Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Maafkan Mama Sayang..

Aku rasa berdosa terhadap anak sulungku, Adha. Aku rasa macam aku mengabaikannye walaupun aku sudah mencuba membahagikan masa aku terhadap anak-anak. Aku bukan robot yang mampu buat dalam semua benda sekelip mata. Aku manusia lemah, yang tidak mempunyai kedurat seperti seorang lelaki. Aku seorang wanita yang lemah.

Adha,
Maafkan mama sayang.
Kadang-kadang kerenah adha membuatkan mama letih untuk melayanmu.
Mama tidak mampu nak melayan 3 anak dalam satu masa.

Adha,
Mama tahu adha masih kecil untuk memahami situasi mama.
Mama walaupun penat mama akan cuba sebaik mungkin untuk melayan dirimu.
7 hari seminggu mama menjaga anak-anak mama tanpa bantuan ayah.

Adha,
Mama berharap adha akan faham bila besar nanti.
Adha mempunyai adik perempuan kembar yang masih kecil.
Mama harus membahagikan masa sayang.
Mama kena tidokan adik-adik dahulu baru mama boleh bawa adha bermain di luar.
Tapi apakan daya, adik adha kadang-kadang meragam mengikut cuaca.

Adha,
Maafkan mama.
Mama kadang-kadang terlepas amarah mama pada adha.
Bila kerenah adha membuat mama naik geram.
Tapi mama tidak berniat sayang.
Mama nak adha faham tapi mama silap dan lupa.
Adha masih kecil bukan dengan marah dan pukul untuk mengajar adha.
Tapi mama mati akal bila adha sentiasa memberontak bila tidak dikutkan kehendak adha.
Mama tahu adha mahu perhatian dari mama.

Adha,
Mama mintak maaf banyak-banyak padamu.
Mama akan cuba mencari alternatif lain untuk melayan mu tiap-tiap petang.
Mama akan cuba menjadi mama terbaik buat anak-anak mama.

1 ulasan:

nursalwa berkata...

alahai sedihnya.. insyaAllah besar nnt adha paham..