Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Sik, Yak Dan Mah.







Kawanku semua, agaknye apakah maksud singkatan nama kat atas tue? Cuba teka?



















Meh kite translatekan ayat pertama: Sik ialah nasi
Ini budak sekarang dah pandai mintak nasi dan nak makan. Tak kira time ikut suka dia nak makan. Gambar kat bawah tak silap umi dah pukul 11 malam. Time tula dia mintak nak makan.
Umi bersyukur sangat dia dah nak makan nasi. Kalo tak adha asyik minum susu je. Dulu masuk je makanan dia muntah. Susu bertukar banyak kali. Last-last dumex balik dia minum. 



Perkataan kedua Yak adalah berak. Sekarang alhamdulillah asal dia nak berak dia akan bagi tahu nak yak. Bila sebut yak dia pegang punggung belakang. Tapi jangan ingat bila dia sebut yak maknanye dia dah betul-betul berak. Coz bila dia sebut tu maknanye dia baru nak membuang. Kalo tengok time dia baru cakap tue, automatik dia kata pu(tipu). Cerdiknye anak mama. Ingatkan dah boleh ajar potty training tapi belum lagi coz kencing dia pandai nak cakap lagi.

Perkataan ketiga Mah adalah Rumah. Bila ambik je dia dari rumah pengasuh naik je kete dia akan cakap mah yea. Dok ulang  2 3 kali selagi mama dia tak cakap a.ah kite balik rumah. Bila dah cakap macam tue barula dia diam sambil menanggukkan kepala.

Kawan-kawan punya anak macam mana plak time belajar bercakap time kecik? Mesti seronokkan bila diingatkan balik. Kelakar.

2 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

montelnyaa dia:) semakin bijakkkkkk:)

FatSamad berkata...

anak akak cakap tak pelat.. tapi ada sesetengah benda tu dia sebut tah apa2.. tak tahu mana dia cedok perkataan tu.. dulu dia selalu sebut sipon.. fikir2 gak apalah "sipon" tu.. rupa2nya pampers. memang jauh sangat la bezanya.. tapi skarang dah pandai dah sebut pampers..