Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Ini Yang Ku Mampu : Janji Anak Umi Happy

N3 luahan perasaan.
Andai tak sudi baca sila klik pangkah di atas.


Bila hari jadi anak tiba mesti ibu bapa yang excited kan? Mesti bermacam-macam bermain di pikiran. Nak beli hadiah apa? nak beli kek macam mana? Nak makan apa jamu orang? Nek decore macam majlis nanti? Dll..

Umi tak nafikan semua itu bermain di fikiran umi. Umi jugak nak gembirakan hati anak-anak. Terutamanye di hari manis dorang. Tapi umi sedar dengan masalah umi. Buat aje apa yang boleh janji anak umi gembira sudah.

Biarkanla tiada kek yang sedap, tiada jamuan makan, tiada hadiah yang mahal janji anak umi happy dengan apa yang umi berikan. Mungkin anak umi akan tahu kelak hanya ini yang mampu mama berikan.

Tatkala orang lain menyambut hari jadi di rumah, umi membawa adha berjalan. Di mana? Hanya meneman mama membeli barang di giant seksyen 13, shah alam. Sedih? Hati ibu mana tak sedih. Umi nak bawa jalan jauh umi tak berapa pandai jalan kat shah alam. Suami umi kena kerja. Biasala keje macam suami umi yang makan elaun outstation mana boleh cuti.


Alhamdulillah adha happy bila umi bawak jalan. Tak kisahla kat mana pun. Janji dia keluar jalan. Tapi hati mama yang sedih sayang.

Masa ni nak tengok cheff wan kat dalam giant sek 13

Muka checky.

Zoom dari jauh je coz ramai orang.


Dah habis shopping (barang makan anak-anak je), bagi dia main kat playgound dalam giant tue. Tapi dia main gelongsor yang rendah je. Yang lain semua tinggi. Adha macam tak seronok. Asyik terjerit  panggil mama.


Ingatkan nak bawak dia main air dekat wet world shah alam. Tapi memangdangkan badan dah mula dedar dan mood dah makin kelaut umi tak nak bawak dia pergi main air. Last-last ronda shah alam. 


Dah habis ronda dalam pukul 12 adha dah mengantuk. Adha akan tido paling awal 3 jam sekali waktu siang. Paling lama dia tahan dari pagi sampai pukul 4petang je. Pastu dia akan tido sendiri.


Ontheway nak balik rumah, terlintas nak singgah carrefour. Dekat sangat dengan rumah. Dalam tu ada permainan banyak jugak. Umi decide nak singgah bagi adha main puas-puas sebelum balik rumah dan ambik kembar kat rumah pengasuh.


Adha memang happy giler dalam carrefour. Sampai menjerit taknak balik.


Muka takut masa mula-mula naik.

Dah mula bersuara.

Dah seronok. Dah berhenti pandai pulak suruh masuk coin.

Main bowling.

Kusyuk tengok bola lalu.

Happy.

Umi bersyukur Ya Allah, hanya ini yang mampu ku beri untuk gembirakan anakku. Insyallah ada rezeki, mama akan sambut hari jadi sayang dengan adik-adik. Insyallah...

WW : Queen = Mama



Adha panggil gambar queen adalah mama.
Siap kiss lagi.

Noted: mama queen di mata anak-anak. Alhamdulillah.

Selasa

Milik Siapakan Kaki Ini?


Kaki siapa ini?


Ha dah mula jenguk muka.
Bila mama panggil.
Dah tahu sapa?



Kenal ke siapa si muka checky ni?
Membuat mama geram tiap-tiap hari.









Metsila adik(aqilah) yang sentiasa mengeledah  1rumah.
Dah makin banyak akal.
Kalau hilang dari pandangan carila belakang kerusi.
Ada la dia.

Angkat je Lebih Maju Ke Depan Belum...


Kalau tengok kedudukan atiqah ramai orang cakap dia dah merangkak.
Tapi jangan percaya pada apa yang anda lihat.
Sebabnye:






































Tengok?
Makin tinggi bontot dia angkat.
Jalan ke depan tidak juga.
Agak penat menjulur lagi baik.

Cabutan GA Masih Belum Di buat Gara-Gara...



Harap para peserta bersabar yea.
Sebab tukang cabut undi iaitu tuan empunya bifday tengah demam.
 Pagi ini pun masih demam tapi terpaksa umi hantar rumah pengasuh.

Sekarang demam dia dah berjangkit dengan atiqah.
Tidak tido malam mama.

Bila adha dah sihat cabutan akan dibuat dengan segera.
Jangan risau tau.

Doakan adha cepat sembuh.

Sabtu

HaPPy BiRThdaY SaYaNg

di hari jadi pertama mu sayang.
Ya Allah,
Saat ini dan ketika ini usia kurniaan Mu kepadaku dah menceah 2 tahun.
Terlalu cepat masa berlalu tanpa ku sedari anak yang ku sayang telah meningkat usianye.

Sayang,
Di saat kehamilan mu, mama begitu excited sampaikan tiap-tiap bulan mama scan kamu,
Mama happy bila mama dah pregnant.
Mama suka dengan perkembangan kamu yang sihat di dalam rahim mama.
Mama menghitung hari demi hari dengan sabar untuk melihat kamu di dunia.

Sayang,
kamu lahir di hari yang sungguh indah.
Sungguh mulia.
Di awal pagi ketika umat islam di mekah meraikan kemenangan mereka.
Kamu lahir dengan di sambut takbir dari pihak hospital.
Menangis mama melihat kamu kali pertama.

Kecomelan kamu mengubat hati mama


Sayang,
Ingatlah sayang,
Mama dan ayah begitu sayangkan kamu.
Ketika usia mu nak menginjak ke 1 tahun,
betapa banyak mama perlu tempuh.
Kesihatan kamu yang berubah-rubah sampaila usia 1 tahun.
Tapi mama sabar sayang.



Sayang,
Di kala kamu mula menapak di usia 11 bulan,
mama yang paling happy.
Mama bawak kamu berjalan-jalan mengexplorekan diri di zoo dan taman.
Mama suka tengok kamu berjalan membawa diri.
Si saat kamu letih kamu merhatkan diri.


Sayang,
Kini kerenah mu menghiburkan hati mama.
Hilang penat melayan kenakalan mu yang kadang-kala menghiburkan hati.
Sudi ke marah kalau dia senyum begini?

Kini,
Dirimu sudah menjadi abang kepada 2 adik perempuan yang comel.
Kamu pandai bermaian dan menjaga adik-adik kamu walaupun usia kamu baru 2 tahun.
Alhamdulillah, mama bersyukur.
Allah kurniakan kamu kepada mama.

Sayang,
Di saat ini mama ingin mengucapkan " Selamat Hari Jadi Yang Kedua".
Semoga Allah memperkenankan doa mama supaya:


  • Anak mama ini menjadi danak yang soleh
  • Mendengar kata-kata mama dan ayah.
  • Di berikan kesihatan yang baik.
  • Dan Di panjangkan umur oleh Allah.
AMIN YA RABBALALAMIN...

Jumaat

TUTUP

Dengan rasminye umi menutup GA yang umi anjurkan.
Insyallah Isnin umi akan semak senarai peserta dan malam adha akan buat undian.

Kepada yang dah join,
sila semak nama anda di sidebar kiri blog umi.
Kalau masih tiada sila inform kat umi tau.
Supaya nama anda tidak terlepas dari GA umi ni...



SeC0nD BiRThdaY AdHa GiVEawAy


Dengan Lafaz Bismilliah, umi ingin melancarkan Giveaway Sempena Sambutan Kelahiran Ke- 2 pada           26 November 2011.

Semoga Giveaway ini akan berjalan dengan lancar.

Meh pakat join.

Bermula dari 15 November 2011 - 25 November 2011 Jam 11 malam.

Syarat-syaratnye ialah:

  • Mestila menjadi pengikut blog umi ini.
  • Buat 1 N3 khas tentang Giveaway ini.
  • Mesti guna tajuk di atas untuk join giveaway ini.(copy paste je tajuk kat atas)
  • Letakkan banner giveaway di dalam N3 korang dan jangan lupa link kan ke blog umi.
  • Sudah Siap semua Tinggalkan Link anda di sini.
  • Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
  • Sebanyak 3 orang pemenag akan dipilih.
  • Hadiahnye? Kalo ada anak umi akan bagi pakaian kanak-kanak. Kalo belum kawin umi akan bagi hadiah yang bersesuaian.

Senangkan syarat-syaratnye. Jom pakat join. 

Susu Owh Susu...


Hari ni buka suratkhabar nampak ada promotion susu dumex dugro.
Tak silap umi pasar raya tesco.
Erm harga dari Rm 23.++ turun kepada Rm 19.++.

Mungkin ada orang cakap murahkan.
Tapi harga biasa tu umi rasa mahal.
Sebabnye selalu umi beli susu umi beli kat kedai runcit je.
Better lebih murah dari pasar raya.

Umi selalu beli susu dumex ni dengan harga Rm 19.90.
Murahkan?
Ke ada tempat lagi murah?

Itula sebab umi jarang beli dekat pasar raya.
Drypers umi boleh dapat dengan harga Rm 30.
Dari size S to XXL.

Kesimpulannye:

Belila barang di kedai runcit harga lebih murah.
Tidak payah nak tunggu promosi dah tentu dapat harga yang dipromosikan di pasar raya.




Balas Dendam

Jangan ingat ini n3 marah-marah lagi. Malas dah nak marah ataupun luahkan perasaan. Lebih baik terapi dengan perihal anak-anak lagi bagus.

Umi nak cerita perihal si twin umi tue. Sejak kena tinggal 3 hari bersama mak cik dia, twin macam balas dendam tau kat umi.

Tidak boleh berenggang langsung. Adoila! Korang cuba bayangkanla, sampai rumah umi nak gi buka tudung pun dorang dah nangis tak nampak umi.

Nak masak lagila. Menangis bagai nak cabut nyawa bila tak nampak kelibat mamanye. Bila nampak baru senyap. Penat owh. terlari-lari sambil masak. Nasib baik tak hangus. Silap-silap umi dukung twin masuk dapur. Penatnye..

Time mandi pun kena cepat la ni. Tak boleh lama-lama dalam bilik air. Kang ada bunyi radio menjerit kat depan TV.

Bila twin tido barula aman sikit. Tapi berperang pulak dengan si abangnye. Payah benar dah nak tido. Dulu kalau payah nak tido masuk je buai terus tido. Sekarang dah tak nak buai. Angkat menjerit dia. Nak boleh dapat berkerjar 1 rumah.

Kurusla umi yang dah kurus macam lidi.

Khamis

JANGAN HANYA NAMPAK KESALAHAN ORANG: CERMIN DIRI BALIK

 Ingat tak N3 umi buat tentang cik anon komen pasal pakai legging tu? Yes memang umi tahu pemakaian begitu tidak sesuai bagi umi coz umi pakai tudungkan dan umi orang islam. Menutup aurat itu wajib.

Tapi umi tak suka jenis orang ini menegur tapi tak sedar diri dia jugak buat salah walaupun tak pakai legging ketat macam umi.


Legging di katakan haram kerana bila kite pakai boleh menampakkan susuk kaki yang keding(macam umila). Tapi bagaimana pulak kalau pakai inner bersama t-shirt???

Umi ada check dalam internet pemakaian inner bersama t-shirt(berlengan pendek) jugak haram. Sebab apa? nampak jugak susuk lengan. Inner confirm ketat melekat kat lengan bukan?

Bagaimana pulak kalau pakai t-shirt yang ketat? seluar jean yang ketat dan melekap baik punya kat punggung? tak ke lebih kurang je dengan pakaian umi yang memakai legging di katakan tak sesuai dengan orang yang bertudung?

Umi bukan nak menegangkan benang yang basah. Umi tahu umi salah jugak. Tapi umi nak orang ni jugak tahu pemakaian dorang bagaimana. 

So kepada cik anon tersebut kalau awak baca N3 umi ini, please ubah sama cara awak. Jangan nampak salah orang lain. Tidak semestinya diri anda tiada orang tegur diri awak perfect.

Gambar anak Sulung Imam Muda Asyraf


Berat 2.5Kg.
Lahir di Hospital Pakar An-Nur,Bandar Baru Bangi.
Pada 18 November 2011.



Semoga berbahagia selalu.

Comelkan anaknye.


Noted : gambar diambil dari bloh kak CT n HONEY

Rabu

Hajat Yang Tidak Tahu Bila Kesampaian

Please, kalau agak korang ini N3 mengada-ngada jangan baca yea!

Ramai orang tahu umi mempunyai anak kembar yang baru berusi 8 bulan. Twin umi bukan jenis suka di pegang. Twin suka bebas di bawah. Mungkin twins rimas bila di pegang.

Bila dalam kereta mereka lebih suka dibaringkan di atas car seat or di tempat duduk belakang saje. Walaupun perjalanan yang jauh. Kalau nak tido umi ambik riba menangis macam di pukul. Bila letak bawah nyenyak dia tido.

Di rumah pun begitu. Memang umi ajar dari awal tak dipegang sangat. Cuma ambik dukung nak main, mandi dan angkat bagi tido dalam buai. Kalau dalam buai tidak payah di henjut. Twin tido sendiri. 

Tapi jadi masalah kalau gi klinik atau hospital. Teringin benar beli benda ni. Memang bila tengok orang kata mengada-ngada. Dukung je la anak tuekan. Memang boleh dukung tapi bila nak tido jadi masalah. Hospital / klinik kerajaan ni memang terkenal dengan sistem yang sedikit slow. Twin boleh tertido 2 3 kali sementara nak tunggu.

Twin bukan suka tido dalam dakapan mama / ayah. mereka lebih suka tido di bawah atau dalam stroller jika ke hospital / klinik. Umi cuma ada satu je stroller itupun bekas adha punya. Nak beli yang lain masih belum ada rezeki. Gaji pun berapala sangat kan.

Korang bayangkan dengan stroller satu tu, bergilir dorang tido. Bukan umi nak biarkan anak umi menangis mengantuk tapi memang macam tu perangai dorang. Kalau adik yang tido dulu kakak akan tunggu sampai adik bangun. Macam itula yang berlaku sebaliknye.

Kalau tido dalam dakapan umi pun mesti teresak-esak menangis baru twin tido. Sedinye. Maafkan mama sayang. Kalau ada duit mama akan beli yang ini:

Yang murah-murah aje.

Yang ini ke?

Ataupun yang ini.

Bilakah harapan akan menjadi kenyataan ? 

Noted: pakai jela apa yang ada. Bersabar itu ada hikmahnye.

Resepi Bubur Nasi Kembar + Adha

Ni resepi umi buat sendiri. Tidak tahula kalau sedap ke tidak. Tapi yang pasti anak-anak umi suka. Nak cuba?
Silakan guna resepi dibawah.

Bahan-bahan:


  1. Beras (basuh bagi kering pastu blend)
  2. Lobak 
  3. isi ayam / ikan bilis dikisar
  4. sedikit perasa ( tidak guna pun takpe)
  5. air secukupnye.

Cara-cara:
  1. Masukkan beras ke dalam periuk.
  2. masukkan air secukupnye. Ikut pada kite nak lembik atau jadi macam sup.
  3. Masukkan lobak yang dah dihiris halus. Supaya cepat empuk.
  4. Kacau supaya tak melekat dekat periuk.
  5. Dah nak agak masak, masukkan isi ayam yang diracik halus/ ikan bilis.
  6. Kalau nak tambah perisa masukkan sahaja. tapi tak sesuai untuk bayi yea!
  7. Biarkan seketika. 
  8. Kalau nak makan macam bubur tiada kuah masak sehingga nampak air kering.
  9. Kalau nak makan macam ada kuah sikit jangan biarkan terlalu kering.
Anak-anak umi suka makan macam berkuah. Jadi umi tak biarkan kering sangat bila dah masak.


SELAMAT MENCUBA.....



Noted: gambar tiada. Lupa pulak nak tangkap...

Team Building - Hari First

Di Pantry Office. Menuggu time naik van.

Berkumpul di pintu masuk office

Dalam Van dah. Nak berangkat ke Nur Lembah Pangsun 
Dah Sampai...

Sesi bagi bilik.

Makan dulu baru masuk bilik.

Gambar dari bilik.

Makan malam.

Dengar taklimat tentang aktiviti.

Kusyuk...
Habis je dengar taklimat kami melakukan aktiviti yang pertama iaitu "Burung Hantu". Takutnye!!! Mana taknye kan, dah jalan waktu malam, pastu tutup mata. Dah naik bukit ditinggalkan sorang-sorang(umi berdua). Menangis?  Yes umi nangis sebab terkejut ada benda merayap di belakang badan.

Pagi esok kantoi, rupanya trainer yang gerakkan kayu di belakang. Buat malu je umi nangiskan. Hihihi... Takpa jadikan kenangan.

Selasa

Puas nak Pikir Tajuk Tapi Tidak Dapat!


Dari pagi sampai sekarang gambar ni tersimpan dalam draft.
Tak tau nak letak tajuk apa jadi ia tersimpan tak di publishkan.

Gambar ni kawan umi candid masa gi team building baru ni.
Bermacam-macam bermain dalm pikiran masa ni.
Terutamnya anak-anak di rumah.
Hu sedihnye.

Bukankah seronok kalau kita ada masa bersendirian jauh dari semua masalah?
Tenangkan fikiran yang dah serabut dengan masalah.
Tapi macam mana pulak nak tenang kalau anak-anak yang tidak pernah berpisah dengan kite berjauhan dengan kita?
Tak tenteram juga pikiran kita. 
Bertambah rungsing adala.
Adoi!!!

Makanya, bagi umi anak-anak adalah terapi menghilang stress di pejabat dan di rumah.
Tengok muka anak-anak hilang masalah.

Rindu anak-anak yang sihat dulu.
Sekarang twin tengah demam.


MY KIDS AND TUPPERWARE


Jom Pakat Join Ramai-Ramai.
Tarikh Tutup 30/11/2011

Nak tahu lebih lanjut klik banner kat atas.



Nama Anak : Muhammad Dzal Adha Muhammad Hasry
Umur: 2 Tahun

Sila Semak.



Kepada semua Peserta Giveaway Second Bifday Adha, 
Sila semak senarai nama anda di sidebar blog umi yea.
Kalau masih tiada nama anda sila tinggalkan komen senang untuk umi update.
 
Sesiapa yang masih belum join tue cepat-cepatla join tau.
Tinggal lagi 3 hari lagi untuk GA umi anjurkan tamat.
Manala tahukan ada rezeki untuk anda menang.

CEPAT!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN ANDA.

Isnin

Tidak Pernah Berjauhan: Anakku Demam

Semalam bali kerja terlalu excited nak berjumpa dengan anak-anak yang dah umi tinggalkan selama 3 hari. Tahap rindu dalam hati tu tak payah nak cakap. Sampaikan termimpi dalam tido.

Tapi bila pergi ambik, sedih tengok anak-anak tersenyum melihat umi. Sambil menjular ke arah mama. Adha? terjerit di muka pintu bila nampak kereta parking.

Tapi adik demam. Panas badan baru 38'c. Mesti demam rindukan mamakan. Kesian anak-anak mama. Kakak masih dedar lagi badannye. Tak merengek macam adik.

Sampai je rumah badan adik makin panas. Makan ubat bukak baju baru tido bertemankan tuala basah. Kakak muntah 2 kali malam tadi. Batuk kerap sangat. Menangis tak usah dikirakan lagi.

Adha, tak berenggang langsung dengan umi. Makan keropok nak disuapkan, nak boleh ke tido suruh digarukan belakang. Akhirnye tido di celah ketiak umi sampai pagi.

Sayunye hati bila melihat anak-anak begini. Baruku tinggalkan 3 hari. Bagaimana berhari-hari umi tinggalkan. Tak dapat umi bayangkan.

Kerenah adik pagi ini lagi menyedihkan hati. Sampaikan umi nak mandi pun tak boleh. Menangis bila melihat umi tiada disisi. Menangis bukan menangis biasa tapi sampai tiada suara(selak).

Maafkan mama. Mama bukan sengaja meninggalkan anak-anak mama. Sayang anak-anak mama.

Tengok Gambar Dulu, Citer Kemudian





Noted: Boleh Teka Ke mana Satu Umi?

Jumaat

Korang Baca Korang Bagi Tajuk Boleh?

Please jangan muak baca Blog umi yang asyik luahan hati....

Umi bekerja sebagai front office je. Kalau tak tau keje macam mana please google kat internet cari maksud dia. Yup keje umi senang je kot, jawab penggilan, buat panggilan, record surat under admin dan ada la 2 3 keje lagi yang umi buat.(termasuk update blog)

Tapi umi bukanla jenis yang suka-suki masuk keje lambat, pastu bila rehat lebih dari waktu kalau takda sebab. Nak tinggalkan kaunter tempat umi duduk ni bukan boleh main tinggal. Kalau gi jamban tu cepat-cepatla datang balik.

Umi ni takda masa nak tido dalam surau macam orang lain. Takda keje masuk tido. Tapi tak kisah rehat kejap kan sementara nak tunggu masuk solat. Tapi kalau dah berjam-jam dalam surau tu tak buat keje ke? 

Umi bukan nak dengki dorang boleh rehat lama, siap boleh tido lagikan. Tapi umi yang berkerja menjawab panggilan masuk, bila orang kol nak cakap dengan staff office. Bila nak transfer ke tempat staff tu tiada masih"hilang". Kalau sekali orang telefon cari takpe tak kisah tapi kalau dah 2 3 kali telefon apa kite nak buat? Buatnye pulak orang yang telefon tu orang HQ?

Kalau hilang gi wat kerja umi boleh la cakap gi site kan. Tapi kalau dia dok "melepak" apa yang kite nak cakap? Nak bohong? kali pertama bolehla. Kalau dah orang tu telefon 2 3 kali rasanye tak bolehkan. Silap cakap kite pulak yang kena balik.

Ntahla, kadang-kadang bila kite pesan balik pesanan orang tinggal buat tak tahu je. Bila orang tu telefon tanya  tak pesan ke kat orang yang dia nak cakap! Kite pulak kena marah. Padahal kite dah pesan. Salah kite ke? 

Dimana kite nak luahkan perasaan? Kecuali di blog kite sendiri. Tapi apa pulak kite rasa kalau kite luahkan hanya sekadar luahan perasaan tapi orang lain pulak terasa? Dimanakah hak privasi kite? 


LANGAU Dah Menujukkan Taring!!!

Baru je buat N3 pasal LANGAU kan semalam. Hari ni LANGAU tu dah tunjukkan taringnye. Maka memang terbuktila apa yang umi syak orang itu siapa. Memang dikalangan kakitangan tempat umi berkerja.

Memang N3 semalam membuatkan dia sakit hati kot. Memang patut dia terasa andai perngai dia macam tue.

Okeyla. Malas nak tulis panjang-panjang. Mood umi pun sepoi-sepoi bahasa, Mood rindukan anak-anak lagi bagus umi layan dari melayang kerenah LANGAU yang membawak tahi ni.

Surat Untuk Anak2 Mama :Maafkan Mama Sekali Lagi Sayang...

Htai seorang ibu yang rapuh.

First sekali mama nak minta maaf kepada anak-anak mama. Mama dah tiada pilihan lain sayang. Bukan sengaja mama meninggalkan anak- anak mama kepada cik mimi. Mama terpaksa sayang,

Buat pengetahuan anak-anak mama, mama tak lena tido malam tadi. Menangis sendirian akhirnye terlelap seketika hapir subuh pagi tadi. Mama rasa kosong hidup mama malam tadi. Mama terngiang-ngiang suara anak-anak mama nak susu. Mama terpandang bauaian kosong. Disebelah mama juga kosong. Di mana anak-anak mama?

Baru 1malam anak-anak mama tiada dengan mama, mama dah terasa sayu hati. Macam mana nak tempuh 2 esok dan lusa? Mampukah mama berjauhan dengan anak-anak mama?

Sewaktu mama nak meninggalkan anak mama kat rumah cik mimi, mama berulang kali mencium anak-anak mama. Sebak di dada tak usah diceritakan lagi. Mama sayu. Mama tak pernah berjauhan dengan mama adik dan kakak. Tapi dengan abang mama pernah berjauhan selama 4 bulan. Itupun mama bagai nak hilang akal di awal peninggalan abang.

Malam tadi mama asyik masage dengan cik mimi. Dah pukul 11 malam kembar masih tak tido. Rindu sama mamakah? Kalau kat rumah kul 8malam tido sampaila ke pagi. Mama dah risau sampaikan duduk dah tak senang.

Pagi tadi, mama telefon cik mimi. Bertanyakan hal anak-anak mama. Rupanya adik dan kakak meragam tidak mahu tido. Menangis. Tido kejap pastu bangun. Abang? pun sama menangis mencari mama. Ya Allah bertambah-tambah lagi kerisauan hati mama. Mama nak menangis!!! Mama rindu!

Untuk sedapkan hati mama, mungkin anak-anak mama berubah tempat itula sebab meragam malam tadi. Takpe sayang petang nanti insyallah ayah akan pergi melawat anak-anak mama. Mungkin akan terubat rindu anak-anak pada mama dan ayah.

Untuk anak-anak mama, mama sekali lagi mohon maaf meninggalkan kalian selama 3 hari. Mama janji ahad malam mama pergi ambik anak-anak mama. Mama rindu sama kalian bertiga. Rindu yang tak mampu nak diucapkan buat mama yang tak pernah berjauhan dengan anak-anak mama.

Maafkan Mama...

Khamis

L.A.N.G.A.U


Ingat tak tentang N3 ini?

Manusia umi boleh diklasifakasikan sebagai LANGAU. 
Kenapa umi berkata begitu.
Sebab manusia ni bising tapi jenis memerli bila dia baca blog umi dan kawan umi ni.
Memang macam LANGAU .
Dah baca pastu nak bising.
LANGAU nikan kalau terbangkan mesti bising.
Bingit teling.


Besarkan mata LANGAU ni.
Macam tula mata manusia ini besar sampai segalanya dia nampak busuk macam


Apa yang nak kisahkan apa yang orang lain buat pun tak tahu.
Dia nak sakit hati apa yang umi dengan kawan umi buat atau pakai pun tak tau.
Nak kata dia tak berduit bukan calang orangla dengan umi ni yang bergaji ciput.

Tapi memang orang ni umi layak gelar LANGAU.
LANGAU tolong terbang jauh-jauh dari blog umi dan kawan umi ni.
Kecikkanla mata dan tutupla mulut bila baca blog orang.
Jangan nak gi sepahkan macam LANGAU sepahkan tahi.