Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Si Cranky Kesayangan Family



Inila si cranky kesayangan semua. Diala paling lasak antara kakaknye. Ni boleh jadi geng lawan / main dengan abangnye besar nanti.

Perwatakan adik sentiasa senyum. Agah sikit je mesti senyum punya. Menjulur dah laju meninggalkan kakak. Dia dah belajar nak merangakak. Posisi merangkak dah betul cuma tak bergerak ke depan je lagi. Asyik goyang depan belakang je.

Bab merebut barang pun bagi kat adik. Pantang nampak kakak/adha  pegang barang. Laju je dia gi ambik. Pastu senyum dengan muka tak bersalah.

Tapikan kalo bab nangis bagi kat dia. Selagi tak nampak mama lagi tu nangis. Tapi senang senyap bila didukung. Adik ni jenis penakut sedikit. Terutamnya bunyi mesin(blender). Semalam blend beras nak wat bubur sampai selak dia nangis takut.

Kalau waktu dia sakit pun adik tetap lincah. Sampaikan doktor kata ni sakit ke tak. Budak aktif sakit pun nampak macam tak sakit.

Bab makan adik jugak menang. Suap je apa pun, nganga je mulut dia. Tak susak macam kakak. Betul-betul lapar baru dia buka mulut. Tula adik jadi mangsa adha suap makanan.

Walaupun kuat makan berat badan adik tak naik banyak. Adik lebih ringan dari kakak. Hari tu follow up hospital adik baru 5.81 kg. Kakak dah 6.17kg. Takpela. Janji dorang sihat sudahkan.


Noted: Selalunye kembar adik mesti lebih aktif dari kakak kan?

1 ulasan:

sHIdA berkata...

biler dah berdua.....yg sorang lg msti mengalah....janji anak2 kiter c hat......btol x........