Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Demi Anak Ku Turutkan Jua...

Inila aktiviti harian umi dengan adha.
Balik keje bagi tido si kembar, masak(kalo sempat),kemas rumah & layan anak.
Penatkan. Tiada istilah rehat bagi umi.

Adha anak sulung umi hari-hari nak ajak lepak depan rumah. Yeala kalo kite pun bosan kan kalo seharian terkurung dalam rumah. Lagipun adha masa kat kampung neneknye ajar keluar berjalan tiap-tiap petang naik motor. Tapi balik sini sape yang nak bawa?
Umi?
Kalo pandai bawa kereta takpela ini motor je pandai. Macam mana nak bawa kembar lagi.
Erm jadi terpaksala melayan adha main kat luar pagar rumah walaupun diri ini dah penat.
Dari mendengar dia merengek nak keluar baik layan je permintaan dia tapi dengan syarat biar kembar tido dulu.







Sukanye dia bila bebas bermain di luar.

Jelir lidah kat mama bila mama panggil tengok kamera

Alahamdulillah adha main depan pagar je tak naik atas jalan.

Mengundur nak gi sembang dengan unty india sebelah rumah

Bulat je mata tengok mama. Mata mama dah layu yang oi...


Melarikan diri bila mama nak ajak masuk tido.

terbongkang tido setelah kepenatan main.
Setelah semua anak tido barula umi nak kemas rumah yang tak sempat siap mengemas. Lipat baju kalo larat lagila...


Tiada ulasan: