Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Dah kena Rujuk Pakar Pemakanan Pulak!

Semalam masuk keje lambat sikit coz bawa twin gi checkup 5 bulan. Sepatutnye minggu lepas iaitu 2 hribulan tapikan malas nak gi takut twin demam balik lepas cucuk. Suka hati umi je kan ubah tarikh sendiri. Janji anak aku tak demam sudah.

Hasil checkup semalam twin berat dia naik sikit je. Tapi aku cakap dalam hati, syukur naik. Daripada tak naikkan. Tapi yang masalahnye kan, nurse bising. Masa timbang tue dia dah dok tanya anak akak lahir tak cukup bulan ke.Umi jawabla " cukup bulan dik. Cuma berat dorang je kecik". Settle bab timbang tunggu turn nak masuk jumpa nurse. Kat sini kena bebel. Ni antara bualan kami:


  • Nurse: Akak berat anak akak masih dibawah garisan kuning ni. 
  • Umi : Nak wat macam mana dah dorang lahir kecik. Takkan nak naik mendadak dik.
  • Nurse: habis tue dah lahir kecik takkan akak nak biarkan dia kecik je. Usahakanlah bagi susu mahal ke.
  • Umi : (nak marah dah). Akak bukan orang senang. Bukan ke korang promote susu ibu sampai 6 bulan. Ni nak suruh beli susu mahal! Akak campur dengan susu badan je. Bulan depan dah start makan pun. Minggu lepas pulak dorang baru keluar hospital. Kat hospital pun doktor pakar takda komplain.
  • Nurse : ............. erm kalo macam tue 18 haribulan ni akak kena datang jumpa pakar makanan. 
  • Umi : Okey dik.
Ambik buku terus gi bilik cucuk. Habis je cucuk terus balik. Erm bukan umi sengaja nak marah nurse tue. Tapi cara dia cakap macam dia expert sangat. Muda lagi nurse tue. Kawin pun belum. Bukan tak nak bagi susu mahal. Tapi bagi je la yang mana mampu. Umi bukan orang senang. Menjaga kembar memerlukan bajet yang tinggi dalam kewangan. Erm kadang - kadang orang nampak senang je kan. Tak tahu yang kite ni susah.

1 ulasan:

SSulieana berkata...

comelnye twin...ala buat x tau je ngan nurse tu...baby sy pun dh dekat2 kat line kuning berat dia...tp doktor x kata apa pun sbb bb lahir mmg kecik...yg penting dia aktif...sy dh x buat chekup kt klinik kesihatan sbb sakit hati ngan mulut nurse yg xde insuran...skrg senang terus ke klinik swasta...mmg kene kuar kos sikit tp sbb sakit hati punye pasal, sanggup...hehee