Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Tidak Pernah Berjauhan: Anakku Demam

Semalam bali kerja terlalu excited nak berjumpa dengan anak-anak yang dah umi tinggalkan selama 3 hari. Tahap rindu dalam hati tu tak payah nak cakap. Sampaikan termimpi dalam tido.

Tapi bila pergi ambik, sedih tengok anak-anak tersenyum melihat umi. Sambil menjular ke arah mama. Adha? terjerit di muka pintu bila nampak kereta parking.

Tapi adik demam. Panas badan baru 38'c. Mesti demam rindukan mamakan. Kesian anak-anak mama. Kakak masih dedar lagi badannye. Tak merengek macam adik.

Sampai je rumah badan adik makin panas. Makan ubat bukak baju baru tido bertemankan tuala basah. Kakak muntah 2 kali malam tadi. Batuk kerap sangat. Menangis tak usah dikirakan lagi.

Adha, tak berenggang langsung dengan umi. Makan keropok nak disuapkan, nak boleh ke tido suruh digarukan belakang. Akhirnye tido di celah ketiak umi sampai pagi.

Sayunye hati bila melihat anak-anak begini. Baruku tinggalkan 3 hari. Bagaimana berhari-hari umi tinggalkan. Tak dapat umi bayangkan.

Kerenah adik pagi ini lagi menyedihkan hati. Sampaikan umi nak mandi pun tak boleh. Menangis bila melihat umi tiada disisi. Menangis bukan menangis biasa tapi sampai tiada suara(selak).

Maafkan mama. Mama bukan sengaja meninggalkan anak-anak mama. Sayang anak-anak mama.

1 ulasan:

Salina@IbuAqil berkata...

Alahai!! Sedih rasa hati.. Moga cpt smbuh ye.. ;)