Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Anakku Lasak : Hyperaktif ke Dia?

Menghitung detik untuk sampai ke hari kelahiran ke -2 buat sibujang umi sorang. Cepatnye masa berlalu. Dah berginjak ke 2 tahun umur si anak umi. Alhamdulillah ya Allah. Aku bersyukur teramat sangat dengan kurniaan yang engkau berikan.

Mari umi ceritakan serba sedikit perihal adha tatkala usia dah nak cecah 2 tahun.

  • Seorang yang penyayang terhadapa dik-adiknye. Tidak memukul adik-adiknye walaupun adik-adik mengacaunye.
  • Senang menerima arahan. Seperti mengambil kain napkin, pampers atau barang.
  • Sudah pandai bercakap banyak perkataan walaupun pelat seperti: yak(berak),bus(lori/bus),pers(pampers),tah(muntah), mandi,uhuhu(susu),wit(duit)pok(keropok),dll.
  • Bila suruh tengok adik berak ke tidak, dia akan gi tengok sambil selak pampers adik. Walaupun tak berak dia tetap cakap yak sambil wat busuk.
  • Suka bermain di rumah sendiri. 
  • Menangis bagai nak rak kalau gi rumah pengasuh pagi-pagi.
  • Kurang sudah berjaga malam nak susu.
Itu sahaja yang mungkin umi boleh ringkaskan perangai adha buat masa ini. Tapi satu je yang tak sedap didengar.

Anak lasak ni semuanye hyperaktif ke?

Bukan apa ada orang kampung cakap anak umi hyperaktif. Sebagai ibu umi tak nafikan anak umi lasak tapi takdale sampai luka atau bergaduh time main. Lasak macam biasa bagi kanak-kanak lain. Memanjat, menjerit, menangis, memberontak dan berlari.

Bagi umi itu adalah normal. Sekarang adha lebih suka bermain dalam rumah dari luar. Kenapa umi berkata demikian. Sebab bila balik je rumah dari rumah pengasuh. Masuk je rumah dia akan terus tutup pintu. Main dengan adik-adik dalam rumah.

Kalau dulu dia kerap mengamuk kalau tak dapat main luar pagar, sekarang tidak. Dia lebih suka main dengan adik-adik di dalam rumah. Ini lebih menyenangkan kerja umi untuk memasak. Mungkin kerana adanya rancangan BabyTv di astro 618 adha dah kurang main di luar.

Bukan umi mengurung anak-anak dalam rumah tapi itu yang dia lakukan sendiri apabila pulang ke rumah. Tapi umi bersyukur kerana Allah memberikan umi cahaya mata yang senang dijaga. Terutamanye kembar. Itula yang orang ramai cakap. Kembar senang dijaga. 

Letak je di bawah, bila penat main dorang nangis nak tido dan lapar susu sahaja. Bila dalam buaian tak payah nak di henjut. Biarkan kembar tido sendiri. Alhamdulillah Ya Allah. Mungkin dorang tahu mamanya penat bila pulang kerja menguruskan dorang adik-beradik sendirian.









Bermain dengan kereta kesayangannye.

Noted: Insyallah hari jadi adha dibuat bersama hari jadi adik-adiknye.

Tiada ulasan: