Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa

Tajuk tak boleh nak blah langsungkan. Tapi itula yang terjadi pada umi pagi tadi. Adoila, biasalakan bila suami takde kat sisi kite perlula kite berdikari dan buatnye sendiri. Takkan nak ketuk pintu rumah orang mintak tolongkan? Nak taknak mama tetap kena wat jugak.

Kes dia macam ni pagi ni. Selalunye umi akan hantar anak-anak naik motor dengan bantuan sepupu umi yang duduk kat rumah umi tue. Tapi semalam dia ada bagitau dia takleh nak tolong hantar dalam bulan ni coz dia kena masuk keje shift pukul 7 pagi. Memang tak sempatlakan nak hantar anak-anak dengan bantuan dia. Kul 7 confirm anak-anak umi tak bangun lagi. Mana sempat umi nak panaskan nasi kembar tuekan.

Jadi semalam en suami ada kat rumah sekejap sebelum dia berangkat ke Terengganu, umi mintak dia tolong ajar balik cara nak reverse kete. Kelakarkan! umi tak pandai nak reverse kete. Yup, itula kebenarannye. Bab reverse kete memang umi fail. Try banyak kali semalam, tak lepas jugak keluar dari pagar. Last-last en suami tolong bawak kuarkan. Barula umi bawak kete gi ambik anak.

Umi selalu bawak bergilir dengan suami bila time balik kampung atas highway. Highway kat lurus je takde nak jem. Beranila bawak. Tapi kat kawasan rumah ni suami tak pernah langsung bagi umi bawak. Tiba-tiba suruh umi bawak memangla umi takutkan.

Pagi tadi hati yang pasrah, start enjin kete dengan hati yang tak rela. Berdoa macam-macam supaya selamat pergi hantar anak. Kecut siot perut umi. Mujurla kete tu suami dah pusing bagi depan kete menghadap pintu keluar siap-siap. Tidak berpeluh umi dalam kete nak keluarkan kete dari pagar.

Alhamdulillah selamat sampai anak-anak umi dan selamat sampai umi kat rumah. Walaupun jarang bawak, tiada kejadian enjin mati di tengah jalan. Kalo ada lagi gabra umi. Hihihi.

Petang ni ambik naik motor. Tapi pagi esok sampai hujung bulan tiap-tiap pagi kena drive la hantar anak. Adoila.

*** Noted: parking kete umi sempit coz berkongsi dengan myvi sepupu. tuela payah sikit dlaam proses nak keluarkan kete tue.

1 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

mula2 memang rasa ssusah, nanti dah lama2 sure ummi terror dah....:):)