Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Campak Keladi

Jumaat baru-baru ni kakak telah di serang penyakit campak keladi.
Ntahla itula nama yang umi dapat bila mak, pengasuh dan orang office cakap.
Penuh satu badan dari muka sampai kaki.



Tengokla muka kakak yang kelihatan macam comot.
Kakak masa ni baru je lepas baik demam.
Malam jumaat tu dia tido dah macam gelisah.
Miang kot.
Pagi tu umi angkat nak nyusu terkejut penuh biji-biji merah.


Tengokla kat badan pun ada.
Merengek hanya Allah yang tahu.
Mujurla adik tak kena.
Tapi mengacau kakak lagi adala..


Ini gambar bahagian belakang.


Bila tengok kakak kena macam ni teringat isya anak mama ely pernah kena baru-baru ni.
Terus tanya kak ely ubat apa dia guna.


Kak elly cakap sapu air kelapa ataupun bagi minum.
Isya dapat ubat makan bila pergi klinik.
Tapi kakak dapat ubat sapu je.



Alhamdulillah hari sabtu dah makin hilang biji-biji merah kat badan.
Cuma kat muka je masih kelihatan sedikit.
Terima kasih kasih kak elly bagi petua tue.
Cuma kembar umi tak bagi minum air kelapa cuma sapu je kat badan.

Tiada ulasan: