Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Ada Gaya Tak???

Ok mula-mula kite duduk diam-diam yea. Pandang kiri kanan.

Nak tengok kat depan kena berdiri barula nampak. Mama? kite tolak tepi.

Ayah takda jadi biar adha yang bawa. Pegang stereng kemas2 pastu mulut bunyi macam bawa kenderaan.

Tengok sampai ternganga mulut-mulut nak bawa lori punya pasal.

Patutla tak jalan mama. gear tak masuk lagi ni.

Sekarang kite kena bawa sambil berdiri coz adha kecik jadi tak nampak di hadapan..


*** Layan gambar je yea kawan-kawan. Umi masih tak berapa nak sihat.
*** Kenapa yea sekarang adha dah kuat merengek je. Mak umi kata lagi dekat nak due lagi banyak akal dia nak tarik perhatian..

Bulan 1 adalah bulan paling sedih...

Kenapa bagi umi bulan 1 adalah bulan paling sedih bagi umi? Kenapa orang lain suka bila kedatangan tahun baru? Kenapa umi tidak...

Pada bulan 1 inila ada kisah tragis di dalam family umi 3 tahun lepas. Kisah yang kami 1 family tak boleh nak lupa sampai bila-bila. Pada bulan satula kami mengalami kesedihan yang akan ingat sampai mati. 5 Januari 2008 jam7.30 malam, umi satu family telah kehilangan salah satunye abang yang kami sayang. Anak lelaki sulung dalam keluarga. Arwah abang umi telah terlibat dalam kemalangan pada tarikh itu. Hanya 2 minggu selepas kami 1 family menyambut kedatangan abang ipar.

Tapi kami 1 family redha dengan apa yang di takdirkan oleh Allah. Allah lagi sayangkan abangku. Semoga abangku di tempat di kalangan orang soleh. Amin...

Tahun ini, bulan 1 jugala aku kehilangan kawan semasa sekolah pada 1 januari 2010 akibat kemalangan juga. Semalam ayah sahabat karibku di kampung telah meninggal dunia jam 1 tgh hari. Semoga kawanku tabah mengahadapi dugaan dari Allah. Maafkan diriku tidak dapat menemani mu sewaktu kau dalam kesedihan. Aku sedekahkan al-fatihah dari jauh untuk ayahmu yang sudah ku anggap macam ayahku sendiri...