket ada dlm setengah jam. Pastu dapat plak tempat duduk dua dari hadapan. Melangutla dok dalam. tue... Kalo tak bawa adhakan umi nak je tengok citer hantu. Taknak umi tengok citer ni.. Masuk je dalam panggung adha dah nangis nak tido. Ada dalam 10 minit citer tu berjalan adha dah tido. Mamanye ingatkan nak tido juga coz letih tapi takda maknanye bising ada la... Ada dalam 20 minit citer tu nak habis adha dah bangun. Kalo bangun tak nangis takpe. Ini idak dia dah nak buka radio dia dah dalam panggung. Apa lagi, umi angkat keluar adha tunggu adik-adik habis tengok kat luar.

Labih kurang kul 9 malam baru kiteorang samapi kat rumah. Mujur dalam perjalanan balik adha tak meragam coz orang tak ramai. Lagipun ramai plak awek2 yang nak main dengan dia. Lagi sukala dia... Smpi rumah bagi manda, pastu terus tido. Penat berjalan gamaknye..

Umi dah serik dah bawa jalan anak naik komuter. Takkan ulang dah selagi adha tak besar (4-5 tahun).. Kalo nak gi juga tunggu suami ada kat rumah gi naik kete. Senang.