Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Lepas Anak-Anak, Mama Pulak

"Ya Allah engkau jauhkanlah segala penyakit dari ku buat masa ini. Aku takut, anak-anakku tidak terjaga. Amin."


Akibat dari umi tak tido 2 malam, umi dah mula terasa badan kurang selesa. Bermula malam twin warded lagi umi dah mula kebas badan dan menggigil sampai bergetar bibir kesejukkan. Twin masuk wad umi biarkan main sendirian atas katil hingga dia letih.

Bukan tidak mahu melayan tapi kaki umi tak kuat nak berdiri di tepi katil lama-lama. Berkali-kali umi mintak panadol dengan nurse. Tapi hanya seketika sahaja sejuk+kebas badan tue hilang. Ini mungkin kerana umi tidak makan malam semasa kat rumah malam tue. Yealakan. twin dok asyik muntah je makan pun sampai lupa.

Semalam, ketara sangat kesejukkan umi di office. N3 semalam berkali-kali umi berhenti menaip dek kerana kebas tangan+mengelatar menahan kesejukkan. Seingat umi, umi pernah terasa macam ni sewaktu kena bentan dalam pantang twin baru ni. Akhirnya umi masuk tido dalam surau buat seketika kerana badan sudah tak tertanggung sejuk.

Dalam surau tutup aircond pun badan menggigil. Walaupun dah telan panadol 2 biji. Tak jalan ok! Menggigil sampai tertido dalam surau. Kerekot menahan kesejukkan. Tersedar setelah staff office ada masuk. Tanya jam kul berapa terus kuar.

Ingatkan dah hilang bila balik. Tapi tidak. Badan tetap menggigil. Nak melayan anak-anak dalam keadaan terpaksa. Gelap mata tak usah nak dicakapkan lagi. Mujurla twin tido awal malam tadi mama boleh nak rehat. Tapi abangye bangun pulak pukul 10 malam kot. Masa ni umi dah tak tahan menanggung kesejukkan. Nak bangun sambil pegang lutut. Adha tengok pelik!

Tengok panadol dah habis dalam bekas ubat. Haru! umi dah tak tau nak wat macam mana. Terduduk menahan sejuk. Telefon suami masih kat terengganu. Umi mintak bantuan kawan office belikan panadol. Alhamdulillah ada orang sudi menolong. 

Makan je ubat umi tertido sambil melayan adha. Sedar-sedar dia dah tido disebelah. Tapi kesejukkan tetap ada tapi tak sekuat sebelum makan ubat. Sekarang pun masih terasa sejuk. Tak taula apa puncanye. Kebas satu badan. Sekarang nak jawab telefon menahan sejuk + sakit tekak. Umi rasa mesti tonsil(betul ke) bengkak.

Harap-harap malam ni ok sampai hari ahad. Hari ahad ni ada majlis bertandang sebelah lelaki adik ipar. macam mana nak pergi kalo badan tak sihat.

Muka mama yang moyok hari ni.
Senyuman tak ikhlas menahan kesejukkan.

Macam Tokang Pecah!


Sejak si adik ni merayap merata, habis rumah dikenjahnye. Bila abangnye join lagila haru - biru rumah. Nasib baikla takda siapa datang mengejut ke rumah. Malu owh rumah bersepah.

Kemas bila anak-anak dah tido je. Coz senang keje. Kalo kemas time dorang tengah main mesti dikenjah lagi. Penat aje kemas. 

Sekarang seronok sangat tengok kembar yang dah nak masuk 8bulan. Alhamdulillah dah makin bulat sikit. Makin lincah. Dah boleh nampak perbezaan dorang. Yang paling best dah pandai berebut mainan. Yang menang mestila adik coz adik dah merayap merata je. Kakak? masih bergolek mengejar adikye.

Normal ke tak kakak masih tak menjulur lagi? Usia dah nak masuk 8bulan. Tapi asyik golek je. Risau jugak di hati. Tapi dia dok asyik angkat bontot je. Macam nak merangkak tue. Tapi kebelakang. Normal ke? Harap-harap normal.



Habis di punggahnye block kayu dalam bakul.

Muka tak bersalah bila habis main.




Kakak yang maintain je. Bergolek aje tau.

Khamis

Twin Warded Lagi

Ini N3 sambungan dari N3 ini.

24/10/2011 Jam 9 malam.

Keadaan kembar makin teruk selepas dia batuk. Kerisauan hati tuhan yang tahu. Bagi pum tiap-tiap 4 jam. Elok hanya seketika. Bercucuran dah air mata umi.

Duduk dah tak senang. Asal kembar batuk mesti muntah. Dah muntah mulala layu macam bunga. Lembik+merengek. Telefon sentiasa di tangan. Kol suami suruh cepat sampai rumah.

Jam 11 malam, nafas kembar makin kuat bunyi. Tambah lagi aqilah. Batuk tak henti-henti. Nak minum susu pun batuk juga. Sampai satu tahap umi tengok muka kembar dha nak biru.

Suami sampai aje di rumah terus umi dan suami ke HTAR klang wad kecemasan. Ya Allah, ramai betul orang kat wad kecemasan. Tak terkira. Ambulance berderet di luar wad kecemasan. Bila dah daftar, masuk bilik saringan kembar kena hantar bilik asma untuk di bagi gas.

Ingatkan tak ramai, kat sini pun kena tunggu coz ramai orang yang tengah ambik gas. Nak dekat pukul 1 pagi baru kembar diberi rawatan. Sebanyak 3 kali diberi gas tapi tak jalan jugak. Dada kembar tetap ada bunyi. Akhirnye doktor suruh masuk wad untuk di pantau 1 malam.

Bab bagi gas kepada kembarla, umi harus kuat. Menangis sampai semua orang pandang. Menitis air mata umi ni tak payah cakapla. Ibu mana sanggup tengok anak menangis macam tue. Tapi apakan daya umi kena sabar demi kesihatan anak-anak.

25/10/11

Masuk wad dalam kul 3 pagi. Masuk wad ramai pesakit, drai depan ke belakang penuh. Kebanyakkan semua kes asma. Kembar dapat katil dalam pukul 3.30 pagi. Tu pun takleh tido. Doktor datang tanya itula, inila. Pastu tiap-tiap 4jam gas lagi. Penatnye. Semalam tak tido adha demam, malam ni tak tido kembar pulak sakit.

Sekarang ni kembar dah makin lasak. Bukan senang nak bagi tido bila kat hospital. Bercinta maknye nak bagi tido. Sampai satu tahap umi mintak panadol dengan nurse kepala dah ting tong nak pitam. Mujurla petang hari yang sama kembar dah boleh keluar wad. walaupun batuk dorang tetap ada lagi.

Balik rumah, kembar + mama ganti tido yang tak cukup tue. Mama tido dari pukul 8malam sedar-sedar pukul 12 malam tu pun terkejut bunyi bunga api jiran india main. Lepas tu sambung tido sampai pagi. Mujur suami ada malam tue. Boleh tolong ambil alih jaga anak.

Dugaan Minggu Ini, 3 Anak Sakit Serentak.

Penat tak terkata apabila 3 anak sakit serentak. Tido malam yang tak cukup, rehat tak pernah cukup tapi tetap tabah hadapi demi anak-anak yang tercinta.

Ntah dimana silap, mungkin keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Sekejap panas dan sekejap sejuk. Itula menyebabkan kesihatan anak - anak berubah macam cuaca. 3 hari cuti bagaikan berkerja. Tiada istilah cuti dalam hidup.

Semuanya bermula disini:

23/10/11

Adha dah tak berapa nak sihat, badan dah mula dedar(suam-suam). Makan ubat demam 4jam sekali. Coz bila nak dekat 4 jam pas makan ubat dia dah mula melepek je tido + merengek. Mungkin tak tahan dengan mata yang sakit sejak hari khamis. Makin bengkak mata dan merah tak hilang.


mata yang makin merah.
 Bila malam makin kuat dia merengek. Penat nak melayan coz kembar pun tak berapa nak sihat asyik muntah+batuk. Badan pun dah mula dedar macam adha.

asyik melepek je kat sebelah mama.

Dah mula merengek. berguling aje keje.


atiqah yang kepenatan setelah muntah beberapa kali.
24/10/11

Jam 4pagi umi tersedar setelah mendengar adha mengerang seakan sakit sangat. Terkejut bila bangun tengok anak menggigil dah nak kebiruan. Ya Allah itula yang keluar dari mulut umi. Tak lenggahkan lagi, angkat bawak masuk bilik mandi curah air takut kena tarik. Setengah jam jugak umi buat, sampai dia dah menjerit kesejukkan.

Dah habis semua, lap dan bagi pakai pampers je coz tak nak jadi macm tu lagi. Bagi makan ubat alhamdulillah beransur turun panas badan.

Pagi esok umi decide ambik cuti tanpa gaji coz anak-anak tak sihat. Tak sampai hati nak tinggalkan kat rumah pengasuh. Dalam kul 9pagi bawak gi klinik coz ubat demam yang standby kat rumah pun dah nak habis. Nak check matanye kenapa tak hilang-hilang lagi sakitnye. Dari hari khamis lagi.


Aktif macam tak orang sakit coz panas dah sedikit turun masa kat klinik.

Alhamdulillah adha beransur pulih dah tak demam petang sampai malan. cuma mata dia je masih merah. Tapi bila abang dah lega kembar pulak sakitnye muncul. Nanti umi citer di lain n3 yea.

*** masuk keje hari ni dalam paksa, kembar belum pulih sepenuhnye.

Jumaat

Harap-Harap Bukan Barang Yang Tertinggal.

Tadi hilang rasa ngantuk bila dapat panggilan dari mak. Terkejut bila mendengar cerita dari mak. Selalu umi dengar kisah orang aje yang kena mcam ni. Tup tup keluarga umi yang kena.

Kakak umi sekarang dekat Hospital Besar Taiping. Kena masuk hospital balik. Baru je keluar semalam, hari kena tahan wad balik.

Puncannye dia ngadu sakit perut macam mencucuk. Gi klinik bawak zahra cek kuning terus check kakak sekali. Zahra kena kuning tinggi jugak dalam 14. Kakak umi doktor scan perut. Akhirnye nampak macam ada "barang" yang tertinggal dalam perut kakak.

Tak pasti barang ke atau darah ketul. Tapi "benda" nila yang menyebabkan kakak umi sakit perut. Tak pasal-pasal kakak naik ambulance sama anaknye ke Hospital Taiping.

Kakak dan zahra di tahan di wad yang berlainan. Zahra kena tahan wad kanak-kanak coz kena kuning. Kaka kena tahan wad lain untuk check balik apa sebenarnye yang tertinggal.

Harap-harap janganlan sampai kena bedah(buka semula tempat jahit) semula. Ngeri dengarnye, Kalo betul kena bedah balik maknanye kakak umi dah 3 kali la operate. Anak pertama(Iman), kedua Zahra ketiga inila kot.

Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada kakak umi.

Sejuk + Batuk + Muntah = Asma

Bila musim hujan umi dah risau dengan kesihatan kembar. Dorang macam dah alah dengan sejuk. Nak taknak kena jugak tempuh.

Semalam kembar dah start selsema + batuk. Yang teruk buat masa ni atiqah. Malam tadi atiqah demam, selsema dan batuk. Risau tau hati umi. Tiap-tiap kali dia batuk dia muntah. Nak minum je susu batuk. Dah sudah muntah balik. pastu lapar.

Dari malam sampai pagi umi rasa ada 3 kali dia muntah. Tak tido lena umi malam tadi takut tak sempat nak angkat atiqah time dia muntah. Kang tersedak, umi jugak susah coz takda sape nak bawak gi hospital. Dia kerap muntah malam tadi pun dah nak jadi biru muka coz semput/penat asyik muntah. Mujur ada inhaller pum je bila nampak dia penat.

Akhirnye bogel atiqah tido malam tadi. Bukan taknak bagi pakai baju, coz dia tengah demam semalam. Nak dekat 38. Umi basahkan badan dia dengan kain basah tu tak berbaju. Tapi still ada selimut tutup dada.

Nampak tak kain tuala dia pegang. Tula umi wat lap badan dia.

Wajah mengantuk tak cukup tido.

Pastu, abang dia pulak kena sakit mata. Pagi semalam kedua-dua matanye merah. Sampai mengamuk time bangun takleh bukak mata (taik mata penuh). Tapi alhamdulillah sebelah dah ok, sebelah kiri aje belum. Tu pun dia asyik gosok. Mungkin tak selesa kot.Nak titis ubatnye punyala azab. Siap berlawan. Umi titis time dia tido senang keje.

Mudah-mudahan anak-anak mama malam ni dah okey. Mama takut jadi apa-apa takda sapa nak bawak gi hospital sayang. Ayah dah 3 hari keje outstation. Mungkin esok malam baru sampai.

*** Noted: Pengasuh dah kol, atiqah dah 2 kali muntah pagi ni.

Khamis

Sape Pernak Bersalin Ikut Tingkap(Ceaser)

Tadi umi telefon kakak tanya dia dah balik belum.
Tapi dia kata dia dah keluar tapi masih kat ipoh tengah cari jarum suntik ubat.
Kat sini umi dah terkejut, kakak dah kena jadi doktor sendiri ke?
Bila tanya kenapa dia kena cucuk ubat sendiri kat rumah dia tak tau.
Tanya tu ubat apa dia dah lupa.

Boleh tak sape-sape bagi tau umi tu ubat apa?
Kalo yang pernah dapatla ubat tu lepas bersalin?
Coz ramai jugak umi dengar orang bersalin ceaser.
Tapi tiada pulak terima ubat suruh cucuk sendiri kat rumah.

Please...

A for "Arnab" , B for "Bola". Z for ???

Dulu masa kite zaman kanak-kanak mseti ada belajar hurf A-Z. Bermacam-macam nama yang kite guna untuk setiap huruf tu kan.

Ini yang umi temui dari blog abg Mazidul sungguh mengejutkan. Ada jugak yea keluaran buku macam ni.

Nak tahu lebih lanjut klik SINI.

Apa perasaan anda? terkejut tak?







Motif: Kena hati-hatila kalo nak beli buku kat anak-anak.

Boleh Ke Umi Terasa?

Semalam lepas je telefon mak masa tu mak kat hospital tengok kakak umi yang baru lepas bersalin tu. Tiba-tiba hati umi sayu aje. Kadang-kadang macam terasa sangat. Mak umi takda buat apa-apa pun. Cuma umi je terasa.

Kan bagus dok dekat dengan mak macam kakak umi. Seronok je boleh tengok mak selalu. Rindu masakan mak. Tapi paling umi terasakan bila mak boleh datang lawat anak kakak selalu masa yang sulung tu kuat sakit + masuk hospital. Pastu kakak bersalin ni mak boleh gi tengok.

Masa dulu adha masuk hospital takda jugak family datang melawat. Cuma kami laki bini je. Sunyi je kan. Orang sakitkan kalo orang datang melawat hilang rasa sakit.

Umi paling terasa semalamla kan. Kakak ada jugak orang datang melawat time bersalin. Tapi umi bersalin baru ni sedih. Coz mak tak datang pun. Bawak balik kembar ke kampung sendirian dengan suami. Masa kat hospital 3 hari lagi sedih. Orang lain ada mak dan family datang melawat tapi umi? Sendirian dengan suami. Dah la masa tu kembar kat wad NICU 3 hari. Bertambah sunyi.

Kadang-kadang bila fikir susah jugak dok jauh dari keluarga ni kan. Payah family nak datang. Tapi umi tak salahkan mak umi tak datang pun masa umi bersalin baru ni. Yeala kan, adha kan kat kampung masa umi bersalin. Takkan mak nak angkut adha naik bas. Cuma benda yang di rancang tak jadi tuela jadi macam tue.

Nak je balik duduk dekat dengan family.

Rabu

Nur Zahra Iffah - Anak Saudaraku

 Oh akhirnye dapat jugak melihat wajah anak saudara ku. Tunggu dari pagi tadi akhirnye baru sekarang dapat. Sebijik muka abang dia iman time kecik-kecik. Atenye dah adik beradikkan mestila sama.

Cuma beza kulit tak secerah abangnye(macam cina), rambut hitam + lebat dari abangnye.

Erm tapi petang ni, zahra kena tahan wad baby. Zahra masih tak kencing dari semalam. Adoila. Mesti kena proses macam -macamkan dengan doktor.

Makcik doakan semoga zahra cepat buang air kecil dan sepat keluar dari wad+hospital. Tak sabar nak gomol zahra balik kampung nanti.

Bila Mama Berposing..

Bergambar di tempat kerja umi.
Di kerusi sebelah kaunter

Muka sememeh hihi..


Motif: Nampak gemuk ke tak? Berat dah cecah 50kg.









Bertambah Lagi Sorang Umat Di Muka Bumi.

Alhamdulillah Jam 5.30 petang semalam kakak umi selamat melahirkan seorang lagi umat di muka bumi ini. Seronoknye. Bertambah anak saudara umi. Kembar ada geng la lepas ni bila balik perak.

Kakak umi selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.4kg. Kecik sikit dari abangnye, iman yang 3.8kg. Kali ni pun kakak umi tak boleh bersalin secara normal walaupun dah cuba. Akhirnye ceaser jadi pilihan doktor.

Bayangkanla masuk dari pagi, bukaan dah penuh bila petang tapi baby still tak nak keluar. Akhirnya ceaser. Nampak gayanye, kakak umi takleh normal la kalo ada baby yang ketiga nanti. Takpela kan janji kakak dan anak saudara umi selamat sudah.

Ish tak sabar nak balik tengok. Erm, lambatnye tunggu gambar dari mak.

Selasa

18SG! Jangan Tengok Kalo Tak Berani

Ya Allah! Kesian bayi yang tak berdosa.

Menanti Khabar Dari Hospital Ipoh

Baru je telefon mak di kampung. Dapat berita gembira. Tak sabarnye nak jumpa anak saudara baru.

Ingat tak n3 lama umi kisah anak saudara umi nama iman? Kalo tak tau klik Sini. Iman ni sebaya adha cuma beza bulan. Iman bulan 3, adha bulan 11 2009. Besar sekarang pun dah sama je.

Tapi tahun ni umi dengan kakak umi berlawan bulan bersalin. Kalo dulu kakak umi awal tahun kali ni umi pulak. Benda ni tak disengajakan.

Alhamdulillah bertambah la lagi anak saudara baru umi. Sekarang kakak umi masih dalam labour room Hospital Besar Ipoh. Insyallah petang kang selamatla bersalin.

Masih berteka-teki baby girl or boy.

Di Manakah sifat Keprikemanusian Manusia?

Binatang!!!

Itulah yang harus digelarkan pada manusia-manusia ini. Tapi binatang pun tahu sayangkan anak. Ntah kenapa makin berleluasa kejadian macam ini sekarang. Tak habis-habis. Tiap-tiap minggu sahaja ada kes buang anak/bayi.

Hari ni bukak paper ada berita sorang bayi di temui hidup dengan tali pusat masih di badan. masyallah comel sungguh wajah bayi ini. Bersih bak kain putih. Tapi apa dosa bayi ni? Kenapa di buang? Mana mak bapak dia?
Dah hilang ke keseronakkan masa dulu? Memang sial la mak bapak bayi ni.

Pastu dekat sabah, dah beranak pastu kelar bagi mati pulak bayi yang dia baru lahirkan. Ya Allah, ingat ayam ke bayi tu? Nak main sembelih dan bunuh. Umur mak bayi tu pun masih muda, baru 16 tahun. Sekolah lagi tapi dah bebas. Bebas apa??? Melakukan seks tanpa ikatan yang sah. Alasan yang dia keluarkan bila dah kena tangkap: tak nak bertanggungjawab. Habis tu masa buat takda pulak ko tanya. Memang SIAL!!!

Satu lagi kes luar negara. Hari ni jugak keluar suratkhabar. Hati dorang dah buta ke apa. Budak 2 tahun digilis 2 kenderaan dibiarkan dalam nyawa-nyawa ikan di atas jalan. Walaupun ramai orang lalu lalang di tempat kejadian. Lagipun kejadian tu berlaku di kawasan kedai. Sampai satu nenek tua datang tolong menjerit meminta bantuan tapi takda juga orang tolong. Hingga keluarga budak tue sendiri yang datang. Apa jenis manusia dorang ni!!!

Sakit hati umi baca paper hari ni. Perangai manusia melebihi perangai binatang. Erm, geram sangat-sangat. Tersentap hati. Dah tak mampu nak teruskan kata-kata.

Apa Korang Rasa Bila ...

Ntahla umi nak mulakan dari mana. Tapi yang umi tahu perasaan umi sebak bila balik keje, letak anak terus gi dapur nak masak dan anak mintak sesuatu yang kite tak sempat nak buat.

Umi tak tahula kat rumah pengasuh semalam dia dapat ke tak benda ni. Coz 2 3 kali dia mari mintak dekat umi sampai satu tahap mengamuk nak benda ni. Sedih umi. Nak nangis tapi di tahan air mata supaya tak keluar. Pujuk anak supaya sabar dan bawak dia gi tengok cerita kegemaran di channel 618.

Tapi tak lama mesti dia datang balik. Nak jugak benda ni. Erm, bukan taknak bagi tapi benda tue tengah umi masak. Tengah ditanak. Kering air pun belum. Tapi dia dah terjerit-jerit nak. Bagi upah roti taknak, keropok pun taknak. Upah air sirap senyap kejap sampai benda tu masak.

Dah siap masak tak payah letak lauk. Coz dia suruh letak cap je(kicap). Kalo letak lauk menjerit marah. Tunggu sejuk bagi dia makan. Habis satu mangkuk bekas nestum adik dia. Ya Allah, laparnye anak aku. Tak makan ke dia siang tadi.

Menitis jugak air mata umi. Walaupun hanya berkuahkan kicap mulutnye sambil makan sambil cakap dapnye(sedapnye). Dah kenyang baru dia layan citer BabyTv. Siap boleh hafal dah nama karektor katun macam  Dodo, Nyum-nyum, dan banyak lagi.

Kawan-kawan boleh agak ke apa yang adha mintak?










Nasi...


Kalo anak korang jadi macam ni apa perasaan korang. Pengasuh tak bagi makan ke. Apa guna kite bayar tiap-tiap bulan. Tapi semalam baru adha balik macam kelaparan sejak tukar pengasuh ni. Tak pernah lagi pengasuh ni buat hal. Kite tengok lain hari macam mana pulak.

Isnin

Pukul 4 Pagi Dia Bantai Main Kereta.

Erm, mata mama ngantuk giler pagi tadi nak gi office. Adoila, dahla hari isnin mood nak keje masih kelaut. Tambah pulak dengan tak cukup tido. Bertambah-tambah mood kelaut mama. Semua gara-gara si bujang sorang bangun main pukul 4 pagi.

Ntah apala mimpi sibujang mama ni. Selalunye bangun minum susu tido balik, tapi pagi tadi dia boleh bantai main kereta. Ingatkan mama mimpi dengar bunyi pet,pet kereta mainan dia tue. Rupanye kenyataan. Hampir jadi harimau mama pagi-pagi tadi.

Nasib baikla adha tak kacau adik dia tido, kalo tak terusla mama tak tido. Adik baik pulak malam tadi. Tido elok je.

Dalam kul 5.30 pagi, baru la dia nak tido setelah di marahi + tutup lampu biar gelap oleh mama. Yela nak oit, dah pukul 5 pagi ni bila nak tido. Mama dah pening kepala.

Akibatnye, mengamuk bila dikejutkan pukul 8 pagi tadi untuk pergi rumah pengasuh. Tula sape suruh bangun awal kan dah mengamuk. Yeala 2 hari bangun lambat dalam pukul 9 pagi baru bangun. Bila hari isnin nak gi rumah pengasuh dah bad mood tido tak puas.

Alahai anak, sabar jela mama dengan keranah kamu.

Baru mama tahu anak ni dah besar. Kereta ni dah kecik buat anak mama.

Jumaat

Jom Pakat Join, Menjimatkan Sistem Kewangan Anda...

14
Sekarang nikan kalo boleh semua umi nak jimat. Coz boleh saving di masa hadapan. Bagi umi pampers tu adalah satu pembaziran tapi apa kan daya kena jugak. Kalo tak tiris & basah la dalam rumah.


Kenapa umi kata pampers itu pembaziran. Korang bayangkanla pampers tu jenis pakai buang. Pampers paling murah setakat ni umi jumpa 25++. Paling mahal nak dekat 40. Mahalkan. Bagi umi yang anak 3 semuanya masih memakain pampers memang rasa agak penat.


Kembar pampers saiz M yang ada 80 keping tu dalam 2 minggu lebih je habis. Abangnye, sebulan jugak kot baru habis sepeket saiz XL. Peruntukkan untuk pampera anak-anak aje 500 sebulan. Belum susu lagi.


So, dari duit tue membazir dekat pampers umi dok asyik cari harga murah CLOTH DIAPERS nak bagi kembar pakai. Abangnye takpela kot pakai pampers. Tahun depan nak ajar taknak bagi pakai pampers. Cari-cari punya cari semuanye mahal. Tak mampu nak beli. 


Umi nak beli banyak dalam 20keping CLOTH DIAPERS. Yealakan, kembar pakai mana cukup 10 keping. Semua yang umi dapat harga paling murah RM 18 ringgit sehelai walaupun beli 20 keping(RM 360). Umi cuba cari yang boleh bayar ansuran(sistem kutu) namun tak jumpa. Tadi akhirnye umi jumpa. Seronok sangat coz kedai ni tengah bukak sistem kutu cloth diapers batch kedua.


Tiap-tiap bulan RM 50. Jumalah pemain 5 orang. Bilangan cloth diapers yang akan kite terima ialah 10 keping bercampur pelbagai jenis brand. Ok la tuekan. Takdala rasa mahal sangat. Umi tak mampun nak bayar sekali gus coz duit boleh digunakan ke perkara lain lagi.


Jadi umi join dua nama yang memerlukan pembayaran sebanyak RM 100 tiap-tiap bulan. Maknanye umi akan terima 20 keping cloth diapers. RM 500 untuk 20 cloth diapers yang bercampur brand.


10PCS CLOTH DIAPER MIXED DESIGN & BRAND TERDIRI DARI BRAND COOLABABY, QQBABY, BABYLAND, RAINBOW, SUNNYBABY, GGBABIES, HF LUXURY MINKY & FREE WET BAG. 


Kalo ada rezeki bulan ni start bayar. 


Nak join? Klik je kat bawah nie:


Sistem Kutu Cloth Diapers

























Kelam Kabut + Sakit Hati

Pagi tadi umiagak kelam kabut sikit dalam urusan anak. Biasanye umi bangun lebih kurang jam 6 pagi(kalo tido lambat 6.30pagi baru bangun). Selalunye kalo umi bangun anak-anak masih tido. Takdala sibuk sangatkan. Yeala nak panaskan nasi kembar lagi, nak sidai baju yang dah basuh malam tadi.

Tapi pagi tadi 3 orang anak umi bangun awal. 6.30 pagi dah bangun. Yang sulung kul 4 kejut cakap yak!. Adoila sayang. Dah basuh semua dia boleh pulak taknak tido. Kena marah baru tido. Tapi kul 6.30 pagi dah bangun balik. Pastu kacau adik langsung bangun semua.

Kelam kabut la mama. Nak mandi yang sulung pun nak join. Bagi mandi sekali pastu tak nak keluar syok dok main air. Biarkan dia umi gi bersiap sambil tengok nasi kembar atas dapur. Anak-anak umi kalo bangun pagi mesti dorang nak membuang. Kalo dah basuhkan umi terus bagi mandi je. Air tak berapa sejuk rumah umi. Kembar seronok kena air.

Tengok jam dah kul 7 pagi, kembar umi bagi mandi sorang2+ basuh berak. Fuh penatla. Dah bagi mandi siapkan  pulak sorang-sorang. Bayangkanla, kembar sekarang dah tak reti dok diam time nak pakai pampers. Pusing kiri dan kanan. Elok nak gam dia pulak melonjak ke atas. Ayokk makan masa nak siapkan dorang ni. Dah siap dorang nak kuarkan abangnye dari bilik air satu hal lagi. Adoi berperang dengan dia. Mak jadi harimau sekejap.

Dahla nak bagi pakai pampers payah. Kena pujuk elok-elok baru dia mari baring. Nak pakai baju pun sama. Kena cakap baju cantik barula nak pakai. Huhu penat.

Hari ni umi terpaksa bayar RM 20 kat pengasuh lama untuk menjaga anak-anak umi untuk hari ni je. Coz pengasuh baru umi dia gi ambik bantuan bagi ibu-ibu tunggal. Alhamdulillah pengasuh lama nak jaga. Bukan umi taknak jaga sendiri hari ni tapi umi dah kehabisan cuti. Terpaksala bayar orang untuk jaga anak-anak.

Tapi umi sakit hati dengan menantu pengasuh lama nie. Sebelum umi hantar pagi tadi, umi dah gi tanya pengasuh lama ni kat kedai dia.(jual nasi lemak). Dia suruh hantar aje kat rumah coz menantu dia tolong tengok kejap sementara dia nak habiskan jualan pagi. Umi pun pergila. Tapi bila sampai umi dapat ayat menyakitkan hati!!!!

Kalo ikutkan memang malas hantar. Yealakan bila kite sampai boleh pulak dia cakap sape nak jaga ni. Dia ada anak lagi. 2 sekolah dah 1 kecik sebaya kembar. Umi cakap elok-elok coz mak dia yang suruh hantar. Dengan muka toya, dia cakap le letak je kat dalam. Ada masa dia tengok. Coz mak yang nak jaga bukan saya. Adoila!!! umi memang sakit hati. Masuk kete gi jumpa balik makcik tue. Cakap boleh ke tak coz dah tak sedap hati nak hantar anak-anak coz dah dengar kata-kata menyakitkan hati.

Makcik tu cakap hantar je coz nanti dia balik. Dia dah kol anak dia lagi satu mintak tolong tengokkan kejap. Umi dengan keterpaksaan hantar jugak anak-anak kat rumah dia coz dah lewat nak masuk keje. Alhamdulillah anak dia yang ni memang umi baik dengan dia. Diam aje anak-anak umi dengan dia. Barula sennag hati umi. Tapi umi sempat jugak cakap dengan menantu dia: dah tak nak jagakan tak payahla main dengan anak saya. Nanti tak terjaga pulak anak akak.

Tengah hari kang nak balik tengok anak-anak jap. Risau kat hati tetap ada.

*** tak pasal-pasla hari ini N3 jadi panjang.

Khamis

Kembar 2 Dah Makin Ramai.

Huhu best sangat asal aje gi jalan sekitar rumah ni mesti jumpa kembar. Tapi tak sempatla nak tanya nama juast tegur macma tu je kan. Nak ajak join kelab kembar pun tak sempat. Hihihi.

Baru-baru ni umi gi bawak kembar gi checkup kat hospital klang. Dalam dok menunggu tue datang ibu muda dengan maknye dukung baby kembar yang masih dalam pantang. Kembar lelaki. Comel sangat. Sempatla sembang dengan maknye tue. Kembar tu kena follow up balik nak check kuning.

Pastu nak ontheway gi parking nampak pasangan muda dukung kembar jugak. Anggaran dalam 2 bulan kot usia baby tue. Tapi mak pak dia sombongla. Kite senyum pun tak balas. Padahal lalu depan kite. Kedekut senyuman betul. Hihi.

Dulu gi taman shah alam jumpa jugak kembar 2. Ni anak cina. Usia dorang dalam 1 tahun lebih kot. Comel. Lelaki kedua-duanye. Dok minum susu dalam stroller. Cina ni baik senyum pastu tegur sapala jugak. Okla kan takdale sombong macam pasangan melayu yang umi jumpa baru ni.

Ni semalam pulak. Waktu gi pasar malam selepas waktu kerja. Nak beli barang dapur(lauk), terserempak pasangan kembar perempuan. Comel sangat. Bertegur kiteorang tengah-tengah pasar malam. Hihi. Cuma umi tak bawak kembar umi je. Kembar tu dah berusia 10 bulan kat papanye. Comel tau. Putih je budaknye. Keluarga ni dok kat batu 3 shah alam. Dekat sangat tapi tak sempat nak ambik contact number.

Sekarang musim kembar ek? coz masa twin masuk wad hari tue, nurse dok sembang kata minggu ini aje dah 4 orang dah bersalin kembar. Kembar 3 2orang dan kembar 2 2orang. Bertambahla umat di muka bumi.

Kaedah Perancang Keluarga.

Lepas kejadian "terbabas tahun lepas" gara-gara merancang sendiri umi dah takut selepas melahirkan kembar. So umi ambik pil perancang keluarga.

Lepas usia kembar 3 bulan umi try makan norriday coz masih menyusu kembarkan. Coz doktor cakap norriday sesuai dengan ibu yang menyusu coz susu takkan merudum.

ubat norriday

Tapi umi tak rasi dengan ubat nie coz perriod umi tak menentu. Kadang-kadang langsung tak datang. Pastu datang pulak kerap. Inila menyebabkan umi sakit kepala.

Last-last umi stop jap tanpa makan ubat perancang apa-apa selama 2 minggu. Last-last umi takut tersangkut tanpa disedari umi gi klinik swasta tanya pendapat doktor macam mana. 

Bincang punya bincang doktor sarankan umi ambik pil MARCELON. Tapi ini tidak berapa sesuai bagi ibu yang fully BF yea. Umi kan dah campur dgn FM tula umi berani ambik. Lagi satu MARCELON ni akan menambah selera makan.

Tula sesuai sangat dengan umi yang berbadan keding macam lidi ni. Sungguh umi cakap memang selera umi menjadi sejak makan pil MARCELON.

Bila dah makan ubat ni alhamdulillah habis je 21 biji ubat tue tunggula 3 hari datangla period. Ubat ni doktor tu cakap period confirm datang. Cuma kena hari-hari makanla. 

Cara makan dia macam ni :
  • Ubat ni dia dah set dah hari-harinye. So makan ikut harinyela. Kalo korang start makan rabu , ambikla ubat yang tulis hari rabu.
  • Bagi umi, umi suka makan waktu malam. Senang ingat.
  • Sentiasa makan di waktu yang betul. Macam ni kalo korang start makan kul 8 malam teruskanla sampai ubat tu habis.
  • Tapi andai korang lupa makan malam tersebut dan pagi esok baru ingat, terus je makan jangan tangguh.
  • Bila dah habis makan ubat tu(21 biji) korang tunggu la dalam 2 3 hari confirm period korang datang.
  • Pastu start sambung balik makan lepas 1 minggu(7hari). Andai korang last makan ubat(yang ke 21) hari selasa, korang kena start makan hari selasa balik.
  • Andai korang lupa makan dah cukup 1 minggu baru nak mula, elakkan bersama suami 7 hari permulaan makan pil. Lepas tu nak bersama teruskan jela.


Ini rupa kotak dan pembalut luar ubat perancang.

Ni rupa depan dan belakang.

Macam Kembar 3 Pulak..





Bila tengok-tengok balik gambar header umi kat atas tue dah macam kembar 3 pulak. Dahla sama dok meniarap pastu pulak nama adha,atiqah dan aqilah. Sudah rupa kembar 2 perempuan 1 lelaki. Tapi cuba teka kat mana kantoi dalam gambar tue?
































Tarikh kat gambar adha tu yang kantoikan kat atas tu bukan kembar 3. Hihi. Cuba bayangkan umi kembar 3 makin kurusla jawabnye. Ni pun baju semua nampak dah mengelebeh. Terutama seluar kerja, dan setengah baju kurung.

Tapikan kalo lepas ni pregnant dapat kembar 3 best jugak.  Tutup kilang terus. huhu. Tapi biarla anak-anak yang ada ni besar dulu. Bagi umi dan suami bernafas dulu baru boleh rancang anak berikutnye.

Rabu

Akhirnye, Terlepas Jugak...

Ntah macam mana boleh berlaku umi pun tak tau. Tak dirancang pun nak buat perkara ni hari ni. Coz pagi tadi umi tak sentuh pun kereta coz suami yang bawak hantar anak-anak rumah pengasuh.

Tapi alhamdulillah mama dah berjaya sepenuhnye setakat inila bawak kereta tanpa suami disebelah jauh perjalanannye(jauh bagi umi). Iaitu drai rumah ke tempat keje.

Kejadian ni baru berlaku tengah hari tadi. Pergi kerja naik motor je. Tak teringin pun bawak kereta. Tapi tadi tengah hari umi keluar gi beli stock susu anak dan sedikit barang dapur. Termasuk jugak pampers anak yang besar gedabak.

Dah habis bayar baru teringat umi naik motor macam mana nak bawak balik barang-barang yang banyak. Berbungkus - bungkus beg plastik. Susu saje 4 paket, pampers 2 beg saiz M dan XL. Dan barang-barang dapur. Penuh motor tue.

Akhirnye cakap kat kedai tue nak tumpangkan kejap barang boleh tak sampai petang. Tunggu en suami sampai. Tapi tak bolehla plak. Coz takut nanti towkey kedai cakap staff curi barang pulak. Makanye, terpaksala balik ambik kereta untuk angkut barang-barang yang dah di beli. Mujurla boleh tumpangkan kejap coz nak balik ambik kereta.

Alhamdulillah, umi berjaya bawak kereta dari rumah ke kedai tue. Jauh jugak bagi umi yang tak biasa bawak kereta. Dah selesai kat situ, umi malas pulak nak hantar kereta balik rumah. 2 kali kerja pulakkan. Nak ambik motor. Tengok jam dah nak dekat kul 2. Telefon suami cakap nak bawak kereta gi office dia bagi. Alhamdulillah berjaya sampai dengan selamat. Parking pun cantik je padahal selalu fail bab parking dan undur.

Tula kan orang cakap, kalo tak cuba sekarang bila lagi nak pandai betul tak. Tapi umi kalo suami ada sebelah payah sikit tau. Suami kuat tegur benda kecik. Bila kena tegur umi dah gabra. Hihi umi dahla nerves pastu kena tegur terus terbantut. Hihi...

Memang Fotostat Muka 3 Beradik Nie


Bila tengok balik gambar anak-anak dari kecik sampai sekarang memang tak jauh beza muka dorang. Dari segi mata yang bolat,  mulut yang kecik dan rambut yang tak seberapa nak lebat. Kalo tak diasingkan gambar ikut nama memang boleh confius mana satu abang, kakak dan adik.

Tengokla gambar di atas tue. Hampir sama je muka dorangkan. Cuma berat je lain. Kembar ringan sikit dari abangnye. Masa kat kampung ramai cakap kening dorang ini ikut india. Kening dorang ni jenis lebat. Nasib baik kulit tak ikut india. Hihi. Inila kesan berjiran dengan india. Nak hidung tinggi last-last dapat kening.

Mulut dorang adik beradik ni jenis kecik je. Payahla sangat nak suapkan makan. Banyak kat luar dari masuk dalam mulut. Kalo nak suap bubur nasi kena pakai sudu kecik je. Kalo sudu yang 1 set dengan mangkuk makanan baby tue hujung je boleh masuk kalo dia tak bukak mulut besar.

Mata dorang ni tak tau la ikut sapa. Umi atau ayahnye. Dah mak dan ayahnye jenis mata bolet jugak kot. Tapi okla kan dari mata sepet. Hihi.

Bab rambut memang umi tak tau kenapa rambut dorang sikit. Yea la mak paknye rambut kemain lebat. Tapi kena ke anak rambut sikit. Nipis sangat. Waktu hamil minum ais bukan main lagi nak bagi rambut lebat tapi tak jugak lebat. Erm, nasibla kembar ada jugak nampak hitam rambut time sekarang. Kalo adha nak dekat 1 tahun baru nampak rambut.



Perbezaan rambut.
Dah nama keluar dari yang samakan mestila semua sama. Atenye dah adik beradik orang tua-tua cakap. Takla jauh bezanye.

6 Cara Mengenali Waktu Subur (wanita)

Buat kaum hawa yang sudah berkahwin. Mesti perlu tahu bagaimana nak tahu bila time waktu subur diri sendiri. Ini akan menyenangkan diri anda salam proses menambah cahaya mata. Di bawah ini umi nak konsikan sedikit tips/info cara untuk mengetahui diri anda dalam waktu subur.

1.       Perubahan Mukus Serviks:
·         Apabila tiba waktu pengovulan, mucus serviks akan berubah sama ada drpd segi amaun mahupun bentuk fizikalnya. Kalau bukan waktu pengovulan rupa mukus serviks agak melekit ataupun tiada langsung. Kalo waktu pengovulan mucus serviks lebih banyak dan kelihatan spt putih telur dan boleh merenggang  sehingga 1 inci.

2.       Keinginan Seks Meningkat:
·         Kajian membuktikan kebanyakkan wanita lebih berkeinginan mengadakan hubungan intim di dalam tempoh ini. Lazimnye ia berlaku beberapa hari sebelum prosespengovulan berlaku. Waktu ini adalah waktu paling tepat untuk melakukan hubungan intim.

3.       Perubahan Suhu Tubuh:
·         Mencatat BBT merupakan kaedah yang blh diaplikasikan utk mengesan ovulasi di kalangan wanita hamil. BBT akan meningkat dan kekal tinggi sehingga tempoh pengovulan. Ini disebabkan oleh kehadiran hormone progestron.

4.       Perubahan Kedudukan Serviks:
·         Sama seperti perubahan mucus serviks ketika prose pengovulan kedudukan serviks turut berubah . Apabila anda sangat subur serviks akan lebih tinggi ,lembut dan terbuka.

5.       Payu Dara Lembut:
·         Terdapat segelintir wanita mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Ini dikaitkan dgn hormone yang terkandung dlm tubuh di mana ia sdg melakukan persiapan utk kehamilan yang mungkin terjadi.

6.       Ujian Penunjuk Waktu Subur:
·         Salah satu lagi cara utk anda mengetahui waktu subur adalah menggunakan kit petunjuk waktu subur. Kit ini memerlukan anda menggunakan air kencing utk diuji sehari sekali selama 1 minggu sebelum anda menjangka waktu pengovulan.

Selasa

Burpp.... Kenyang. Ty Boss

Tak senonoh betul umi. Boleh plak berlahak kat sini. Hihi. Bukan apa hari ni umi kekenyangan coz dapat makan free kat office tengah hari tadi. Sedap sangat.

Hari ni big boss tempat umi keje belanja makan tengah hari. Tidakla jauh dari tempat umi berkerja. Di seksyen 9 je. Kat restoran pelita(plaza masalam). Ni first time umi makan kat sini. Memang puas hati la. Sedap!!!.

Tapikan bila pergi kat restoran ni macam restoran antarabangsa dah pun. Bermacam-macam negara ada makan kat situ. Bermacam-macam jenis kulit dan gelagat orang.

Apa-apa pun makanan kat situ memang sedap tambahan plak dengan kari kepala ikan memang menyelerakan. Makan pulak waktu tengah harikan. Kenyangla, dijamukan plak dengan rojak(pasembur), dan buah-buahan. Tak terhingga kenyangnye. Sengkak perut di buatnye.

Ty boss... Lain kali belanja lagi. hihihi.


*** sorry gambar takda la.. Tak minat nak tangkap time makan. huhu.

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari kelima)

Hari ni kereta dah terlepas bawak ke office gara-gara hujan di pagi hari. Alhamdulillah hari ni umi berjaya bawak kereta hantar anak-anak gi rumah pengasuh. Mungkin anak-anak tak meragam yang menyebabkan kejayaan umi pagi tadi.

Tapi bawak kereta ke office bukan umi yang bawak tapi kawan umi yang bawak. Coz dia pun gi keje naik motor. Alang-alang dia pandai bawak kereta umi suruhla dia bawakkan ke office. Tidakla kami basah. Ty aisyah.

Hari ni anak-anak dah sihat. Semalam mungkin dia tak selesa coz kepanasan sikit. Cuaca kat shah alam ni panas sikit. Tak berapa nak hujan. Kalo hujan pun kejap je pastu berhenti. Maafkan mama sayang. Mama tak nak pasang aircond coz anak-anak mama tak boleh sejuk sangat kang sakit mama jugak susah.

Isnin

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari keempat)

Pagi ni mama gagal. Erm, sedih. Ntahla kenapa. Mungkin gara-gara mama tak cukup tido. Kembar tak berapa nak sihat. Bergilir-gilir nangis. Sekejap kakak, pastu adik. Hanya selang tak sampai setengah jam.

Hari ni mama gagal membawa keluar kereta dari parking. Mungkin mama tak sanggup dengar kembar nangis di letakkan dalam car seat. Bila kembar nangis hampir saje kereta bersagat dengan dinding. 

Mujur suami ada. Suruh suami aje bawak kereta coz kembar kalo dah nangis tak nak dengan sapa-sapa. Termasuk ayahnye. Tambah lagi dia dah kenal orang lagila payah nak bergilir. 

Mintak-mintakla kembar dah beransur sihat. Mama penat sayang. Malam tadi tido mama setengah jam sekali mama bangun. Mama rela sayang. Walaupun sambil duduk aje mama malam tadi. Tapi mama mintak malam ini anak-anak mama baik-baik aje ye sayang.

Oh, Bukan Umi Punya.

Berbalik pada N3 ini umi mintak maaf sangat. Gambar tue bukan umi punya tau, Perut umi masih kosong lagi buat waktu ini. Luka yang timbul ni pun masih perit tatkala mendukung anak sulung yang berat dah cecah 15 kg.

Tidak dapat bayangkan andai umi mengandung lagi. 3 anak yang masih kecil ini pun dah membuatkan umi letih dari segalanya inikan nak tambah satu lagi. Andai pulak kalau umi pregnantkan kembar lagi. Huhu haru-biru jadinye. Oh my god!

Erm N3 ini umi buat kerana umi sedih sangat. Banyak sangat dah kejadian buang bayi berlaku baru-baru ni. Terasa seperti bayi tu anak umi. Ya Allah,. Begitu senangkan dorang mengandung, begitu senang dorang beranak tak payah nak muntah-muntah macam kite. Tidak payah nak pergi hospital nak beranak. Mudah sungguh proses dorangkan.
Apakah dosa anak ini?

Tidak berperikemanusiankah dorang ini. Mana pergi sifat berani korang sewaktu berseronok membuat "anak" dahulu. Tidak pulak risau nyawa itu hidup dalam rahim korang. 

Time seronok dalam hutan pun takpe.

Erm, umi sedih. Ramai orang yang mahukan anak tapi tak dapat. Ramai yang mahukan anak, tapi tak berjaya sampai cukup waktunye. Tapi dorang suka hati aje buang. Time buat nak, dah dapat isi pastu buang. Ntah apa nak jadi zaman sekarang. 

Semoga Allah berikan hidayah buat orang-orang seprti ini. Amin.

Sabtu

Anggap sahaja rezeki dari Allah.



Cuba cakap pada umi pasangan mana yang tidak mahu menimang cahaya mata? Ibu bapa mana tak sayang anak? Terima kasih Ya Allah. Atas rezekimu.

Jumaat

Kerap Kejang Kaki Ketika Hamil? Meh Cuba Cara Ini..


  • Lakukan Regangan
- Cuba lakukan senaman regangan pada kaki sebelum masuk tido kerana ia membantu mengurangkan masalaj kekejangan kaki.
  • Jangan Berada Dalam Satu Posisi Dalam Tempoh Yang Lama
- Ini boleh menyekat pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Bersenam
- Senaman yang kerap dilakukan seperti berjalan dapat mengelakkan berlaku kekejangan kaki. (AWAS! Jangan lakukan senaman yang menyakitkan diri anda)
  • Minum Banyak Air
- Bila berlaku dehidrasi dalam badan, ia akan menyebabkan diri anda mengalami kekejangan.

  • Mengurut

- Buat urutan lembut atau tuamkan dengan tuala suam / botol berisi air suam.

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari ketiga)

Yes,Yes dan Yes!!!

Happynye hari ni. Akhirnya mama berjaya reverse kete keluar dari pagar rumah yang sempit tu. (tak sempit sangat pun). Itupun dengan bantuan en suami yang tunggu di belakang kereta untuk tengok ada kete lalu ke tak. Hihihi.

Alhamdulillah makin berjaya membawa kereta. Dalam 3 hari umi bawak ni dah ada sedikit kemajuan dalam pembelajaran bawa kereta. Cuma takda keyakinan lagi nak drive sampai office, coz kecut perut tang nak bawak kereta kar roudboard(betul ke eje ni).

Hari ini suami memaksa umi belajar sampai boleh bawak kuar kereta dari parking. Coz dia cakap sampai bila nak suruh orang tolong pusing siap-siap kereta tue kan. Nak taknak kenala cuba pagi tadi. Alhamdulillah berjaya.

Ruapanye tidakla susah sangat nak bawak keluar cuma kena berhati-hati je. Tapi apa-apa pun kena banyak belajar lagi. Jangan terlalu yakin. Sebab belum betul-betul berjaya lagi.

All the best umi!!! Cayukkk...

Salam Takziah: Salah Sorang Mangsa Adalah Jiran Belakang Rumah

Berita Muka Depan Utusan Malaysia 
Muka Depan Harian Metrio
Sayu hati apabila melihat berita kemalangan ngeri yang meragut nyawa pelajar yang masih muda usianye. Al-Fatihah umi ucapkan buat keluarga mangsa.

Kalo tiada perkabaran dari pengasuh lama anak-anak tidakla umi tahu bahawa salah sorang mangsa nahas adalah anak jiran rumah umi. Erm ingatkan kemalangan yang melibatkan mangsa sorang je rupanya 3 lagi mangsa terlibat dalam kemalangan.

Masuk office baca paper rupanya berita tentang kemalangan ngeri masuk dalam surat khabar Harian Metro dan Utusan Malaysia siap muka depan lagi. Mangsa yang maut adalah Moh Syamil Malik, Mohd Rizal Mohd Zain, Mohd Sazwan Rosli & Mohd. Faizuddin Jamil(jiran umi).

Salam takziah dari umi sekeluarga.


Laporan dalam Utusan Malaysia:


MACHANG 6 Okt. - Empat daripada lima sahabat yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang, maut apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh, dekat sini awal pagi ini.
Pemandu kereta Perodua Kenari, Mohd. Syamil Malik berasal dari Kampung Parit Jorak, Batu Pahat dan Mohd. Rizal Mohd. Zain, dari Kluang, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua lagi mangsa iaitu Mohd. Sazwan Rosli, berasal dari Pekan, Pahang dan Mohd. Faizuddin Jamil dari Seksyen 24, Shah Alam, Selangor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Seorang lagi yang cedera ringan, Mohd. Haziq Zailani diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang.
Difahamkan, kemalangan berlaku pukul 5.30 pagi ketika lima sahabat berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun dua dan tiga jurusan seni reka, dalam perjalanan pulang ke kampus mereka dari pusat bandar Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta itu melanggar bahagian tengah sebuah treler yang datang dari arah bertentangan lalu terperosok di bawah kenderaan tersebut.
Difahamkan treler berkenaan cuba membuat pusingan U di kawasan itu yang tidak berlampu.
"Treler tersebut datang dari arah Pasir Puteh ke Machang, manakala kereta itu dari arah bertentangan.
"Pemandu dan kelindan treler itu tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan tampil membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 5.49 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
"Seramai lapan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat. Sejurus tiba di tempat kejadian, kami mendapati empat mangsa tersepit manakala seorang lagi dibawa keluar oleh penduduk kampung.
"Selepas berusaha hampir 20 minit, pihak kami mengeluarkan pemandu yang tersepit di tempat duduknya. Keseluruhan operasi tamat pada pukul 7.15 pagi," ujarnya.

Lagi berita:

“Saya terjaga selepas bunyi dentuman”

MACHANG 6 Okt. – “Semasa kejadian berlaku, saya tidur di belakang. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat. Sebaik sahaja sedar saya lihat rakan-rakan sudah berlumuran darah.”
Demikian cerita Mohd. Haziq Zailani, 19, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang yang terselamat dalam nahas ngeri di Kilometer 4.2 Jalan Pasir Puteh-Machang dekat sini awal pagi tadi.
Menurutnya, ketika kejadian dia dan empat rakannya dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke UiTM selepas keluar makan di Wakaf Che Yeh serta bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu malam tadi.
Tinjauan Utusan Malaysia di Hospital Machang di sini hari ini mendapati suasana pilu menyelubungi pekarangan hospital itu apabila rakan-rakan, ahli keluarga serta kakitangan UiTM Machang hadir sejurus menerima berita itu.
Mohd. Haziq yang cedera ringan dalam nahas tersebut, dilihat masih dalam keadaan trauma selepas terbabit dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa empat rakannya.
Bapa Mohd. Rizal, Mohd. Zain Yaacob, 50, berkata, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu adalah dua hari lalu ketika mengambil barangan milik arwah di UiTM Machang.
“Kelmarin, saya datang ke UiTM untuk mengambil barangan milik arwah. Semasa datang ke sini saya tidak nampak sebarang perubahan pada dirinya, kecuali barang yang diberikan untuk dibawa pulang kali ini lebih banyak sedikit daripada sebelumnya.
“Setiap kali cuti, saya akan datang mengambil barang miliknya untuk dibawa pulang kerana sukar untuknya membawa naik dalam kereta api,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Machang di sini hari ini.

Lagi Berita:

Mangsa SMS ibu lapan jam sebelum kemalangan

BATU PAHAT 6 Okt. – “Sayang mama, Ang akan balik ke kampung malam esok”.
Itu kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir daripada seorang anak, Mohd. Syamil Malek, 19, atau nama timangannya Ang, kepada ibunya, sebelum arwah maut dalam kemalangan berdekatan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan, pagi tadi.
SMS itu dikirim kurang lapan jam sebelum kemalangan meragut nyawa mangsa yang juga penuntut Diploma Seni Lukis dan Seni Reka universiti itu.
Menurut ibu Mohd. Syamil, Aisah Yusoff, 47, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Batu Pahat, anaknya itu menghantar SMS tersebut pukul 10 malam tadi dan memaklumkan telah membeli tiket kereta api yang dijadualkan bertolak ke Kluang malam ini.
Katanya, seperti kebiasaan, bapa arwah, Malek Mahmod, 56, seorang pesara tentera laut akan menjemputnya di stesen kereta api Kluang.
Aisah turut memberitahu, arwah kebiasaannya pulang ke rumah mereka di Kampung Parit Jorak Elahi di sini, dengan menaiki kereta api ekoran banyak kemalangan membabitkan bas sebelum ini.
“Selepas SMS, saya telefon dia, suruh berhati-hati kalau keluar berjalan-jalan di sana (Kelantan) dan dia cakap ada banyak perkara hendak diceritakan sekembalinya ke kampung tetapi malangnya tidak berkesempatan,” katanya.

Khamis

Mari Kite Renugkan: Lamakah Kite Di Alam Kubur?


Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;

Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965


"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"


Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.


"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "


Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.
"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" Mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?" Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?" Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."


Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
"Allahumma as aluka khusnul khootimah"


Berulang kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa (hari kedua)

Hari ni hari kedua umi menghantar anak sendirian. Alhamdulillah hari takdala kecut perut macam semalam. Lebih berkeyakinan sewaktu drive. Itupun sebab kereta tue dah tolong dipusingkan siap-siap oleh sepupu umi petang semalam. Kalo tak berpeluh takut bersagat dengan myvi sebelah kereta umi.

Erm, nampak gayanye minggu ni kena belajar ngundur kereta la jawabnye. En suami, sila ada di rumah pada hari minggu untuk mengajar isterimu ngundur kereta.

Tapi, balik keje semalam umi ambik naik motor coz umi fail mengeluarkan kete dari parking. Haha lawak giler. Pagi boleh bawak petang dah tak boleh.

Tapi pagi ni nak menyenangkan umi petang karang, umi parking luar rumah je. Janji boleh umi bawak petang karang sudah. Bab parking ni pun tak berapa nak cemerlang lagi sebenarnye. Lurus tu boleh tapi nak perapatkan ke tepi masih belum berjaya sepenuhnye.

Insyallah kalo umi belajar mesti boleh. Cayukk umi!!!

Rabu

Demi Mu Anak Mama Rela Dalam Paksa

Tajuk tak boleh nak blah langsungkan. Tapi itula yang terjadi pada umi pagi tadi. Adoila, biasalakan bila suami takde kat sisi kite perlula kite berdikari dan buatnye sendiri. Takkan nak ketuk pintu rumah orang mintak tolongkan? Nak taknak mama tetap kena wat jugak.

Kes dia macam ni pagi ni. Selalunye umi akan hantar anak-anak naik motor dengan bantuan sepupu umi yang duduk kat rumah umi tue. Tapi semalam dia ada bagitau dia takleh nak tolong hantar dalam bulan ni coz dia kena masuk keje shift pukul 7 pagi. Memang tak sempatlakan nak hantar anak-anak dengan bantuan dia. Kul 7 confirm anak-anak umi tak bangun lagi. Mana sempat umi nak panaskan nasi kembar tuekan.

Jadi semalam en suami ada kat rumah sekejap sebelum dia berangkat ke Terengganu, umi mintak dia tolong ajar balik cara nak reverse kete. Kelakarkan! umi tak pandai nak reverse kete. Yup, itula kebenarannye. Bab reverse kete memang umi fail. Try banyak kali semalam, tak lepas jugak keluar dari pagar. Last-last en suami tolong bawak kuarkan. Barula umi bawak kete gi ambik anak.

Umi selalu bawak bergilir dengan suami bila time balik kampung atas highway. Highway kat lurus je takde nak jem. Beranila bawak. Tapi kat kawasan rumah ni suami tak pernah langsung bagi umi bawak. Tiba-tiba suruh umi bawak memangla umi takutkan.

Pagi tadi hati yang pasrah, start enjin kete dengan hati yang tak rela. Berdoa macam-macam supaya selamat pergi hantar anak. Kecut siot perut umi. Mujurla kete tu suami dah pusing bagi depan kete menghadap pintu keluar siap-siap. Tidak berpeluh umi dalam kete nak keluarkan kete dari pagar.

Alhamdulillah selamat sampai anak-anak umi dan selamat sampai umi kat rumah. Walaupun jarang bawak, tiada kejadian enjin mati di tengah jalan. Kalo ada lagi gabra umi. Hihihi.

Petang ni ambik naik motor. Tapi pagi esok sampai hujung bulan tiap-tiap pagi kena drive la hantar anak. Adoila.

*** Noted: parking kete umi sempit coz berkongsi dengan myvi sepupu. tuela payah sikit dlaam proses nak keluarkan kete tue.

Anak Anda Nakal? Amalkan doa ini insyaallah berjaya.


  1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
  2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
  3.  Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
  4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

  • Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  • Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
  • Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  • Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
  • Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

Selasa

Nak Dapat Anak Lelaki? Jom Amalkan

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki: 

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dari kiraan hari pertama selepas waktu subur)

Kenapa dalam waktu tidak subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yang perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin): 

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yang berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan : 

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.