Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

6 Cara Mengenali Waktu Subur (wanita)

Buat kaum hawa yang sudah berkahwin. Mesti perlu tahu bagaimana nak tahu bila time waktu subur diri sendiri. Ini akan menyenangkan diri anda salam proses menambah cahaya mata. Di bawah ini umi nak konsikan sedikit tips/info cara untuk mengetahui diri anda dalam waktu subur.

1.       Perubahan Mukus Serviks:
·         Apabila tiba waktu pengovulan, mucus serviks akan berubah sama ada drpd segi amaun mahupun bentuk fizikalnya. Kalau bukan waktu pengovulan rupa mukus serviks agak melekit ataupun tiada langsung. Kalo waktu pengovulan mucus serviks lebih banyak dan kelihatan spt putih telur dan boleh merenggang  sehingga 1 inci.

2.       Keinginan Seks Meningkat:
·         Kajian membuktikan kebanyakkan wanita lebih berkeinginan mengadakan hubungan intim di dalam tempoh ini. Lazimnye ia berlaku beberapa hari sebelum prosespengovulan berlaku. Waktu ini adalah waktu paling tepat untuk melakukan hubungan intim.

3.       Perubahan Suhu Tubuh:
·         Mencatat BBT merupakan kaedah yang blh diaplikasikan utk mengesan ovulasi di kalangan wanita hamil. BBT akan meningkat dan kekal tinggi sehingga tempoh pengovulan. Ini disebabkan oleh kehadiran hormone progestron.

4.       Perubahan Kedudukan Serviks:
·         Sama seperti perubahan mucus serviks ketika prose pengovulan kedudukan serviks turut berubah . Apabila anda sangat subur serviks akan lebih tinggi ,lembut dan terbuka.

5.       Payu Dara Lembut:
·         Terdapat segelintir wanita mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Ini dikaitkan dgn hormone yang terkandung dlm tubuh di mana ia sdg melakukan persiapan utk kehamilan yang mungkin terjadi.

6.       Ujian Penunjuk Waktu Subur:
·         Salah satu lagi cara utk anda mengetahui waktu subur adalah menggunakan kit petunjuk waktu subur. Kit ini memerlukan anda menggunakan air kencing utk diuji sehari sekali selama 1 minggu sebelum anda menjangka waktu pengovulan.

Tiada ulasan: