Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

HalF Day : Follow Up Hospital

Penatnye hari ni. Ingatkan masa pregnantkan kembar hari tu je kena follow up tiap-tiap bulan kat hospital kerajaan(klang). Tapi kembar pun kena tapi tidakla tiap-tiap bulan. Ni semua gara-gara kena asma masa demam teruk bulan 7 hari tue la ni.

Tapi tidak mengapa untuk kesihatan anak-anak juga umi perlu berkorban. Siapa tidak mahu anak-anak sihatkan?

Tapi hari ni penat dengan ramai pesakit. Penuh kerusi. Penat mendukung kembar sambil berdiri. Kalau dapat pun satu kerusi je. Suami terpaksa berdiri sambil memegang stroller satu. Bilala boleh beli twin stroller ni? Mahal tu.

Pesakit tidakla ramai atas kerusi menuggu tu. Tapi mak bapak yang ramai. Pastu yang sakit sorang je, anak-anak bawak 2 3 orang. Bising macam pasar. Hihihi. Nasib baik adha umi tinggal rumah pengasuh. Tak terlayan umi nanti.

Alhamdulillah hasil checkup tadi kesihatan twin memuaskan. Walaupun cuaca sejuk panas kesihatan twin dalam stabil. Cuma sekarang twin tengah batuk + selsema. Tapi tidak teruk. Biasa je.

Tarikh follow up balik adalah 4 bulan akan datang iaitu 5 March 2012 jam 8.30 pagi.





Noted: twin meragam 2 3 hari ni. Kakak dha tumbuh satu gigi, adik belum. Adoi...

Tiada ulasan: