Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Akhirnye Berguna Jugak Benda Ni...

Akhir-akhir ni adha kerap marah adiknye iaitu aqilah. Sebab apa??? Sebabnye aqilah rajin kacau dia time makan, main dan pegang apa-apa barang pun laju je adik dia pergi kacau. Kadang-kadang kelakar tengok. Berlari anak adha bila adik dia pergi ke dia.

Tapi lain pulak bila time makan. Adik tetap kacau tapi dia kadang-kadang tak lari tapi menyuapkan ke mulut adik dia. Nasib baikla mulut adiknye tue kecik, masuk 1 butir atau 2 butir je nasi dalam mulut. Adik pun satu hal, pantang adha/mama suap makanan laju je dia makan berbanding kakak(atiqah) sekse nak buka mulut.

Satu hal lagi adha akan buat bila makan. Bila tumpah sikit dia lari tempat lain. Tumpah lagi dia lari lagi. Last-last habis satu rumah penuh nasi tumpah. Umi tak kisah sangat tumpah tu boleh disapu dan lap. Tapi adik-adinye dah pandai mengutip tu yang umi tak suka. Banyak dah kejadian benda terlekat dekat kembar ni tapi mujur dorang pandai muntah buang sendiri. Tapi umi tetap risau.

So malam tadi, dalam dok mengemas dalam bilik, baru teringat benda alah ni masih tersimpan tak pakai bawah katil. Dapat masa adha umur 3 bulan lagi. Pakai hanya baru 3 kali tak silap umi. Tu pun sekejap je coz dia tak nak duduk dalam tue. Benda ni pun hampir umi jual tapi nasib baik takda sesiapa yang nak beli. Kalo tak, takleh guna.

Semalam bawak keluar benda ni terus bagi dia duduk. Punyala seronok dia duduk dalam tu sampai taknak turun. Makan, minum dan tengok tv duduk dalam tu. Aman sekejap mama boleh melayan adik-adik. Nak tahu benda apa? Tengok kat bawah yea....









KERUSI MAKAN





Kusyuk makan nasi sambil tengok tv

Samapi menggigit jari.

Kartun kegemaran dia.


Tiada ulasan: