Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Bersalahkah Umi?

Dimana harus umi mulakan cerita? Dimana umi harus meluahkan perasaan umi? Hanya disini mampu menulis tak banyak sekadar meringankan beban di kepala.

Pagi tadi menghantar anak-anak dengan serba salah. Bukan kerana BS buat hal tapi kerana sikap seorang ibu kepada anak yang di jaga oleh BS anak-anak umi.

Bukan umi memaksa BS tu menjaga anak-anak umi setelah BS lama tak nak jaga secara mengejut. Tapi BS ni dengan rela hati nak menjaga walaupun pada mulanya umi ingatkan nak hantar 1 minggu sebelum mencari BS lain. Tapi alhamdulillah BS umi takda masalah dan mahu menjaga terus anak-anak umi.

Tapi semalam, sewaktu ambil anak hujan masih turun walaupun tak lebat. Umi ambil kesempatan bersembang dengan BS sementara menunggu hujan berhenti. Umi bicarakan pelabagai hal termasuk perangai anak-anak umi. Tapi kawan-kawan jangan salah sangka pulak yang umi nk jenis cerewet.

Tidak! umi jenis biasa je. Kalau anak umi nakal nak marah dia marah je. Sebab umi tahu anak umi nakal macam mana. Tapi janganla marah macam marah kat orang dewasakan. Umi jenis kalau benda yang berlaku kat anak-anak umi tak teruk umi tak berapa ambik peduli tapi kalau tragedi macam BS lama memang umi bising.

Dalam duduk sembang tu, baru umi bertanya mana lagi sorang anak jagaan Bs umi? Mula-mula dia segan nak bercerita tapi akhirnya dia bukak jugak mulut bercerita.

Rupanya ibu kepada budak tu tak suka BS ni jaga anak orang lain. Dia nak BS ni jaga anak dia sorang je. Dia suruh BS ni cakap kat umi jangan hantar anak dia kat sini. Tapi BS umi ni taknak. Last-last ibu ni bawak anak dia hantar rumah orang lain.

BS umi ni tak kisah tapi umi pulak rasa serba salah. Coz pengasuh ni dha jaga budak ni drai umur 2 bulan lagi. Sekarang budak tu dah 1 tahun 6 bulan.

Erm, umi rasa macam umi pulak penyebab BS umi hilang sumber rezeki. Bersalahkah umi???


Noted: Kalo la BS tu cakap taknak jaga manala umi nak cari BS lain? Nak dapat semurah ini Rm 500 Sebulan?

1 ulasan:

Salina@IbuAqil berkata...

Jgn ckp mcm tu.. Dh rezeki dia jaga bdk tu takat ini saja sbb allah dh ttpkn rezeki BS tu dtg dr jaga ank2 ummi.. Asalkn dia jaga elok2 ummi jgn sush ati ye.. ;)