Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Apa Korang Rasa Bila ...

Ntahla umi nak mulakan dari mana. Tapi yang umi tahu perasaan umi sebak bila balik keje, letak anak terus gi dapur nak masak dan anak mintak sesuatu yang kite tak sempat nak buat.

Umi tak tahula kat rumah pengasuh semalam dia dapat ke tak benda ni. Coz 2 3 kali dia mari mintak dekat umi sampai satu tahap mengamuk nak benda ni. Sedih umi. Nak nangis tapi di tahan air mata supaya tak keluar. Pujuk anak supaya sabar dan bawak dia gi tengok cerita kegemaran di channel 618.

Tapi tak lama mesti dia datang balik. Nak jugak benda ni. Erm, bukan taknak bagi tapi benda tue tengah umi masak. Tengah ditanak. Kering air pun belum. Tapi dia dah terjerit-jerit nak. Bagi upah roti taknak, keropok pun taknak. Upah air sirap senyap kejap sampai benda tu masak.

Dah siap masak tak payah letak lauk. Coz dia suruh letak cap je(kicap). Kalo letak lauk menjerit marah. Tunggu sejuk bagi dia makan. Habis satu mangkuk bekas nestum adik dia. Ya Allah, laparnye anak aku. Tak makan ke dia siang tadi.

Menitis jugak air mata umi. Walaupun hanya berkuahkan kicap mulutnye sambil makan sambil cakap dapnye(sedapnye). Dah kenyang baru dia layan citer BabyTv. Siap boleh hafal dah nama karektor katun macam  Dodo, Nyum-nyum, dan banyak lagi.

Kawan-kawan boleh agak ke apa yang adha mintak?










Nasi...


Kalo anak korang jadi macam ni apa perasaan korang. Pengasuh tak bagi makan ke. Apa guna kite bayar tiap-tiap bulan. Tapi semalam baru adha balik macam kelaparan sejak tukar pengasuh ni. Tak pernah lagi pengasuh ni buat hal. Kite tengok lain hari macam mana pulak.

2 ulasan:

Salina@IbuAqil berkata...

Ya allah kesiannya!!!

MaMa_AdHa berkata...

menangis umi. Langsung tak jadi masak lauk. Last-last buat nasi goreng je malam tadi.