Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Aku Dipersalahkan Atas Bukan Kesalahan Aku!


Punca Aku Dipersalahkan.
 Runtuh, hancur rasa hati aku malam tadi. Penat balik keje pastu terkejar ke kedai beli lauk dan susu anak. Balik ambik anak lagi. Tak sempat hilang timbul pulak masalah lain. Bukan aku nak buka pekung hal keluarga tapi aku terkilan teramat sangat.

Kejadian ni macam ni:

Jam 6.30 pas umi balik dari kerja pastu ke kedai beli barang dapur dan susu anak-anak. Umi tak jangka dia akan balik coz selalu akan pulang malam aje. Dalam kul 6.40 dia sampai. Dalam hati alhamdulillah adala orang melayan anak sementara aku nak masak di dapur.

Tak sampai 5 minit aku di dapur, aku dengar bunyi pranggggggggggg......... Terkejut umi kat dapur pastu dengar dia menjerit panggil nama adha. Masa tu dengar suara adha menangis kuat sekali okey. Umi apa lagi lari la dari dapur ke depan rumah.

Rupanye adha jatuh di timpa motor okey. Mengucap panjang umi. Dah tak terkata apa-apa umi. Adha nangis tak berhenti. Mungkin sakit. Umi ambik dukung dengan tangan bekas basuh ikan kat dapur tadi. Puas pujuk baru diam. Bila aku bertanya pada dia kenapa tak tengok anak main kat luar, dia kata dia tak sedar.

Tapi lebih memeritkan hati aku dipersalahkan. Aku di tuduh tak melayan anak. Tidakkah dia tahu aku berada di dapur untuk masak makan malam? bukannye aku tak bagi tahu dekat dia. Salahkah kalo dia luangkan masa untuk anak. semua nak letak kat bahu aku? Aku sedih dengan kata-katanye.

Tak apala mungkin salah aku kot. Aku mendiamkan diri lagi baik.. Mujur adha takda mengalami sebarang kecederaan yang serius cuma lebam di peha aje. Aku plak yang terhinjut kaki. Nanti umi citer di lain N3.

2 ulasan:

alyyani berkata...

alahai ummi... besar pahala ummi.. senyum ok :)

Mama Syamil a.k.a Miza berkata...

Sian Adha...
Umi pun banyak2 bersabar..
adat hidup bersama bnyk rencamnya..