Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Bentan Dalam Pantang...

Kali ni umi nak kongsi cerita di mana umi kena bentan dalam pamtang. Tak tau mana silapnye sampai boleh kena.

Umi tak ingat hari keberapa umi kena. Tapi seingat umi dalam belasan harila umi dalam pantang. Umi tak tau yang tu adalah bentan. Memang azab.

Umi berpantang bukan pantang moden. Umi berpantang secara tradisional. Mak yang jaga. Nak keluar rumah confirm tak boleh. Duduk la dalam bilik. Nak masage dengan suami pun curi-curi ok. Coz mak umi pesan kalo anak tido baik umi tido jugak kalo tak anak bangun mulala mengantuk.

Perkara ni terlalu pantas. Malam kejadian tue umi baru lepas pum susu yang bengkak teramat sangat sampai menangis. Dapat dalam 15oz. Lepas pum umi dah jadi gelap mata. Cakap kat mak suruh adik beli panadol. Kebatulan plak malam tue hujan. Kena tunggu hujan berhenti baru boleh gi beli. Coz naik motorkan.

Dalam dok tunggu hujan seriat, umi dah start menggigil okey atas katil. Pakai stoking pun masih terasa kesejukkan tapak kaki. Memamg takleh berlaga. Berlaga peha ke, lutut ke memang sejuk. Sampaikan mulut turut sama bergetar. Menangis-nangis umi sampai mak masuk. Mak umi pun pelik ok macam mana boleh kena. Suhu badan naik sampai 39'c.

Mak umi sapu minyak angin(panas) umi tak terasa langsung okey. Yang umi tahu umi kesejukan yang dah tak terbendung. Macam dok dalam bilik beku. Pakai sweater, selimut nipis 2 helai, toto pun 2 helai tetap umi teras sejuk. Sampai satu tahap umi dah nak jadi kejang okey. Mak siap tarik kaki umi bagi lurus takut umi jadi tarik. Muka umi tak payah cakapla pucat. Nak bagi hilang sejuk ni mak umi peluk umi walaupun dah berlapis dah badan dengan kain. Sejuk yang umi rasa tak tercakap dengan kata-kata.

Umi makan panadol 2 biji. Lepas tu terus umi tak tau apa yang terjadi. Pengsan ke apa ke tak tau. Umi sedar kul 4 pagi baru umi teras panas. Umi buang apa yanga da atas badan umi cuma yang tinggal sweater, dan selimut toto je.

Puas umi pikir keesokkan hari. Macam mana umi boleh kena. nak kata makan takda plak. Mak yang masak. Mungkin sebab umi melayan kerenah anak sulung umi kot. Kesian kadang-kadang menyendeng je kat umi. Nak kite belai. Mungki dia kerap dok atas riba umi tu yang umi kena bentan kot. Maklumla berat dia kan 13 kg++.

Okeyla, buat ibu yang bakal berpantang atau bakal kahiwn dan nak anak ambikla cerite ni sebagai pengajaran. Dalam pantang, pantang elok-elok. Jangan wat main-main. Kalo orang tua bising itu adalah untuk kebaikan kite jugak..

2 ulasan:

alyyani berkata...

alya penah bentan masa nia. masa tu kejap je masuk bilik mak beraircond. malam tu menggigil mcm umi. tak tahan sgt. nak bangun b/feed kan nia pun tak bole. kebas kaki semua. pagi baru ok. mcm umi gak la sedar2 dah mcm apa jd td. huhu.. seksa. alya sebab dok dlm bilik aircond la tu sejuk masuk smpi ke urat dah tu lak masa tu baru kua toilet tak pakai stokin. terbaik la. huhu

myamyza berkata...

teross insaf dengar kisah orang bentan dalam pantang ni.. saya ingat bentan tu keluar darah dengan banyak ke macam tu rupenye bentan ni kesejukan pun boleh jadik jugak ye, sbb tu masa pantang dulu mak pesa duduk berlunjur, jangan duduk bersila, jangan angkat barang berat, jangan itu, jangan ini rupenye memang betul ape yang dikate tu...