Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Bila London Weight Management Call..


Reaksi yang timbul masa dapat call dari London Weight Mangement:


  • Aku nak kuruskan tang bahagian mana?
  • Bila dia tanya tentang berat dalam telipon hari tu aku cakap 48kg dia diam sekejap.
  • Tanya nak problem tang mana aku plak yang diam.
  • Temunjanji rawatan adalah pada 24 haribulan ni jam 2 petang.
  • Ayok!!! masih tak tau tang mana nak surutkan.
  • Bak suami cakap badan dah kurus tang mana nak kurus lagi.

Okey umi dapat treatment free dengan London Weight Management. Ini gara-gara gatal suka-suka mengisi borang yang keluar dekat iklan nuffang minggu lepas. Adoila. Tak sangka plak nak dapatkan. Rezeki.. Tapi masalahnye kat mana la anggota tubuh badan yang nak di treatmentkan oleh syarikat ni. 

Erm nak gi tak??? Perut boleh treatment tak coz baru 4 bulan lepas operate hari tue?

Tiada ulasan: