Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Lepas Anak-Anak, Mama Pulak

"Ya Allah engkau jauhkanlah segala penyakit dari ku buat masa ini. Aku takut, anak-anakku tidak terjaga. Amin."


Akibat dari umi tak tido 2 malam, umi dah mula terasa badan kurang selesa. Bermula malam twin warded lagi umi dah mula kebas badan dan menggigil sampai bergetar bibir kesejukkan. Twin masuk wad umi biarkan main sendirian atas katil hingga dia letih.

Bukan tidak mahu melayan tapi kaki umi tak kuat nak berdiri di tepi katil lama-lama. Berkali-kali umi mintak panadol dengan nurse. Tapi hanya seketika sahaja sejuk+kebas badan tue hilang. Ini mungkin kerana umi tidak makan malam semasa kat rumah malam tue. Yealakan. twin dok asyik muntah je makan pun sampai lupa.

Semalam, ketara sangat kesejukkan umi di office. N3 semalam berkali-kali umi berhenti menaip dek kerana kebas tangan+mengelatar menahan kesejukkan. Seingat umi, umi pernah terasa macam ni sewaktu kena bentan dalam pantang twin baru ni. Akhirnya umi masuk tido dalam surau buat seketika kerana badan sudah tak tertanggung sejuk.

Dalam surau tutup aircond pun badan menggigil. Walaupun dah telan panadol 2 biji. Tak jalan ok! Menggigil sampai tertido dalam surau. Kerekot menahan kesejukkan. Tersedar setelah staff office ada masuk. Tanya jam kul berapa terus kuar.

Ingatkan dah hilang bila balik. Tapi tidak. Badan tetap menggigil. Nak melayan anak-anak dalam keadaan terpaksa. Gelap mata tak usah nak dicakapkan lagi. Mujurla twin tido awal malam tadi mama boleh nak rehat. Tapi abangye bangun pulak pukul 10 malam kot. Masa ni umi dah tak tahan menanggung kesejukkan. Nak bangun sambil pegang lutut. Adha tengok pelik!

Tengok panadol dah habis dalam bekas ubat. Haru! umi dah tak tau nak wat macam mana. Terduduk menahan sejuk. Telefon suami masih kat terengganu. Umi mintak bantuan kawan office belikan panadol. Alhamdulillah ada orang sudi menolong. 

Makan je ubat umi tertido sambil melayan adha. Sedar-sedar dia dah tido disebelah. Tapi kesejukkan tetap ada tapi tak sekuat sebelum makan ubat. Sekarang pun masih terasa sejuk. Tak taula apa puncanye. Kebas satu badan. Sekarang nak jawab telefon menahan sejuk + sakit tekak. Umi rasa mesti tonsil(betul ke) bengkak.

Harap-harap malam ni ok sampai hari ahad. Hari ahad ni ada majlis bertandang sebelah lelaki adik ipar. macam mana nak pergi kalo badan tak sihat.

Muka mama yang moyok hari ni.
Senyuman tak ikhlas menahan kesejukkan.

Tiada ulasan: