Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari keempat)

Pagi ni mama gagal. Erm, sedih. Ntahla kenapa. Mungkin gara-gara mama tak cukup tido. Kembar tak berapa nak sihat. Bergilir-gilir nangis. Sekejap kakak, pastu adik. Hanya selang tak sampai setengah jam.

Hari ni mama gagal membawa keluar kereta dari parking. Mungkin mama tak sanggup dengar kembar nangis di letakkan dalam car seat. Bila kembar nangis hampir saje kereta bersagat dengan dinding. 

Mujur suami ada. Suruh suami aje bawak kereta coz kembar kalo dah nangis tak nak dengan sapa-sapa. Termasuk ayahnye. Tambah lagi dia dah kenal orang lagila payah nak bergilir. 

Mintak-mintakla kembar dah beransur sihat. Mama penat sayang. Malam tadi tido mama setengah jam sekali mama bangun. Mama rela sayang. Walaupun sambil duduk aje mama malam tadi. Tapi mama mintak malam ini anak-anak mama baik-baik aje ye sayang.

2 ulasan:

Salina@IbuAqil berkata...

get well soon kembar.. kesian mama susah hati..

MaMa_AdHa berkata...

ty kak... doakan supaya kembar cepat sembuh