Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Moga Berkekalan.

Letak gambar budak happy...
Alhamdulillah, umi bersyukur kepada Allah. Umi happy bila tengok anak happy je pagi-pagi. Takda dah nangis bila nak gi rumah pengasuh. Takda dah perkataan taknak kalo nak gi rumah pengasuh. Takda dah lapar bila balik dari rumah pengasuh.

Lepas kejadian pengasuh anak umi yang tiba-tiba tak nak jaga anak-anak umi tue, alhamdulillah umi dpat pengasuh yang bagus. Walaupun dia dah jaga 4 budak lain dia sanggup lagi jaga 3 anak umi yang masih kecil. Dari segi bayaran lebih murah dari pengasuh yang lama.

Dulu adha menangis okey bila sampai rumah pengasuh. Macam di pukul-pukul. Bila time cuti bawak jalan, saje ngacah dia kata nak gi rumah pengasuh siap menjerit dalam kete cakap taknak. Sampai satu tahap dia nangis. Umi tak tahu kenapa dia macam fobia. Bila balik rumah lapar aje dia. Bila tanya pengasuh dia cakap adha taknak makan banyak nak main. Tido pun taknak. Erm pelik okey. Adha kat rumah bagi nasi dia makan je. Tido 2 kali sehari.

Kay rumah pengasuh baru, ibu(panggilan pengasuh) cakap adha makan, tido, bila hantar dia dah tak nangis siap turun jalan sendiri masuk rumah ibu. Syukur umi tak yah nak bergaduh pagi-pagi letak adha dalam rumah pengasuh.

Harap-harap berkekalan la dengan pengasuh baru ni.

2 ulasan:

adna^madhiha^ berkata...

good boy...

amieroziana berkata...

tu la hikmah dia kan...org kata kalu budak nangis2 tu mesti ada yg tak kena tu...ALhamdulillah kan Allah dah tolong adha dan adik2 dia..amin