Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Kelam Kabut + Sakit Hati

Pagi tadi umiagak kelam kabut sikit dalam urusan anak. Biasanye umi bangun lebih kurang jam 6 pagi(kalo tido lambat 6.30pagi baru bangun). Selalunye kalo umi bangun anak-anak masih tido. Takdala sibuk sangatkan. Yeala nak panaskan nasi kembar lagi, nak sidai baju yang dah basuh malam tadi.

Tapi pagi tadi 3 orang anak umi bangun awal. 6.30 pagi dah bangun. Yang sulung kul 4 kejut cakap yak!. Adoila sayang. Dah basuh semua dia boleh pulak taknak tido. Kena marah baru tido. Tapi kul 6.30 pagi dah bangun balik. Pastu kacau adik langsung bangun semua.

Kelam kabut la mama. Nak mandi yang sulung pun nak join. Bagi mandi sekali pastu tak nak keluar syok dok main air. Biarkan dia umi gi bersiap sambil tengok nasi kembar atas dapur. Anak-anak umi kalo bangun pagi mesti dorang nak membuang. Kalo dah basuhkan umi terus bagi mandi je. Air tak berapa sejuk rumah umi. Kembar seronok kena air.

Tengok jam dah kul 7 pagi, kembar umi bagi mandi sorang2+ basuh berak. Fuh penatla. Dah bagi mandi siapkan  pulak sorang-sorang. Bayangkanla, kembar sekarang dah tak reti dok diam time nak pakai pampers. Pusing kiri dan kanan. Elok nak gam dia pulak melonjak ke atas. Ayokk makan masa nak siapkan dorang ni. Dah siap dorang nak kuarkan abangnye dari bilik air satu hal lagi. Adoi berperang dengan dia. Mak jadi harimau sekejap.

Dahla nak bagi pakai pampers payah. Kena pujuk elok-elok baru dia mari baring. Nak pakai baju pun sama. Kena cakap baju cantik barula nak pakai. Huhu penat.

Hari ni umi terpaksa bayar RM 20 kat pengasuh lama untuk menjaga anak-anak umi untuk hari ni je. Coz pengasuh baru umi dia gi ambik bantuan bagi ibu-ibu tunggal. Alhamdulillah pengasuh lama nak jaga. Bukan umi taknak jaga sendiri hari ni tapi umi dah kehabisan cuti. Terpaksala bayar orang untuk jaga anak-anak.

Tapi umi sakit hati dengan menantu pengasuh lama nie. Sebelum umi hantar pagi tadi, umi dah gi tanya pengasuh lama ni kat kedai dia.(jual nasi lemak). Dia suruh hantar aje kat rumah coz menantu dia tolong tengok kejap sementara dia nak habiskan jualan pagi. Umi pun pergila. Tapi bila sampai umi dapat ayat menyakitkan hati!!!!

Kalo ikutkan memang malas hantar. Yealakan bila kite sampai boleh pulak dia cakap sape nak jaga ni. Dia ada anak lagi. 2 sekolah dah 1 kecik sebaya kembar. Umi cakap elok-elok coz mak dia yang suruh hantar. Dengan muka toya, dia cakap le letak je kat dalam. Ada masa dia tengok. Coz mak yang nak jaga bukan saya. Adoila!!! umi memang sakit hati. Masuk kete gi jumpa balik makcik tue. Cakap boleh ke tak coz dah tak sedap hati nak hantar anak-anak coz dah dengar kata-kata menyakitkan hati.

Makcik tu cakap hantar je coz nanti dia balik. Dia dah kol anak dia lagi satu mintak tolong tengokkan kejap. Umi dengan keterpaksaan hantar jugak anak-anak kat rumah dia coz dah lewat nak masuk keje. Alhamdulillah anak dia yang ni memang umi baik dengan dia. Diam aje anak-anak umi dengan dia. Barula sennag hati umi. Tapi umi sempat jugak cakap dengan menantu dia: dah tak nak jagakan tak payahla main dengan anak saya. Nanti tak terjaga pulak anak akak.

Tengah hari kang nak balik tengok anak-anak jap. Risau kat hati tetap ada.

*** tak pasal-pasla hari ini N3 jadi panjang.

2 ulasan:

Cik Rose Cute berkata...

Susahkan...kalau dah ramai anak keja...lagi2 bila dapat anak kembar....

Salina@IbuAqil berkata...

Dapat bayangkan kelamkabutnya.. ;)