Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Surat Untuk Anak2 Mama :Maafkan Mama Sekali Lagi Sayang...

Htai seorang ibu yang rapuh.

First sekali mama nak minta maaf kepada anak-anak mama. Mama dah tiada pilihan lain sayang. Bukan sengaja mama meninggalkan anak- anak mama kepada cik mimi. Mama terpaksa sayang,

Buat pengetahuan anak-anak mama, mama tak lena tido malam tadi. Menangis sendirian akhirnye terlelap seketika hapir subuh pagi tadi. Mama rasa kosong hidup mama malam tadi. Mama terngiang-ngiang suara anak-anak mama nak susu. Mama terpandang bauaian kosong. Disebelah mama juga kosong. Di mana anak-anak mama?

Baru 1malam anak-anak mama tiada dengan mama, mama dah terasa sayu hati. Macam mana nak tempuh 2 esok dan lusa? Mampukah mama berjauhan dengan anak-anak mama?

Sewaktu mama nak meninggalkan anak mama kat rumah cik mimi, mama berulang kali mencium anak-anak mama. Sebak di dada tak usah diceritakan lagi. Mama sayu. Mama tak pernah berjauhan dengan mama adik dan kakak. Tapi dengan abang mama pernah berjauhan selama 4 bulan. Itupun mama bagai nak hilang akal di awal peninggalan abang.

Malam tadi mama asyik masage dengan cik mimi. Dah pukul 11 malam kembar masih tak tido. Rindu sama mamakah? Kalau kat rumah kul 8malam tido sampaila ke pagi. Mama dah risau sampaikan duduk dah tak senang.

Pagi tadi, mama telefon cik mimi. Bertanyakan hal anak-anak mama. Rupanya adik dan kakak meragam tidak mahu tido. Menangis. Tido kejap pastu bangun. Abang? pun sama menangis mencari mama. Ya Allah bertambah-tambah lagi kerisauan hati mama. Mama nak menangis!!! Mama rindu!

Untuk sedapkan hati mama, mungkin anak-anak mama berubah tempat itula sebab meragam malam tadi. Takpe sayang petang nanti insyallah ayah akan pergi melawat anak-anak mama. Mungkin akan terubat rindu anak-anak pada mama dan ayah.

Untuk anak-anak mama, mama sekali lagi mohon maaf meninggalkan kalian selama 3 hari. Mama janji ahad malam mama pergi ambik anak-anak mama. Mama rindu sama kalian bertiga. Rindu yang tak mampu nak diucapkan buat mama yang tak pernah berjauhan dengan anak-anak mama.

Maafkan Mama...

Tiada ulasan: