Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Di Manakah sifat Keprikemanusian Manusia?

Binatang!!!

Itulah yang harus digelarkan pada manusia-manusia ini. Tapi binatang pun tahu sayangkan anak. Ntah kenapa makin berleluasa kejadian macam ini sekarang. Tak habis-habis. Tiap-tiap minggu sahaja ada kes buang anak/bayi.

Hari ni bukak paper ada berita sorang bayi di temui hidup dengan tali pusat masih di badan. masyallah comel sungguh wajah bayi ini. Bersih bak kain putih. Tapi apa dosa bayi ni? Kenapa di buang? Mana mak bapak dia?
Dah hilang ke keseronakkan masa dulu? Memang sial la mak bapak bayi ni.

Pastu dekat sabah, dah beranak pastu kelar bagi mati pulak bayi yang dia baru lahirkan. Ya Allah, ingat ayam ke bayi tu? Nak main sembelih dan bunuh. Umur mak bayi tu pun masih muda, baru 16 tahun. Sekolah lagi tapi dah bebas. Bebas apa??? Melakukan seks tanpa ikatan yang sah. Alasan yang dia keluarkan bila dah kena tangkap: tak nak bertanggungjawab. Habis tu masa buat takda pulak ko tanya. Memang SIAL!!!

Satu lagi kes luar negara. Hari ni jugak keluar suratkhabar. Hati dorang dah buta ke apa. Budak 2 tahun digilis 2 kenderaan dibiarkan dalam nyawa-nyawa ikan di atas jalan. Walaupun ramai orang lalu lalang di tempat kejadian. Lagipun kejadian tu berlaku di kawasan kedai. Sampai satu nenek tua datang tolong menjerit meminta bantuan tapi takda juga orang tolong. Hingga keluarga budak tue sendiri yang datang. Apa jenis manusia dorang ni!!!

Sakit hati umi baca paper hari ni. Perangai manusia melebihi perangai binatang. Erm, geram sangat-sangat. Tersentap hati. Dah tak mampu nak teruskan kata-kata.

Tiada ulasan: