Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Balas Dendam

Jangan ingat ini n3 marah-marah lagi. Malas dah nak marah ataupun luahkan perasaan. Lebih baik terapi dengan perihal anak-anak lagi bagus.

Umi nak cerita perihal si twin umi tue. Sejak kena tinggal 3 hari bersama mak cik dia, twin macam balas dendam tau kat umi.

Tidak boleh berenggang langsung. Adoila! Korang cuba bayangkanla, sampai rumah umi nak gi buka tudung pun dorang dah nangis tak nampak umi.

Nak masak lagila. Menangis bagai nak cabut nyawa bila tak nampak kelibat mamanye. Bila nampak baru senyap. Penat owh. terlari-lari sambil masak. Nasib baik tak hangus. Silap-silap umi dukung twin masuk dapur. Penatnye..

Time mandi pun kena cepat la ni. Tak boleh lama-lama dalam bilik air. Kang ada bunyi radio menjerit kat depan TV.

Bila twin tido barula aman sikit. Tapi berperang pulak dengan si abangnye. Payah benar dah nak tido. Dulu kalau payah nak tido masuk je buai terus tido. Sekarang dah tak nak buai. Angkat menjerit dia. Nak boleh dapat berkerjar 1 rumah.

Kurusla umi yang dah kurus macam lidi.

1 ulasan:

Salina@IbuAqil berkata...

Hik3!!! Diorg nak perhatian yg super duper dr ummi tu.. ;)