Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Bila 4 sakit serentak...

2 hari blog ni sunyi tanpa N3 terbaru. Semua gara-gara kami 4 beranak demam serentak okey... Haru biru jadinye tambahan umi handle sendiri anak-anak yang demam termasuk mamanye yang demam jugak sampai kepala berat macam batu.

Semuanye bermula hari selasa tu okey. Umi dah start rasa sejuk tapi boleh dihandle. Pastu badan dah start rasa kebas. Sampai tapak kaki tu bila berjalan rasa tebal aje tapak kaki. Bibir pun sama. Balik je keje memang dah tak tahan sejuk. Bagi tido kembar awal-awal layan anak sulung main kejap je. Pastu malam dalam kul 9 adha dah start panas badan. Merengek je. tak tido lena umi malam tue walaupun memang hari-hari tido tak pernah lena.

Pagi esok umi ambik mc coz memang dah tak tahan. Twin umi hantar rumah pengasuh adha dok dengan umi. Takut jangkit dengan adik-adiknye. Balik dari klinik kul 12 lebih makan ubat terus tak sedar okey. Jaga-jaga kul 4.30ptg kot. Terus tengok handset. Ada masage ada banyak miskol dari pengasuh. Rupanya anak kembar umi pun dah start demam. Aduh! Dalam pikiran umi satu je. Macam mana nak handle 3 orang anak sakit sorang-sorang. Mama pun demam.

Alhamdulillah semalam umi ambik el coz nak gi klinik sambung mc tak boleh. Macam mana nak pergi coz anak-anak kat rumah. Nak gi klinik bawak anak-anak tak pandai pulak bawa kereta. Jadi ambik el je la. Mujurla anak-anak tak meragam teruk sangat. Cuma kembar je la merengek sikit. Abangnye nama je demam tapi aktif sangat. Malam mama terbongkang kepenatan lepas sehari tak tido. Kalo dapat pun tido-tido ayam je. Tak nyenyak mana.

Inilan nama dugaan dalam membesar anak-anak.
si kembar yang monyok je... Abang yang dah bogel..

Kasih sorang abang. Walaupun kadang-kadang kena halang jugak...

Cuaca Panas pakai baju tanpa lengan aje kat rumah

1 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

kesiannyaaa ummi......:( dah sihat ker?