Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Kembar 2 Dah Makin Ramai.

Huhu best sangat asal aje gi jalan sekitar rumah ni mesti jumpa kembar. Tapi tak sempatla nak tanya nama juast tegur macma tu je kan. Nak ajak join kelab kembar pun tak sempat. Hihihi.

Baru-baru ni umi gi bawak kembar gi checkup kat hospital klang. Dalam dok menunggu tue datang ibu muda dengan maknye dukung baby kembar yang masih dalam pantang. Kembar lelaki. Comel sangat. Sempatla sembang dengan maknye tue. Kembar tu kena follow up balik nak check kuning.

Pastu nak ontheway gi parking nampak pasangan muda dukung kembar jugak. Anggaran dalam 2 bulan kot usia baby tue. Tapi mak pak dia sombongla. Kite senyum pun tak balas. Padahal lalu depan kite. Kedekut senyuman betul. Hihi.

Dulu gi taman shah alam jumpa jugak kembar 2. Ni anak cina. Usia dorang dalam 1 tahun lebih kot. Comel. Lelaki kedua-duanye. Dok minum susu dalam stroller. Cina ni baik senyum pastu tegur sapala jugak. Okla kan takdale sombong macam pasangan melayu yang umi jumpa baru ni.

Ni semalam pulak. Waktu gi pasar malam selepas waktu kerja. Nak beli barang dapur(lauk), terserempak pasangan kembar perempuan. Comel sangat. Bertegur kiteorang tengah-tengah pasar malam. Hihi. Cuma umi tak bawak kembar umi je. Kembar tu dah berusia 10 bulan kat papanye. Comel tau. Putih je budaknye. Keluarga ni dok kat batu 3 shah alam. Dekat sangat tapi tak sempat nak ambik contact number.

Sekarang musim kembar ek? coz masa twin masuk wad hari tue, nurse dok sembang kata minggu ini aje dah 4 orang dah bersalin kembar. Kembar 3 2orang dan kembar 2 2orang. Bertambahla umat di muka bumi.

1 ulasan:

Cik Rose Cute berkata...

Bila pulak...Cik rose nak kembar jugak....Nak kena makan apa nak kembar? hihihi