Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Isnin

Minyak Terapi Terbaik...


Alhamdulillah 2 3 hari ni kembar tido lena dah tak banyak dah meragam. Kalo tak dalam tido pun dia nangis juga. Huhu penat tau. Nak handle twin kalo nangis serentak. Tambahan hero umi dah balik.

Dulu masa adha kecik rajin jugak umi urut-urut badan dia. Tapi guna lotion je la. Alhamdulillah dengan urutan adha tido lebih lena. Tak banyak nak ngigau. Tapi si twin ni lambat plak umi buat. Masa juga tak menentu. Bila umi dapat set barangan bayi jenama avon ni dari sepupu umi. Umi terus manfaatkan kegunaannye. Yeala kalo dah ada tapi tak guna membazirkan.

Minyak ni wangi tau. Seronok bila sapu kat badan baby. Lembut je. Pastu wangi. Sesi urut ni umi lakukan sorang demi sorang. Setiap sorang dalam 20 minit. Lepas mandi umi buat. Twin tak meragam pun masa buat sesi ni. Tips nye sambil urut sambil bersembang dengan anak. Confirm dia diam.

Cubala kawan-kawan. Insyallah dengan urutan terhadap bayi ia lebih menenangkan bayi kite. Tido pun lena. Tapi janganla sampai salah urut plak yea. Pakai lotion pun boleh. Dulu umi guna lotion Bedtime.



Nk gi Hong Kong???

Tiada ulasan: