Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Percaya Jangan Tak Percaya

Ntahla kenpa ramai orang tak percaya.
Masa hamilkan twin ramai orang tak percaya.
Orang kecik tapi ngandung kembar.
Perut kecik tapi ada 2 baby kat dalam.

Serius okey!
umi sendiri takpercaya bila doktor cakap umi hamilkan twin.
Yeala, tiap-tiap bulan scan tapi tak nampak.
Habis balik raya gi scan terus nampak 4 kaki,4 tangan & 2 kepala.
Bergenang airmata, 2 klinik umi gi scan nak pastikan.

Kecikkan perut umi. Masa ni Pregnant lagi 35minggu tak silap umi.
 Tiap-tiap kali gi checkup scan jantung baby nurse mesti check satu je dia lupa atau tak tahu umi pregnant twin ntahla.
Serupa juga checkup di HTAR sebulan sekali. Sama.
Bila sebut dorang pun macam tak percaya.

Masa dalam bilik OT nurse pun tanya betul ke twin ni.
Perut kecik.
Oleh kerana bosan pertanyaan yang dah lali umi dengar, umi cakap:
"bedahla dulu baru tahu kembar atau tak".

Alhamdulillah akhirnye benar yang umi kandungkan adalah twin.
Terjawabla segala persoalan dari orang ramai.
Jangan korang sangka perut kecik baby ada satu je.
Jangan korang tak percaya orang kecik pun boleh hamilkan kembar.
Inila wajah twin ketika usia 3 hari.

Ini gambar masa twin di wad hari tue.

Tiada ulasan: