Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Oh BB dah kena bayar.

Sape yang ada astro mesti dah taukan pasal nie. Aduh semua dah tak free dah kan. Ingatkan free sampai bila-bila. Ha rupanye dah kena bayar plak walaupun tak mahal Rm 5 aje.

BB adalah panggilan dari adha untuk siran BabyTv channel 618 astro. Tu adalah cite kegemaran dia tue. Kalo time dia kusyuk tengok, kite tekan je info dia dah bising. Takut umi alih siaran lain.

Nampak gayanye kena langgan jugakla siaran 618 nikan. Inila yang boleh bagi duduk diam dari ganggu umi wat rumah. huhu.

Jangan Bandingkan Hidup Kau Dengan Aku

Ntah kenapa minggu ni emosi umi macam non stabil sikit. Hujung bulan dah kot atau memang sakit hati dengan orang. Bila difikirkan letih melayan kerenah orang terdekat kan.

Umi dah memang di ajar tak suka membandingkan hidup kite dengan hidup orang lain. Kalo dah memang susah janganla nak berlagak kaya. Kalo dah takda janganla berlagak ada. Buat ape nak malukan diri sendiri.

Umi tak tahu kenapala ada manusia ini nak comparekan cara hidup dia dengan umi. Tambahan dari segi keletihan menjaga anak-anak. Ini bukan maksud umi tak ikhlas menjaga anak-anak tapi umi tak suka cara dia membandingkan cara dia dengan umi.

Carta kerja umi seharian memang padat. Dengan ketiadaan suami disamping umi dalam membantu menjaga anak-anak. Suami umi bekerja drebar je yang kadang-kadang jarang pulang ke rumah. Umi sendiri handle anak, memasak, mengemas dan menidokan anak-anak. Bangun ntah berapa kali waktu malam. Tido tak pernah nak cukup. Tapi umi tak kisah itu pengorbanan seorang ibu.

Tapi kenapala ada makhluk Allah yang membandingkan hidupnye dengan umi. hidupnye suami yang berkerja office hour, ada bibik di rumah, dan ada orang bantu dalam kehidupan seharian. Kalo bangun malam pun boleh bergilir dengan suami. Mungkin perfectla kehidupan dia. Mungkin tak seletih umi yang mempunyai 3 anak keci termasuk kembar yang mudah kena sakit.

Kalo nak tahu letih mana umi, marila duduk sehari di rumah umi. time keje. Lihat sendiri bagaimana uruskan anak-anak tanpa bantuan sapa-sapa. Pagi hantar anak naik motor je. Balik keje ambik anak naik motor. Masak sambil urus 3 anak. Makan dah tak tentu masa. Melayan anak yang nak belaian kite sendiri. Time anak tido time tula kite nak lipat baju, kemas baju anak-anak untuk esok. Time tu jugakla nak curi-curi makan. Elok nak tido kembar plak bangun nyusu yang bukan bangun serentak.

Tapi umi tak pernah negeluh walaupun sekarang ni memang tido umi tak cukup umi rasakan. Tambahan twin sekarang belum betul-betul sihat. Tapi umi bersyukur dikuriniakan kesihatan yang baik untuk umi menguruskan anak-anak sendirian.

Tak tahula kalo orang tue masih nak bandingkan lagi hidup dia dengan umi kalo baca N3 ni. Mungkin hidup dia lagi susuah dari umi tak taulakan. (susah ke kalo ada bibik, ada laki 24 jam?). Tepuk dada tanya selera.

Khamis

Kisah Aku & McDonald's

Spicy Chicken McDeluxe
Hari mcdonald telah menjadi menu lunch umi. Sebenarnye umi ni tak berapa minat makanan fast food. Kalo KFC boleh katakan tiap bulan mesti suami bawak balik sampai dah muak dan bagi kat orang. Umi dengan anak tak minat mana pun. Tapi hari ni dah ada orang belanjakan dapatla makan burger kat atas tue. Umi banyak-banyak McD burger ni je yang umi suka. Ntahla kenapa. Mungkin yang ni je kena citarasa umi.


GCB
Tapi burger ni ada kisah tau dengan umi. Ni kisah masa mengandung kembar baru ni. 

Masa burger ni baru keluar umi teringin sangat nak makan. Ntah kenapa umi tak tau. Masa ni umi tak tau lagi umi pregnant tau. Dah 1 minggu asyik teringat je burger ni. Last-last satu hari tu, suami gi keje kul 8 pagi umi suruh dia gi beli. Gilerkan umi. McD pun tak buka jualan lagi. Siap suruh suami gi drive true kot dah bukak. Tak sabar sangat dah nak makan.

Bila gi kat drive true pun dia cakap kul 10 baru dia bukak. Aduh kecewa tau bila umi dengar. Suami gi try tempat lain plak tetap sama. Last-last kul 11 pagi baru boleh makan. Tapi takdala sedap mana pun. Tak habis pun umi makan. Mungkin kerana tekak ni teringin(mengidam) time tue kot. 

3 hari lepas makan GCB baru umi tau umi pregnant. Barula terlintas dalam hati, patutla nak sangat makan rupanye aku ngandung. Itula kisah umi disebalik McD ni.

Gambar Bersama Staff Office

Tak Berapa Lengkap Lagi geng staff perempuan.

Tak cukup sorang staff perempuan(baju kelabu HQ punya Staff)

Tak silap tak cukup 2 orang staff lelaki kalo tak semua staff dah lengkap.

Rabu

Sik, Yak Dan Mah.







Kawanku semua, agaknye apakah maksud singkatan nama kat atas tue? Cuba teka?



















Meh kite translatekan ayat pertama: Sik ialah nasi
Ini budak sekarang dah pandai mintak nasi dan nak makan. Tak kira time ikut suka dia nak makan. Gambar kat bawah tak silap umi dah pukul 11 malam. Time tula dia mintak nak makan.
Umi bersyukur sangat dia dah nak makan nasi. Kalo tak adha asyik minum susu je. Dulu masuk je makanan dia muntah. Susu bertukar banyak kali. Last-last dumex balik dia minum. 



Perkataan kedua Yak adalah berak. Sekarang alhamdulillah asal dia nak berak dia akan bagi tahu nak yak. Bila sebut yak dia pegang punggung belakang. Tapi jangan ingat bila dia sebut yak maknanye dia dah betul-betul berak. Coz bila dia sebut tu maknanye dia baru nak membuang. Kalo tengok time dia baru cakap tue, automatik dia kata pu(tipu). Cerdiknye anak mama. Ingatkan dah boleh ajar potty training tapi belum lagi coz kencing dia pandai nak cakap lagi.

Perkataan ketiga Mah adalah Rumah. Bila ambik je dia dari rumah pengasuh naik je kete dia akan cakap mah yea. Dok ulang  2 3 kali selagi mama dia tak cakap a.ah kite balik rumah. Bila dah cakap macam tue barula dia diam sambil menanggukkan kepala.

Kawan-kawan punya anak macam mana plak time belajar bercakap time kecik? Mesti seronokkan bila diingatkan balik. Kelakar.

Jom Singgah!!!


Dah lama kedai online umi bukak.
Alhamdulillah berjalan jugak walaupun tak update di blog online umi.
Barang pun tak kemas kini yang tinggal.
Sekarang umi ada buat penambahan barang iaitu baju terpakai anak bujang umi.
Yealakan sapala nak pakai lagi.
Adik-adik perempuan mana sesuai baju yang nampak boy-boy.
Kalo ada sape yang berkenan belila yea.
Boleh tambah pendapatan sampingan keluarga umi.

Nak ke kedai online umi klik je kat sidebar tu atau link bawah ni:

Selasa

Bila Manusia Di Pandang Sama Tinggi

Ntah di mana nak mula. Tapi nak juga bercerita. Perihal manusia yang menganggap semua sama tinggi. Tak pernah terfikir akan manusia yang lebih rendah darinye.
 
Bukan nak bermadah di siang hari. Tapi inila kehidupan yang umi lihat di zaman ini. Di dunia ini tidak semuanya hidup senang. Gaji beribu-riban. Gaji yang dpat cukup sampai gaji seterusnye. Di dunia ini juga tak semestinya dapat suami bergaji besar, berkerja mewah. Bini kerja pun gaji suami masih mencukupi. Tapi bagi umi itu tidak pada umi.
 
Umi bukan asal dari orang senang. Dah memang dari kecik umi dah biasa hidup susah. Dah belajar mencari duit ketika bersekolah rendah. Umi tahu bagaimana erti susah dalam hidup.
 
Tapi adakah orang-orang sekeliling kite tahu masalah kita? Tidak bukan kalo kite tidak bercerita. Tapi kalo kita bercerita pun ada ke yang sudi mendengar/menolong?
 
Umi buat N3 ini bukan nak menagis simpati sesiapa. Tapi hanya nak meluahkan perasaan. Bila ada manusia menganggap manusia semua sama taraf hidup. Terus terang umi cakap duit bagi umi sekarang sekupang pun dah teragak-agak nak membelanjakan. Umi takut. Tambahan kembar mudah kena batuk. Bukan umi berkira tapi fahamila sama manusia yang rendah taraf hidupnye.
 
Tidak semua orang senang. Tak semua orang susah. Tak semua orang berduit.
 
Fikir-fikirkanlah..

No Walker For My Twin

Katakan tidak pada walker untuk kembar umi. Bukan umi taknak beli tapi umi takut.
 
Baru-baru ni umi cuba letak twin(atiqah) dalam walker bekas abangnye dulu. Alhamdulillah aqtiqah suka. Siap gelak-gelak dalam tue. Cuma kakinye aje yang tak sampai.
 
Tapikan umi dengan suami terus cakap taknak letak kembar dalam tue. Gara-gara adha cemburu dan nak naik walker tue. Siap panjat duduk atas walker bersama adiknye. Adoila sayang. Mujurla mama cepat nampak. Kalo tak, terlipat walker tue patah kaki adik. Akhirnye walker tu adha wat mainan dia. sendiri masuk sendiri keluar.
 
Umi risau sebab pernah jadi keskan dimana seorang kanak-kanak patah kaki bila abang dia naik duduk atas walker dan walker tu terlipat. Ngeri bila dengar. Jadi twin takkan duduk dalam walker. Biar balajar berjalan sendiri.

Jumaat

Wordless Friday- Terimala Ciuman Dari Mama

Gambar bersama staff perempuan office.

Khamis

21 September 2011- Adik "Meninggalkan"Kakak.

Atiqah je, mana si adik aqilah?
Tajuk yang boleh wat kontrovesi kan. Itu bukan bermakna umi mendoakan benda yang tidak elok buat anak-anak umi. Tapi pada tarikh semalam hilang penat badan akibat dari open house apabila melihat twin.

Alhamdulillah, aqilah(adik) telah berjaya meninggalkan kakaknye di belakang. Bukan berlari tau. Tapi adik dah berjaya menjulur meninggalkan atiqah. Kalo nak ikutkan perkembangan dorang agak slow sikit dari abnagnye. Tapi takpelakan janji dorang sihat sudah.

Atiqah agak mengalah sedikit dari adiknye. Memanglakan namanye kakak. Dari segi progress adik lebih cepat dari kakak. Waktu niarap dahulu pun adik dulu baru kakak. Sekarang menjulur adik dulu jugak meninggalkan kakak.



Adik yang dah duduk atas lantai meninggalkan kakak.

Dari segi lasak waktu meniarap adalah kakak(atiqah). Kenapa umi cakap macam tue. Kalo tido letak atas toto sekejap je pas bawah. Dia kuat memusing bila di bawah. Berbanding dengan adik(aqilah) yang lebih suka niarap diam-diam je kat atas toto. Nak nampak dia berguling memang jarang sekali.

Selasa

Korang ADa Petua? Tolong Kongsikan Bersama Umi.

Umi dah tak tau nak wat macam mana. Boleh katakan tiap-tiap bulan benda ni datang. Dah cuba elakkan segalanye tapi tetap juga datang. Umi dah buntu.

Bila dia datang tido malam ku tidak lena. Tido macam tak tido. Bermacam umi pikirkan. Rungsing. Dahla tinggal dengan anak je. Kalo jadi apa-apa macam mana nak gi hospital/klinik. Dah la lesen kereta takde. Harap kereta je ada tapi suami je pandai bawa.

Nak elakkan penyakit ni datang umi jarang bawak kembar keluar. Hanya pergi dan balik rumah pengasuh. Perjalanan paling jauh adalah Shah Alam ke Perak, Perak Ke Kelantan dan Kelantan ke Shah Alam. Kalo kuar baju lengan panjang, kete tak on pun aircond kecuali kalo cuaca terik sangat. Malam tido berlengan panjang walaupun kembar berpeluh. Kipas hanya pasang kipas atas je. Itupun macam takde kipas je.

Minyak angin tak pernah lepa mesti pakai, Stoking pun sama. Tapi di mana silapnye? Bermacam-macam idea umi dah cuba tapi nampak macam tak berhasil.

Malam ni dah masuk 3 malam tido tak lena. Twin second(aqilah) kuat sangat batuknye sampai satu tahap bibir dah biru. Umi bawak gi ambik gas. Pum sendiri kat rumah tiap-tiap 4jam. Atiqah pun sama tapi takde seteruk aqilah.

Please kawan-kawan, kalo ada petua apa-apa tolong kongsikan bersama umi. Umi taknak anak umi sakit. Umi bukan orang senang nak selalu gi ambik gas kat klinik swasta. Nak ke hospital kerajaan jauh jugak dari rumah. Kalo pergi umi takut twin kena tahan wad. Umi taknak badan anak umi penuh dengan wayar. Umi tak mampu nak tengok lagi. Umi dah tak kuat.

Khamis

Bila Kaki Di Angkat Masuk Ke Mulut, Apakah Maknanye?




Kata orang tua, bila seorang kanak-kanak tak kirala kecik ke besar ke hisap jari kaki nak dapat adik lagi. Tapi sejauh mana kata-kata itu benar?
Bagi umi kata-kata itu kadang-kadang boleh jugak pakai kot. Tapi tak berapa nak percaya jugak. Coz adha hisap jari kaki sewaktu kandungan umi 5 bulan. Mak umi cakap dia hisap lepas umi ngandung tule yang kembar. Ha ada ke boleh kata macam tue? Yea la kan selalunye budak-budak/Kanak-kanak hisap sebelum kite dapat tahu pregnantkan, tapi umi dah terbalik.
Kembar sekarang dah ada habit baru. Baru sangat belajar nie. Tak silap umi masa kat kelantan baru-baru ni. sebelum ni hanya pegang kaki je. Tapi habit baru dia sekarang adalah bawak masuk jari kaki dalam mulut. Adoila sayang. Cukupla kalian berdua dah ada dengan abang. Janganla mintak adik lagi yea sayang.
Bukan menolak rezeki kalo dah adakan tapi biarlah kali ni jauh cikit baru pikir nak pregnant balik. Biarla kembar tue besar dahulu. 3 orang pun rasa dah cukup bagi umi dan suami. Kalo nak tambah pun tengok keadaan lagipun umur umi kan muda lagi. Masih bawah 30an kan. Berlagak muda je umi nikan.

Rabu

Testing.

Salam
Baru nak belajar update guna email.

Time Blog Takleh Nak Update ni La BE Datang Mencurah...

Nampak Tak 3 BE yang tengah berjalan dengan rancaknye kat blog umi.
Huhu sapela yang nak klik kan iklan yang berjalan kat blog umi kalo blog tak berupdate.
Adoila.
Harap-harap BE ini tak menjadi ME.

Selasa

Mama Nak Uhuhu

Alhamdulillah lagi 3 bulan genapla usia anak sulungku 2 tahun.
Dah makin lincah bermain, dah pandai "mengasuh" adik-adiknye.
Dah juga dah mula berlajar bercakap.
Dah banyak boleh cakap.
Antaranya :

Nama adiknye : Aqilah
Nama Mama: umi
Pandai sebut pes(pampers).
Nampak duit atau mesin duit sebut wit.
Panggil opah,ibu,ayah,kakak,bak.
Kalo nak tido dalam buai dia sebut yai.
Kalo berak mama yak sambil penggang pampes.

Dan yang terbaru adalah "mama nak uhuhu".

Agak-agak kawan apa yang dia nak?
























Jawapan dia nak " susu".

Kalo tengah malam mama wat tak dengar bila dia sebut siapla kena ketuk dengan botol.
Adha owh adha...

Jumaat

Tension...

Mood nak update blog punya la banyak.
Tup-tup komputer umi tak leh nak buka blog.
Adoila...
Tensionnye..
Ni pinjam member sepejabat sekejap.

Insyallah blog akan terupdate.

Rabu

Lemang , Ketupat Nasi & Ketupat Palas - Korang Pandai Buat Yang Mana?

LEMANG


KETUPAT NASI

KETUPAT PALAS
Cuba teka umi pandai buat yang mana? Antara lemang, ketupat nasi atau ketupat daun palas?
Nak tau tunggu next N3...

Selasa

TELCO & POST - Aku Blacklistkan Perkhidmatan Korang Dari Hidup Aku!!

Umi cukup panas okey dengan company ni sekarang.
Walaupun hanya 1 cawangan dorang je yang wat hal tapi aku tekad takkan guna lagi perkhidmatan dorang.
Selama ni aku selalu guna perkhidmatan syarikat ni.
Dari segi pos barang dan bayaran bil.

Dari segi pengeposan barang alhamdulillah okey.
Umi takda hal kalo pos barang dengan syarikat ni.
Tapi bab pembayaran bil umi memang dah serik.
SAKIT HATI!!!

Meh umi citer kenapa umi sakit hati sangat dengan company ni:

Masa bulan pose baru ni umi dapat bil elektrik yang berlipat kali ganda dengan bil biasa.
Umi naik geram.
Bila tengok ada bil tertunggak.
Datang dari mana bil tertunggak iaitu bulan 8 punya.
Padahal tiap bulan umi bayar dekat syarikat ini.
Umi kol TNB cakap dah bayar tapi dia cakap tiada dalam sisitem.
Suruh umi gi balik tempat umi buat bayaran (syarikat bodoh nila).
Bila umi pergi dia tulis apa korang tau?
Kat pintu kedai syarikat ni tulis RENT/SALE 016.+++++++
Fuh, bengan giler hati umi

Tak sempat habis marah pasal bil api muncul pulak kes baru.
Rupanye bil astro umi pun jadi tertunggak.
Padahal umi bayar dengan sama tarikh bil api tue.
Umi dah panas. Cari dalam internet number telefon dapat yang pejabat je.
Kol Tak berangkat.
Kol HQ dorang nak dekat 10x kol tak berangkat jugak semalam.
Search lagi dalam internet akhirnye dapat jugak number telefon syarikat bodoh ni punya owner.

Bila dapat kol apa lagi kena marahlakan dengan umi.
Yeala kite dah bayar tapi tak masuk dalam sistem.
Bila kol dia cakap mintak maaf.
Umi mintak nak jumpa tapi dia taknak.
Jumpa bukan nak gaduh tapi nak dia bagi balik duit supaya umi boleh bayar balik tunggakkan tue.
Tapi dia mintak umi bagi number akaun astro dan api serta berapa harga bayaran supaya dia boleh bayar terus ke TNB & astro.
Umi bagi.
Tapi tadi kol ASTRO & TNB dia cakap masih belum masuk (masih tertunggak). 
Umi masih bersabar mungkin dalam sistem lambat masuk kot.
Tengok esok kalo masih belum masuk memang nak kena marah owner kedai syarikat bodoh ni.

Akhirnye Datang Jugak Mr'C' Kat Adha..

Nak elak macam mana pun nanti kena jugak.
Mujurla orang tua-tua cakap penyakit ni sekali je kena seumur hidup.
Tapi tak taula kot kena lagi nanti.

Penyakit ni jenis berjangkit.
Biasalakan kalo ada yang kena kite mesti mengelak nak dok dekat.
Tambah anak kecik.
Tapi nak wat macam mana.
Nama pun budak.
Takkan nak larang dia main dengan sepupu sendiri.
Balik ramai-ramai pastu jarang plak jumpa.

Sepupu adha ni baru sangat lepas kena penyakit 'C' ni.
Nampak sangat baru kering.
Tapi maknye cakap dah takleh jangkit dah.
Redha jela kan.
Kalo tak kena hari ni esok lusa kena jugak.

First time naik umi ingatkan kena gigit semut.
Yeala bengkak kecik naik 2 3 biji kat kepala.
Buat tak tau jela kan.
Ontheway balik shah alam dah naik kat kaki.
Masih wat tak tau.
Sampai rumah tengok belakang badan dah naik lagi.
Terus bagi tau suami.

Cuma yang risaukan hati sekarang ni janganla naik kat twin.
Jenuhla umi nak handle 3 sekali kalo kena.
Yang abangnye ni pun penat nak handle.
Walaupun badan naik biji-biji aktifnye adha bukan main lagi.
Badannye dedar je.

Ada tak petua-petua apa nak bagi cepat hilang.
Yeala first time anak kena kan.
Banyak yang tak tahu.
Kalo ada petua bagila tahu umi.
Coz adha bukan kena yang biji-biji kecik tue.
Tapi besar-besar punya.
Takut umi tengok.

Jom layan gambar kat bawah.
Ni ambik pagi tadi.





Naik kat tangan

Kat kepala. Masa ni ingatkan kena gigit semut.

Kat belakang. (tak clear plak)

Kat kaki.

Isnin

Gambar Takde Nak Bercerite Pun Takde Mood

Bila handphone buat hal nak bergambar pun takleh.
Erm, kebanyakkan gambar beraya kat kampung semua guna kamera kakak.
Jadinye nak letak kat sini(blog) tak bolehlakan.
Kena tunggu gambar siap la baru boleh letak.
Adoila...

Beraya tahun ni, umi sekeluarga balik perak dahulu.
Beraya kami mengikut giliran.
Tahun lepas kelantan tahun ni perak plak.

Beraya tahun ni seronok sangat.
Yeala 2 tahun beraya bawak perut.
Tahun 2009, beraya perut dah saratkan adha.
Tahun 2010 baru 4 bulan bawak kembar.
Tahun 2011 letih melayan kerenah anak-anak.

Banyak kejadian berlaku sebelum balik beraya dan masa beraya ni.
Nak cite dalam satu N3 nanti panjang plak kan.
Esok-esok la umi cite boleh?
Hihi ada ke orang sudi baca blog umi?

Apa-apa pun,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011.
Beraya kan sebulan.