Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Hajat Yang Tidak Tahu Bila Kesampaian

Please, kalau agak korang ini N3 mengada-ngada jangan baca yea!

Ramai orang tahu umi mempunyai anak kembar yang baru berusi 8 bulan. Twin umi bukan jenis suka di pegang. Twin suka bebas di bawah. Mungkin twins rimas bila di pegang.

Bila dalam kereta mereka lebih suka dibaringkan di atas car seat or di tempat duduk belakang saje. Walaupun perjalanan yang jauh. Kalau nak tido umi ambik riba menangis macam di pukul. Bila letak bawah nyenyak dia tido.

Di rumah pun begitu. Memang umi ajar dari awal tak dipegang sangat. Cuma ambik dukung nak main, mandi dan angkat bagi tido dalam buai. Kalau dalam buai tidak payah di henjut. Twin tido sendiri. 

Tapi jadi masalah kalau gi klinik atau hospital. Teringin benar beli benda ni. Memang bila tengok orang kata mengada-ngada. Dukung je la anak tuekan. Memang boleh dukung tapi bila nak tido jadi masalah. Hospital / klinik kerajaan ni memang terkenal dengan sistem yang sedikit slow. Twin boleh tertido 2 3 kali sementara nak tunggu.

Twin bukan suka tido dalam dakapan mama / ayah. mereka lebih suka tido di bawah atau dalam stroller jika ke hospital / klinik. Umi cuma ada satu je stroller itupun bekas adha punya. Nak beli yang lain masih belum ada rezeki. Gaji pun berapala sangat kan.

Korang bayangkan dengan stroller satu tu, bergilir dorang tido. Bukan umi nak biarkan anak umi menangis mengantuk tapi memang macam tu perangai dorang. Kalau adik yang tido dulu kakak akan tunggu sampai adik bangun. Macam itula yang berlaku sebaliknye.

Kalau tido dalam dakapan umi pun mesti teresak-esak menangis baru twin tido. Sedinye. Maafkan mama sayang. Kalau ada duit mama akan beli yang ini:

Yang murah-murah aje.

Yang ini ke?

Ataupun yang ini.

Bilakah harapan akan menjadi kenyataan ? 

Noted: pakai jela apa yang ada. Bersabar itu ada hikmahnye.

2 ulasan:

alyyani berkata...

beli lah umi. rasanya kalau twin umi tu mmg perlukan. apa kata sebulan bila dpt gaji put aside sikit utk stroller. let say sebulan seratus ke? cadangan je. tp bagus anak2 umi tak diajar bedukung. jarang baby2 mcm tu. and tak ramai gak baby2 nak dok kat stroller :)

Nigina berkata...

belilah umi.. saya rasa kat mudah.com banyak yang murah.. ada tu jual rm200 or rm100 lebih pun ada... kekadnag barang letgo pun elok janji kena tgk elok ke tidak... sy juga ada survey.. yele elok juga tu anak anak yang rapat rapat..