Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Kad Raya Kami.

Kepada kawan-kawan umi yang umi kenal di alam siber ini 
ataupun yang mengenali umi di luar blog,
umi memohon keampunan seandainye umi telah mengguiris hati kalian
secara sengaja atau tidak.
Maafkanla umi sekeluarga.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 

Sudi-sudikanlah ambik kad raya ini dah pamirkan di blog kawan-kawan.

Jumaat

AKHIRNYE BELI JUGAK.

Hari tu pikir malas nak beli.
Yea la twinkan kecik lagi.
Takut panas plakkan.

Lagipun semua saiz yang umi tengok semua dalam usia 1 tahun ke atas.
Tu la malas beli.

Tapikan tadi dalam nak cari tudung nak pakai raya.
Terjumpa jugak barang tue.
Pikir 2 3 kali nak beli ke tak.
Comel sangat bila tengok.
Macam-macam kaler jugak.

Akhirnye ambik jugak.
Mujurla ada saiz 0(bawah 6 bulan).
Tapi tak sama plak kaler dengan baju umi dengan adha.
Tapi dah berkenankan ambik jugakla.
Janji nampak sikit kaler hijau kan.

Bawah nila barang yang akhirnye umi beli.
Tak sabar nak tunggu twin pakai.












Nampak panjang pulak. Ni sekali kain.


ada 2 satu atiqah &satu aqilah

- TUTUP-

Blog ini tidak akan ada n3 selama 1 minggu.
Bermula dari 26 August - 4 September 2011.
Ini kerana umi akan pulang ke kampung umi dan suami untuk beraya.

Beraya kali ni terlalu lama cuti bagi umi.
Yea la satu minggu.
Maka dibahagikan 3 perak & 3 di kelantan.
Maknanye raya ketiga dah kena ontheway balik kelantan.

Owh yea, 3 September 2011 dirumah keluarga mertua umi ada kenduri.
Kenduri kahwin adik ipar umi.
Bertambah lagila menantu dalam keluarga mertua umi.

harap semua yang dirancang berjalan lancar.
AMIN.

Eh kawan-kawan walaupun blog umi cuti,
kepada kawan-kawan yang singgah rajin-rajinla klik iklan nuffnang yang tengah berlari kat atas tue.
Moga boleh membantu umi dalam kesesakan ketika anak-anak sakit.

Bila Mood Sudah Hilang, N3 pun Tak tahu Nak Tulis apa

 Hari ini mesti yang ramai yang dah cutikan.
Ada dah yang nak pulang ke kampung petang ni.
Umi ahad petang baru balik kot.
Kalo suami cuti esok petang esok balik.

Jadi bila mama dah kekeringan idea.
layan je la twin main ladybird dorang.
Gambar ni sehari sebelum masuk wad hari isnin baru ni.




Khamis

Ah Sudah, Sempat Ke Tak Nie!!!


Raya dah dekat.
Tinggal 4 hari je lagi kan.
Alhamdulillah persiapan anak-anak hampir beres.
Cuma seluar baju melayu adha belum dihantar oter lagi.
Labuh sangat.
Atenye anak dah pendek labuh la seluar tu kan.

Benda lain yang anak takda:
  • Stoking adha
  • songkok adha(ingat malas beli coz dia tak minat pakai)
  • kasut kembar (perlu tak?)
Itu je la yang tak beli lagi.
Tengah pikir patut beli ke tak.

Baju mama punya hanya 2 pasang je baju kurung/kebaya.
Blous - blous takda.
Tahun ni lebihkan anak.
Baju lama pun elok lagi.
Tudung pun belum lagi.

Tapikan satu je kerisauan hati umi.
Baju kebaya yang umi hantar 2 minggu sebelum puasa tue masih tak siap.
Adoila!!!
Macam mana ni.
Umi cakap kat dia seminggu sebelum raya umi nak ambik.
Tapikan semalam pergi dia cakap tak siap lagi.
Tengok dalam hari ahad ni.
Baru rancang sabtu malam ahad dah nak balik kampung.
Kalo tak siap maknanye sepasang je la baju mama.
Sedihnye.

Rabu

Akhirnye Bermalam Jugak Kat Situ.

Erm benda yang nak di elakkan akhirnye kena jugak.
Dari rutin follow up di hospital terus kena warded.
Alhamdulillah tak lama kembar bermalam di sana.
2 hari 1 malam je.
Just nak pantau dorang punya paru-paru sebab berbunyi dan nafas dorang yang laju.

Walaupun kembar sakit tapi aktifnye tak macam orang sakit.
Cuma kalo ni dorang dah pandai.
Dulu kalo pakai oksigen di hidung tak nangis nak buang.
Tapi kali ni siap tak nak tido.
Keje nangis je.
Maka nye time dia ngantuk terpaksa la bukak.
Time dia jaga pasang balik.

Akhirnye bermalam la umi semalam di HTAR.
Sampai kan nurse/Doktor dah kenal dah kembar.
Siap dorang cakap jumpa lagi.
Habisla twin kena usung dengan dorang.

Mintak-mintakla dah takda dah masuk wad.
Bukan apa penatla.
Pastu sedih tengok anak-anak kena cucuk sana-sini.

Isnin

Doakan Kembar Yea...

Bersiaran dari HTAR Klang.
Follow up checkup.
Moga tiada apa yang berlaku.
Amin.







N3 ini adalah N3 autopost.

Ahad

Wordless Sunday

Kemek adik.. Huhuhu...

Sabtu

Inila Akibatnye Kalo berjiran Dengan Pomen...


Agak-agak kan nila kot kesan dari masa ngandung hari tue kot.
Rajin benar tengok india sebelah pomen motor.
Ye ke?
Tengok kan dah turun ke anak.
Pantang nampak benda yang boleh di baiki.
Kalo dapat pen mula-mula dia menulis(tulisan doktor), pastu dia gi la kat kete dia ke takpun basikal mana-mana lubang yang nampak dimata dia semua jolok.

Kalo pensel sampai patah hujung dia jolok.
Erm, jangan jadi tukang pomen udahla bila besar nanti.
Tapi kalo pomen berjaya boleh.
Hihihi..


Kat bawah ni gambar dia tengah ralik menjolok lubang di rantai basikal.
Guna apa?
Earphone handphone mama.

Begiu kusyuk menjolok.

Sampai terlentok kepala.

Dah habis kat rantai kat tayar belakang pun jadi.

Dah perasan mama ambik gambar. kantoi...

Mata dah sepet tapi tak nak tido.


Gelak bila tengok gambar sendiri.

Jumaat

Ladybird For Twin yang Comel.



Tajuk ayat yang last tue mestila puji anak sendiri kan.
Anak kite mestila comel.
Hihihi.

Tadi gi sale kat Dewan MBSA seksyen 19.
Banyak betul baju budak.
Rambang mata jadinye.
Nasib baikla twin girl2 umi tu kecik lagi.
Kalo tak harus kot rembat 2 pasang baju girl.
Tapi umi sempat rembat baju abangnye je.
Coz dah lama berkenan nak bagi adha pakai.
Dah alang-alang sale rembatla satu.

Dah lari dah dari tajuk.

Berbalik pada tajuk.
Twin sekarang ni suka benar masuk jari dalam mulut.
Kadang-kadang nak masuk sampai 5 jari nak masuk.
Oleh kerana tuela beli ladybird yang comel nie.
Supaya dia ralik.
Dengan ada benda ni insyallah dia dah kurang masuk jari dalam mulut.


Alamak terbalik plak.

Baru nampak mula ladybird..

Dia Kembali Menjelma.

Dah 3 hari aku dok ulang alik bawak kembar gi klinik.
Ambik gas 2 kali sehari.
Pum kat rumah 4jam sekali.

Baru je 3 minggu lepas kena batuk dan selsema + demam.
Sampai masuk wad 1 minggu.
Ni dah kena balik.
Sampai nafas dah berbunyi, dada turun naik kadang-kadang laju.

Erm, kalo malam ni masih tak okey doktor decide bawak gi hopsital.
Tu yang malas nak dengar.
Malas nak tengok doktor cucuk jarum sana - sini.
Lagipun dah nak raya kan.

Erm, sayang janganla sakit.
Mama tak sangguo lihat kamu menderita.
Semoga cepat sembuh sayang.

Isnin

Cara Hilangkan Taik Sawan



Ingat tak N3 dimana kepala salah satu twin umi kena serang oleh taik sawan.
Alhamdulillah dah hilang.
Rupanye tak payah guna santan,shampoo atau ubat apa-apa.

Kenapa umi cakap macam tue?
Coz maca kembar masuk wad hari tue doktor tanya umi cuci pakai apa.
Umi kata macam-macam saya cuba tapi tak hilnag.
Doktor bagi satu je cara.
Jangan pakai shampoo.
Pakai mintak zaiton.
Insyalah dia akan hilang. 
Selalu benda ni terjadi dari shampoo atau sabun yang kite guna.
Alhamdulillah taik sawan anak umi dah hilang dalam masa 3 hari kat hospital.


Masa kat hospital twin disyaki ada masalh enzema.
Dimana kulit my twin jadi kasar dan segala pelipat di badan twin semua jadi merah.
Salah satu cara nak elak enzema jangan pakai :
  • Sabun
  • Shampoo
  • Bedak
Amalkanla 3 benda ni insyallah akan hilang.

Inila keadaan kepala my twin dulu.

Akhirnye, Berjaya jugak!





Cer teka mana satu atiqah & aqilah

Kembar ni dah niarap lama dah.
Cuma kepala tak berapa nak kukuh.
Kejap je pastu jatuh balik. 
Dah jatuh nangisla kan.
Alhamdulillah 2 minggu lepas dah berjaya sepenuhnya.
Dah boleh pusing balik tapikan bila pusing balik kepala dorang mesti berdetum.
Huhu kesian anak mama.

Dorang ni adik beradik serupa je kot.
Adha masa nak masuk umur 4bulan demam panas jugak.
Tapikan tak masuk wadla.
Rupanye demam tue nak boleh niarap.
Twin pun macam tue jugak kot.
Balik dari hospital dok galak je meniarap.
Habisla mama kalo betul twin ikut macam abangnye.
Adha last sakit teruk umur 1 tahun 1 bulan.

Sabtu

Persiapan Menyambut Kembar.

Umi nak berkongsi serba sedikit mengenai persiapan menyambut kembar.
Buat ibu - ibu yang bakal dapat kembar mungkin boleh jadi panduan.

  • PERSIAPAN BARANGAN BABY
- Dah nak dapat anak kembarkan mestila semua nak double. Baju, sarung tangan, sarung kaki dll semua nak double. Oleh itu kalo boleh mulala beli dari awal. Coz senang. Takut nanti dah sarat takut tak larat nak jalan gi shopping. Nak beli barang memerlukan bajet yang tinggi coz semua nak double. Macam umi yang gaji tak seberapa memang umi beli sikit-sikit.

  • KEWANGAN
- Ini adalah aspek yang paling penting bagi umi. Bila ada anak kembar kewangan jugak haru kembar. Macam umi anak 3 hantar ngasuh saje dah 6ratus, campur susu, dan kalo anak sakit bajet sebulan untuk anak-anak dalam 1500++ . Banyakkan. Jadi kalo nak senang menyimpanla dari sekarang.
  • KESABARAN
- Kesabaran jugak perlu ada. Kalo kembar anak sulung umi rasa takda la tinggi kesabaran yang di uji. Tapi kalo anak rapat macam umi hanya Tuhan yang tahu. Terutama bila kembar demam dan si abang pulak buat perangai nak perhatian. Bagi umi kesabaran umi teruji bila anak-anak sakit. Umi perlu kuat demi anak.
  • KERJASAMA
-Kerjasama jugak penting bagi suami isteri dalam pernanan menjaga anak kembar(umi tak kot). Janganla terlalu mengharap isteri je menjaga anak. Suami juga perlu memainkan peranan. 
  • MASA
- Bagi umi masa juga perlu dikorbankan dengan anak-anak. Tak tahula bagi orang lain. Umi rela bercuti dari gi kerja tatkala anak-anak sakit. Kalo dulu anak sorang rajin gi jalan tapi bila kembar kena korbankanla masa tu duduk kat rumah je. Main dengan anak-anak.

Jumaat

Percaya Jangan Tak Percaya

Ntahla kenpa ramai orang tak percaya.
Masa hamilkan twin ramai orang tak percaya.
Orang kecik tapi ngandung kembar.
Perut kecik tapi ada 2 baby kat dalam.

Serius okey!
umi sendiri takpercaya bila doktor cakap umi hamilkan twin.
Yeala, tiap-tiap bulan scan tapi tak nampak.
Habis balik raya gi scan terus nampak 4 kaki,4 tangan & 2 kepala.
Bergenang airmata, 2 klinik umi gi scan nak pastikan.

Kecikkan perut umi. Masa ni Pregnant lagi 35minggu tak silap umi.
 Tiap-tiap kali gi checkup scan jantung baby nurse mesti check satu je dia lupa atau tak tahu umi pregnant twin ntahla.
Serupa juga checkup di HTAR sebulan sekali. Sama.
Bila sebut dorang pun macam tak percaya.

Masa dalam bilik OT nurse pun tanya betul ke twin ni.
Perut kecik.
Oleh kerana bosan pertanyaan yang dah lali umi dengar, umi cakap:
"bedahla dulu baru tahu kembar atau tak".

Alhamdulillah akhirnye benar yang umi kandungkan adalah twin.
Terjawabla segala persoalan dari orang ramai.
Jangan korang sangka perut kecik baby ada satu je.
Jangan korang tak percaya orang kecik pun boleh hamilkan kembar.
Inila wajah twin ketika usia 3 hari.

Ini gambar masa twin di wad hari tue.

Jangan Amalkan...


Gara-gara jam berbunyi pagi tadi lepas bersahur umi tutup.
Dah bangun lewta hari ni.
Dahla bulan puasa ni masuk keje kul 8 pagi.
Kul 7.30 pagi baru tersedar.
Kelam kabut aku mandi.

Nasib baik baju anak-anak aku dah kemas siap-siap masuk bag.
Kalo tak lagi kalut.
Selalunye kalo umi tutup jam tue, alarm kedua tue akan berbunyi.
Tapikan pagi tadi dia pun syok tido jugak.
Adoi...
Alarm kedua tue adalah:


Anak-anak yang ku sayang.

Khamis

Bakal jurukamera Handal...





Bila dia dah pandai tangkap gambar habis semua dia tangkap.
Kalo adha dha petah berkata-kata mesti dia cakpa:
"mama kan selalu tangkap gambar macam nie".

Alahai anak.
Malam tadi suruh dia tido dia dok main handphone cikai mama.
Mama buat pura-pura tido ingatkan dia nak tido.
Tapi dengar bunyi flash kamera handphone pulak.
Lagi seronok dia tekan bila nampak lampu flas tue.
Siap gelak-gelak lagi.
Mama nak marah pun tak jadi.
Buat-buat tido sambil tengok dia layan main tangkap gambar.
Sedar-sedar tengok dia dah terbungkang tido.

Nak tengok gambar di tangkap?


Mula-mula hitam aje gambar. Mungkin dia tutup dengan tapak tangan kot.

Dah nampak bayang-bayang.



Ha dah nampak hanger atas tilam.

Ketepi sikit dah nampak bontot remote astro.

Dah nampak dah kepala hero tue.

makin nampak muka.

Separuh muka dah nampak.

Besar betul lubang hidung dia.

Contest Baby Cute With Baju Melayu/Kurung


Nak join?
Nak Tahu syarat?
Klik gambar tue tau...

Nama Anak : Muhammad Dzal Adha B Muhammad Hasry
Nama Ibu : Ummi Kalthum Bt Mohd Nasir
Umur Anak: 1tahun 8 Bulan
D.O.B : 26 November 2009

Mama nak Tag:
Kak Mieja
Mama Anas

Eyes Contact..

Bila letak berdekatan mereka saling memandang.
Mereka saling tersenyum.
Saling menggomel.
Apakah yang dibualkan oleh kalian?

Inila gambar eyes contact antara atiqah & aqilah.
Bila letak berdua mereka saling memandang dan berbual dengan bahasa yang tidak difahami.
Atiqah hanya memerhati adiknye yang meniarap.

Masa ni aqilah dah bising mulutnye membebel.

Rabu

Nak Satu Boleh Dik!

Ayat yang selalu dengar sejak dapat kembar.
Sebelum twin keluar lagi dah ada orang mintak.
Huhu idak sanggup teman nak pisah dengan anak-anak.
Biarla susah mana pun umi sanggup jaga.
Anak adalah harta yang takda nilai.

Banyak-banyak orang yang cakap umi takleh lupa masa masuk hospital baru nie.
Adalah satu kakak ni ada anak dua.
Dua-dua lelaki.
Boleh dia datang kat katil kembar siap cakap:
" Dik, kembar yea"
Umi jawab ," a.ah kak. Kembar".
"perempuan ke dik".
"a.ah kak, dua perempuan".
"bagi kat akak satu boleh".
........
"Bagila dik, akak bayar. akan bukan dok jauh pun. dik boleh datang tengok selalu. Anak akak dua-dua lelaki. Nak anak perempuan dah tak leh mengandung dah."
........
"Kite gi wat surat anak angkat nak?".
Umi jawab," erm, akak wat masa ni saya tak sanggup berpisah dengan anak. Biarla saya jaga. Walaupun sakit.".
Terus kak tu berlalu pergi.

Erm salah ke kata-kata umi?



Degil ke Nanti?

Nampak tak 2 pusar?
Erm orang tua2 cakap kalo kepala lebih dari 1 pusar degil bila besar nanti. Boleh caye ke. Anak sulung umi yang 1 pusar tu pun dah tak terkawal lasaknye. Lagi cakap lagi di buat. Huhu..

Harap-harap kembar takdela macam ni. 

Tapi rasanye takleh pakai jugak kot.
Yeala semuanya atas didikan ibu bapa jugak kan.
Kalo elok di asuh elok la jadinye.

Selasa

Moga Berkekalan.

Letak gambar budak happy...
Alhamdulillah, umi bersyukur kepada Allah. Umi happy bila tengok anak happy je pagi-pagi. Takda dah nangis bila nak gi rumah pengasuh. Takda dah perkataan taknak kalo nak gi rumah pengasuh. Takda dah lapar bila balik dari rumah pengasuh.

Lepas kejadian pengasuh anak umi yang tiba-tiba tak nak jaga anak-anak umi tue, alhamdulillah umi dpat pengasuh yang bagus. Walaupun dia dah jaga 4 budak lain dia sanggup lagi jaga 3 anak umi yang masih kecil. Dari segi bayaran lebih murah dari pengasuh yang lama.

Dulu adha menangis okey bila sampai rumah pengasuh. Macam di pukul-pukul. Bila time cuti bawak jalan, saje ngacah dia kata nak gi rumah pengasuh siap menjerit dalam kete cakap taknak. Sampai satu tahap dia nangis. Umi tak tahu kenapa dia macam fobia. Bila balik rumah lapar aje dia. Bila tanya pengasuh dia cakap adha taknak makan banyak nak main. Tido pun taknak. Erm pelik okey. Adha kat rumah bagi nasi dia makan je. Tido 2 kali sehari.

Kay rumah pengasuh baru, ibu(panggilan pengasuh) cakap adha makan, tido, bila hantar dia dah tak nangis siap turun jalan sendiri masuk rumah ibu. Syukur umi tak yah nak bergaduh pagi-pagi letak adha dalam rumah pengasuh.

Harap-harap berkekalan la dengan pengasuh baru ni.

Dah kena Rujuk Pakar Pemakanan Pulak!

Semalam masuk keje lambat sikit coz bawa twin gi checkup 5 bulan. Sepatutnye minggu lepas iaitu 2 hribulan tapikan malas nak gi takut twin demam balik lepas cucuk. Suka hati umi je kan ubah tarikh sendiri. Janji anak aku tak demam sudah.

Hasil checkup semalam twin berat dia naik sikit je. Tapi aku cakap dalam hati, syukur naik. Daripada tak naikkan. Tapi yang masalahnye kan, nurse bising. Masa timbang tue dia dah dok tanya anak akak lahir tak cukup bulan ke.Umi jawabla " cukup bulan dik. Cuma berat dorang je kecik". Settle bab timbang tunggu turn nak masuk jumpa nurse. Kat sini kena bebel. Ni antara bualan kami:


  • Nurse: Akak berat anak akak masih dibawah garisan kuning ni. 
  • Umi : Nak wat macam mana dah dorang lahir kecik. Takkan nak naik mendadak dik.
  • Nurse: habis tue dah lahir kecik takkan akak nak biarkan dia kecik je. Usahakanlah bagi susu mahal ke.
  • Umi : (nak marah dah). Akak bukan orang senang. Bukan ke korang promote susu ibu sampai 6 bulan. Ni nak suruh beli susu mahal! Akak campur dengan susu badan je. Bulan depan dah start makan pun. Minggu lepas pulak dorang baru keluar hospital. Kat hospital pun doktor pakar takda komplain.
  • Nurse : ............. erm kalo macam tue 18 haribulan ni akak kena datang jumpa pakar makanan. 
  • Umi : Okey dik.
Ambik buku terus gi bilik cucuk. Habis je cucuk terus balik. Erm bukan umi sengaja nak marah nurse tue. Tapi cara dia cakap macam dia expert sangat. Muda lagi nurse tue. Kawin pun belum. Bukan tak nak bagi susu mahal. Tapi bagi je la yang mana mampu. Umi bukan orang senang. Menjaga kembar memerlukan bajet yang tinggi dalam kewangan. Erm kadang - kadang orang nampak senang je kan. Tak tahu yang kite ni susah.

Jumaat

Baby Gap Hanya Rm 25...


Rm 25 

Size:

18-24m
2y
3y
4y
5y 
6y

Nak order? Klik gambar okey...

Sambungan N3 Moga Tidak Berlaku Lagi.


Selepas dilekeluarkan dari NICU alhamdulillah kesihatan kembar makin pulih cuma wayar oksigen je tetap kena pakai. Atiqah masih diteruskan antibiotik. Aqilah dorang stopkan. Demam atiqah dah beransur turun. Ingatkan esok atau lusa boleh balik. tapi tidak.

Dalam kul 6 petang atiqah dah kerap merengek. Pegang badan panas. Panggil nurse check suhu. Coz panas sangat kepala dan badan atiqah. Kebetulan time tu memang time makan ubatkan. Kalo panas sangat dalam 38'c ke atas dorang tak bagi ubat demam jenis syrup tapi masuk ubat bontot. Check suhu atiqah naik sampai 39'c lebih. Terkejut umi. Tak sampai 2 jam keluar dari wad NICU dah panas balik. Masuk ubat bontot. Pantau dalam 4 jam sekali. Dalam kul 10 malam check suhu turun sikit je masih dalam 38'c lebih. Ubat bontot masuk lagi dan datang doktor pasang jarun(drip) kat tanganatiqah nak masuk balik antibiotik sama macam aqilah. Maka tak bolehla balik. Duduk hospital.

Hari kelima doktor nak try offkan oksigen dorang coz dada dah tak laju bila nafas. Alhamdulillah Spo2 tue dorang 95 ke atas bila oksigen di bukak. Tapi tak tahan lama. Paling lama bertahan dalam 5 jam pastu turun kadang-kadang sampai 84. Pasang balik oksigen. Jarum kat tangan tue tak payah citer berapa kali tukar coz jarum larila, ubat tak masukla, tercabutla. Dan jadi hitam bekas cucuk terutamanye aqilah. Sampai ke kaki.

Hari ahad tu umi mintak keluar jugak coz oksigen dorang pun dah off. Doktor suruh bagi MBI(pum macam asma)




Ubat macam ni la kembar guna.



Corong macam ni.

Macam ni la gaya bila guna.

Gambar dari blog Anas



Pum setiap 4jam sekali bila perlu. Tapi umi wat tiap hari-hari coz nafas dorang nampak kadang-kadang laju lagi. 22 haribulan ni follow up balik. Harap dah baik. Rasa penat dok hospital. Kesian suami nak berulang alik dari rumah yang jauh. Kesian adah terabai.

Khamis

Perihal Si Kembar.

Alhamdulillah hari ni genap usia twin atiqah & aqilah 5 bulan.
Cepatkan masa berlalu.
Tahun lepas bulan puasa mengandungkan kembar 3 nak masuk 4 bulan.
Umi rasa dah 2 tahun time puasa umi pregnant.
Tahun ni dan insyallah 3 atau 4 tahun tidak akan ada isi lagi..
Stop dulu.

Perkembangan atiqah dan aqilah alhamdulillah makin baik.
Cuma masih bergantung pada pum yang harus disedut 4 jam sekali.
Berbalik pada cite si kembar ni :
Aqilah dha meniarap berbanding kakaknye atiqah.
Atiqah lebih suka baring je.

Meh umi citer sikit perbezaan dorang :

  • Aqilah lebih agresif dari kakaknye;
  • Aqilah mempunyai 2 pusar manakala kakaknye 1 pusar je(perasan masa kat hospital)
  • Aqilah lebih cengeng dari kakaknye.
  • Aqtiqah lebih senang handle dari aqilah.
  • Aqilah jenis mesra orang.
  • Atiqah dah mula kenal orang.
  • Tido tak boleh jauh coz takdan 10 minit mesti bangun, kalo letak  dekat beru lena.
Itula perbezaan yang dapat dilihat setakat ini.
Jom klayan gambar adik niarap(aqilah):


Tergedik-gedik kaki. Kaki hujung sana milik kakak(atiqah)

Bulatnye mata ko dik!

Dah mula nangis nak pusing tak lepas.
Mana gambar atiqah?


Atiqah lebih suka layan diri sendiri. kalo dia nangis tu maknanya dah ngantukla tue.

Jom Menggayakan Anak Anda!


Nak anda nampak elegent?
Klik je gambar di atas. 
Sure Korang tertarik.