Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Apabila 3 Beradik Bergambar : Mama Yang Excited


Memang payah bebenar nak dapatkan gambar 3 beradik ni tau.
Tambah lagi si twin dah boleh bergerak bebas.
Penat dah mengejar.
Ni twin tengah berlatih nak merangkak.
Angkat bontot tinggi-tingi, goyang depan belakang pastu jatuh.

Hari sabtu, ntah macam mana 3 beradik ni dok main bersama.
Huhu seronoknye tengok.
Bila nak tangkap gambar dorang bagi kerjasama.

Jom layan gambar dorang:
(guna kamera handphone je)







Adik nak terkam handphone mama.

abang yang dah pandai berposing.

gelak besar bila tengok flash

lagi gelak. Adik nak lari.

Bila tengok gambar ni macam tak percaya umi dah ada anak 3.
Ha! Cepatnye masa berlalu.
Twin pun dah 8 bulan.
Tahun depan dah boleh jalan.

Inila anugerah terindah dari Allah buat umi.

Tiada ulasan: