Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Perihal Si Kembar.

Alhamdulillah hari ni genap usia twin atiqah & aqilah 5 bulan.
Cepatkan masa berlalu.
Tahun lepas bulan puasa mengandungkan kembar 3 nak masuk 4 bulan.
Umi rasa dah 2 tahun time puasa umi pregnant.
Tahun ni dan insyallah 3 atau 4 tahun tidak akan ada isi lagi..
Stop dulu.

Perkembangan atiqah dan aqilah alhamdulillah makin baik.
Cuma masih bergantung pada pum yang harus disedut 4 jam sekali.
Berbalik pada cite si kembar ni :
Aqilah dha meniarap berbanding kakaknye atiqah.
Atiqah lebih suka baring je.

Meh umi citer sikit perbezaan dorang :

  • Aqilah lebih agresif dari kakaknye;
  • Aqilah mempunyai 2 pusar manakala kakaknye 1 pusar je(perasan masa kat hospital)
  • Aqilah lebih cengeng dari kakaknye.
  • Aqtiqah lebih senang handle dari aqilah.
  • Aqilah jenis mesra orang.
  • Atiqah dah mula kenal orang.
  • Tido tak boleh jauh coz takdan 10 minit mesti bangun, kalo letak  dekat beru lena.
Itula perbezaan yang dapat dilihat setakat ini.
Jom klayan gambar adik niarap(aqilah):


Tergedik-gedik kaki. Kaki hujung sana milik kakak(atiqah)

Bulatnye mata ko dik!

Dah mula nangis nak pusing tak lepas.
Mana gambar atiqah?


Atiqah lebih suka layan diri sendiri. kalo dia nangis tu maknanya dah ngantukla tue.

Tiada ulasan: