Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

RM 10 Sehelai....


80 - 3 helai
90 - 3 helai
95 - 3 helai

Berminat:
SMS Ummi:
0125500249

Pebezaan Bersalin Ceaser Dengan Normal...

Hari kedua lepas operate

Bersalin Normal:
  •  Tiada adegan di service oleh misi.
  • Takda kena cucuk di belakang.
  • Tak kena masuk air berbotol-botol.
  • Tak payah guna tiub kencing.
  • Lepas bersalin dh boleh berjalan gi mandi.
  • Sakit hanya waktu nak push baby keluar je.
  • Boleh berurut perut, bertungku, memakai barut
Bersalin operate:

  • Ada adegan di service misi malam sebelum operate, Malu okey
  • Kena cucuk ubat bius.
  • Masuk air berbotol masa dalam bilik OT
  • Kena pakai tiub kencing hari kedua baru buka
  • Boleh berjalan tapi tak boleh gi mandi lagi.
  • Terasa ngilu lagi sampai sekarang kat tempat kena belah.
  • Beurut juga tapi tak puas coz tak boleh urut perut.
  • Bertungku jugak dan memakai barut.
Meh umi citer sikit pengalaman bersalin operate:

  • Hari pertama lepas keluar bilik OT umi dah boleh duduk atas katil sambil bersandar. Kepala still ting tong coz nak muntah je.
  • Dah mula pum susu sejam lepas keluar bilik OT dapat dalam 3 oz.
  • Petang dah mula slow-slow turun katil. Coz dah bosan tengok orang lain ada anak di sebelah tapi umi takda.
  • Boleh gi jalan kat katil sebelah yang di operate hari yang sama. Main dengan baby dia tangan sebelah lagi pegang plastik urine.
  • Tanya misi nak gi tengok baby kena marah balik. Hari pertama ceaser mana boleh jalan dia suruh umi baring balik.
  • Naik katil tido...
  • Malam 2 jam sekali kena pum susu...
  • Hari kedua wayar dah buka jam 12 tgh hr. Lega sangat...
  • Suami datang mintak bawa naik gi jumpa kembar coz nak direct feeding.
  • Naik wheelchair malu siot. Segan sangat-sangat.
  • Balik dari bilik anak tak bagi suami tolak nak jalan sendiri.
  • Dari tingkat 4 naik lift turun tingkat 2. Jalan macam orang bersalin normal.
  • Hari ketiga penutup luka di buka terus mandi tanpa menutup bekas jahit dengan apa-apa.(setengah orang tutup dengan plastik tak bagi basah)
  • Nak naik tengok baby nurse cakap tunggu coz dorang dah nak bawa turun twin first.
  • Nurse bagi tahu dah boleh dkeluar hospital bersama twin first.
  • Tak boleh jadi umi jalan kaki gi naik tingkat atas mintak kebenaran nak bawa keluar twin second sekali tapi doktor suruh bagi dia direct feeding dulu.
  • Puas tau nak suruh dia hisap coz dorang baru bagi minum guna cawan.
  • Akhirnya dapat keluar.
  • Keluar dari wad tanpa memakai wheelchair.
  • Alhamdulillah bagi umi takda sakit mana bersalin ceaser. Tak terbaring macam orang lain atas katil..

Jom Cepat Sertai Hadiah adalah Lumayan

Teringin Tak hadiah kat atas???
Bestkan hadiah yang ditawarkan. Lumayan sungguh. Nak beli mana la nak mampukan. Nak tau cara nak menang? Klik je kat bawah ni:

Klik la banyak kali yea;

The Great Churp Churp Race

Baju Pink ke Baju Putih

Muka Kebosanan Kena serah diri kat hospital.
 Baju pink baju kira sopan dan tertutup lagila bila pakai.

Muka Nerves nak tunggu masuk bilik OT
Baju putih baju yang terdedah di belakang. Hanya baju tiada kain(baju dah labuh macam jubah). Masuk bilik OT bukak ikatan di belakang sungguh malu kejadian yang berlaku seterusnye...

N3 Tanpa Tajuk...


Selasa

Hilang, Mana Dia pergi???


Nampak tak??
Ruangan Flower umi takda...
Hu mana pergi yea..
Semua orang jadi macam ni ke???
Umi nak ikut blog orang pun tak leh...

Jumaat

Dia Adalah Peminat Tegar Bihun Sup

Ikut sapaela gamaknye ek..
Kalo bihun goreng confirm ikut ayahnye.
Bihun sup???
Mama bukan la minat sangat cuma mengandungkan kembar je nak makan bihun sup je.
Layan je la gambar kat bawah ek.
Budak yang taknak mama suap makan. 
Nak makan sendiri...




Tengok bagi sudu tak nak. nak juga pakai garpu...
 

Mata tetap layan upin & Ipin

Marah mama kaco dia makan...
*** Alhamdulillah ada sedikit modal & barang dh pun order.. Boleh wat bisnes sikit.. Ada tak orang sudi beli???

Khamis

Aku Dipersalahkan Atas Bukan Kesalahan Aku!


Punca Aku Dipersalahkan.
 Runtuh, hancur rasa hati aku malam tadi. Penat balik keje pastu terkejar ke kedai beli lauk dan susu anak. Balik ambik anak lagi. Tak sempat hilang timbul pulak masalah lain. Bukan aku nak buka pekung hal keluarga tapi aku terkilan teramat sangat.

Kejadian ni macam ni:

Jam 6.30 pas umi balik dari kerja pastu ke kedai beli barang dapur dan susu anak-anak. Umi tak jangka dia akan balik coz selalu akan pulang malam aje. Dalam kul 6.40 dia sampai. Dalam hati alhamdulillah adala orang melayan anak sementara aku nak masak di dapur.

Tak sampai 5 minit aku di dapur, aku dengar bunyi pranggggggggggg......... Terkejut umi kat dapur pastu dengar dia menjerit panggil nama adha. Masa tu dengar suara adha menangis kuat sekali okey. Umi apa lagi lari la dari dapur ke depan rumah.

Rupanye adha jatuh di timpa motor okey. Mengucap panjang umi. Dah tak terkata apa-apa umi. Adha nangis tak berhenti. Mungkin sakit. Umi ambik dukung dengan tangan bekas basuh ikan kat dapur tadi. Puas pujuk baru diam. Bila aku bertanya pada dia kenapa tak tengok anak main kat luar, dia kata dia tak sedar.

Tapi lebih memeritkan hati aku dipersalahkan. Aku di tuduh tak melayan anak. Tidakkah dia tahu aku berada di dapur untuk masak makan malam? bukannye aku tak bagi tahu dekat dia. Salahkah kalo dia luangkan masa untuk anak. semua nak letak kat bahu aku? Aku sedih dengan kata-katanye.

Tak apala mungkin salah aku kot. Aku mendiamkan diri lagi baik.. Mujur adha takda mengalami sebarang kecederaan yang serius cuma lebam di peha aje. Aku plak yang terhinjut kaki. Nanti umi citer di lain N3.

Murah, jom beli dan makan...

Klik aje kat bawah ni okey...

cupcakes & whoopie oies

Samsung GalaxyS2

Jom dapatkan satu sekarang.. klik aje

Rabu

Demi Anak Ku Turutkan Jua...

Inila aktiviti harian umi dengan adha.
Balik keje bagi tido si kembar, masak(kalo sempat),kemas rumah & layan anak.
Penatkan. Tiada istilah rehat bagi umi.

Adha anak sulung umi hari-hari nak ajak lepak depan rumah. Yeala kalo kite pun bosan kan kalo seharian terkurung dalam rumah. Lagipun adha masa kat kampung neneknye ajar keluar berjalan tiap-tiap petang naik motor. Tapi balik sini sape yang nak bawa?
Umi?
Kalo pandai bawa kereta takpela ini motor je pandai. Macam mana nak bawa kembar lagi.
Erm jadi terpaksala melayan adha main kat luar pagar rumah walaupun diri ini dah penat.
Dari mendengar dia merengek nak keluar baik layan je permintaan dia tapi dengan syarat biar kembar tido dulu.







Sukanye dia bila bebas bermain di luar.

Jelir lidah kat mama bila mama panggil tengok kamera

Alahamdulillah adha main depan pagar je tak naik atas jalan.

Mengundur nak gi sembang dengan unty india sebelah rumah

Bulat je mata tengok mama. Mata mama dah layu yang oi...


Melarikan diri bila mama nak ajak masuk tido.

terbongkang tido setelah kepenatan main.
Setelah semua anak tido barula umi nak kemas rumah yang tak sempat siap mengemas. Lipat baju kalo larat lagila...


Bukti Saya dah Ada 3 anak...


Inila bukti umi dah ada 3 orang anak okey.
Tak caye lagi ke?
Erm kena tunjuk kad nikah jugak kot coz kat mykid kan nama ayah je ada nama ibu takda.
Takpun datang je kat rumah tengok betul ke tak.


Lahir kembar 6 Dalam 3 minit...

BIRMIGHAM- Seorang ibu, Heather Caroll melahirakan bayi kembar 6 dalam masa cuma 3 minit di sebuah hospital di sini, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
 Kelahiran lima bayi perempuan dan seorang bayi lelaki pada sabtu lepas menerusi pembedahn caeseran itu merupakan hadian terbaik sempena hari bapa buat suaminye Mitchell.
 Caroll, 30, yang berasal dari daerah Dallas, Texas, dimasukkan ke sebuah hospital di negeri Alabama sejak berapa minggu lalu sebagai persediaan menanti kelahiran luar biasa itu.
 Lebih 50 petugas profesional di Pusat Perubatan Brookwood di sini membantu menyambut kelahiran enam bayi berkenaan yang berada dalam keadaan sihat dan memliki berat badan di antar 0.7kilogram hingga 1kg. -Agnesi

(sumber dari berota kosmo)

Maafkan Mama Sayang..

Aku rasa berdosa terhadap anak sulungku, Adha. Aku rasa macam aku mengabaikannye walaupun aku sudah mencuba membahagikan masa aku terhadap anak-anak. Aku bukan robot yang mampu buat dalam semua benda sekelip mata. Aku manusia lemah, yang tidak mempunyai kedurat seperti seorang lelaki. Aku seorang wanita yang lemah.

Adha,
Maafkan mama sayang.
Kadang-kadang kerenah adha membuatkan mama letih untuk melayanmu.
Mama tidak mampu nak melayan 3 anak dalam satu masa.

Adha,
Mama tahu adha masih kecil untuk memahami situasi mama.
Mama walaupun penat mama akan cuba sebaik mungkin untuk melayan dirimu.
7 hari seminggu mama menjaga anak-anak mama tanpa bantuan ayah.

Adha,
Mama berharap adha akan faham bila besar nanti.
Adha mempunyai adik perempuan kembar yang masih kecil.
Mama harus membahagikan masa sayang.
Mama kena tidokan adik-adik dahulu baru mama boleh bawa adha bermain di luar.
Tapi apakan daya, adik adha kadang-kadang meragam mengikut cuaca.

Adha,
Maafkan mama.
Mama kadang-kadang terlepas amarah mama pada adha.
Bila kerenah adha membuat mama naik geram.
Tapi mama tidak berniat sayang.
Mama nak adha faham tapi mama silap dan lupa.
Adha masih kecil bukan dengan marah dan pukul untuk mengajar adha.
Tapi mama mati akal bila adha sentiasa memberontak bila tidak dikutkan kehendak adha.
Mama tahu adha mahu perhatian dari mama.

Adha,
Mama mintak maaf banyak-banyak padamu.
Mama akan cuba mencari alternatif lain untuk melayan mu tiap-tiap petang.
Mama akan cuba menjadi mama terbaik buat anak-anak mama.

Selasa

Bila Nenek Sudah Confius..

Bila nenek si kembar dah tak dapat nak bezakan twin mesti kelakarkan. Huhu, dalam pantang memang mak umi yang jaga. Mak umi dapat bezakan melalui saiz dorang, dan arut wajah dorang. Tapi bila umi hantar gambar muka Atiqah & Aqilah dah tak nampak plak beza. Badan pun lebih kurang je besar.

Tunjuk kat suami gambar ni dia pun dah confius. Adik dia kata kakak, dan kakak pulak kata adik. Suami umi memang rajin tertukarla. Dia mesti akan tanya umi balik kalo dia agak confius. Macam mana ni kalo suami sendiri tak boleh cam?




Mana Satu Atiqah , Mana saru Aqilah?



























































Semestinyela muka yang kuat muncung itu adalah kakak.(atiqah)


Isnin

Sikap Sorang Abang dah Menyerlah




Muka happy adik dok atas perut.

Siap angkat tangan letak kat kepala lagi.


Senyuman kegembiraan menampakkan gigi yang dah penuh.
 Alhamdulillah, kesihatan anak-anak umi dah bertambah baik. Cuma atiqah aje yang masih bad mood coz hidung masih tersumbat.

Adha si anak sulung umi dah makin faham yang dia sudah mempunyai adik. Bukan satu tapi dua. aku bersyukur ya Allah. Cuma kadang-kadang aje anak sulung umi meragam coz dia nak kuar main tapi takda sape nak melayan. Sorry ye adha. Mama bukan tak nak layan tapi adik-adik macam mana?

Setakat ni keserlahan watak sorang abang dalam dirinye makin terserlah. Dah pandai mintak nak dukung adik, letak atas riba, cium adik-adik, panggil aqilah(atiqah masih dalam proses). Adik nangis cepat aje dia bangun nak sumbat puting. Hu tak boleh lepa ni bahaya.

Minyak Terapi Terbaik...


Alhamdulillah 2 3 hari ni kembar tido lena dah tak banyak dah meragam. Kalo tak dalam tido pun dia nangis juga. Huhu penat tau. Nak handle twin kalo nangis serentak. Tambahan hero umi dah balik.

Dulu masa adha kecik rajin jugak umi urut-urut badan dia. Tapi guna lotion je la. Alhamdulillah dengan urutan adha tido lebih lena. Tak banyak nak ngigau. Tapi si twin ni lambat plak umi buat. Masa juga tak menentu. Bila umi dapat set barangan bayi jenama avon ni dari sepupu umi. Umi terus manfaatkan kegunaannye. Yeala kalo dah ada tapi tak guna membazirkan.

Minyak ni wangi tau. Seronok bila sapu kat badan baby. Lembut je. Pastu wangi. Sesi urut ni umi lakukan sorang demi sorang. Setiap sorang dalam 20 minit. Lepas mandi umi buat. Twin tak meragam pun masa buat sesi ni. Tips nye sambil urut sambil bersembang dengan anak. Confirm dia diam.

Cubala kawan-kawan. Insyallah dengan urutan terhadap bayi ia lebih menenangkan bayi kite. Tido pun lena. Tapi janganla sampai salah urut plak yea. Pakai lotion pun boleh. Dulu umi guna lotion Bedtime.



Nk gi Hong Kong???

Jumaat

Bila 4 sakit serentak...

2 hari blog ni sunyi tanpa N3 terbaru. Semua gara-gara kami 4 beranak demam serentak okey... Haru biru jadinye tambahan umi handle sendiri anak-anak yang demam termasuk mamanye yang demam jugak sampai kepala berat macam batu.

Semuanye bermula hari selasa tu okey. Umi dah start rasa sejuk tapi boleh dihandle. Pastu badan dah start rasa kebas. Sampai tapak kaki tu bila berjalan rasa tebal aje tapak kaki. Bibir pun sama. Balik je keje memang dah tak tahan sejuk. Bagi tido kembar awal-awal layan anak sulung main kejap je. Pastu malam dalam kul 9 adha dah start panas badan. Merengek je. tak tido lena umi malam tue walaupun memang hari-hari tido tak pernah lena.

Pagi esok umi ambik mc coz memang dah tak tahan. Twin umi hantar rumah pengasuh adha dok dengan umi. Takut jangkit dengan adik-adiknye. Balik dari klinik kul 12 lebih makan ubat terus tak sedar okey. Jaga-jaga kul 4.30ptg kot. Terus tengok handset. Ada masage ada banyak miskol dari pengasuh. Rupanya anak kembar umi pun dah start demam. Aduh! Dalam pikiran umi satu je. Macam mana nak handle 3 orang anak sakit sorang-sorang. Mama pun demam.

Alhamdulillah semalam umi ambik el coz nak gi klinik sambung mc tak boleh. Macam mana nak pergi coz anak-anak kat rumah. Nak gi klinik bawak anak-anak tak pandai pulak bawa kereta. Jadi ambik el je la. Mujurla anak-anak tak meragam teruk sangat. Cuma kembar je la merengek sikit. Abangnye nama je demam tapi aktif sangat. Malam mama terbongkang kepenatan lepas sehari tak tido. Kalo dapat pun tido-tido ayam je. Tak nyenyak mana.

Inilan nama dugaan dalam membesar anak-anak.
si kembar yang monyok je... Abang yang dah bogel..

Kasih sorang abang. Walaupun kadang-kadang kena halang jugak...

Cuaca Panas pakai baju tanpa lengan aje kat rumah

Nak Kurus dan Muka Nampak Berseri?

Klik je bawah ni okey... Memang berbaloi harga yang ditawarkan... Serendah Rm 48 Ringgit...

Ipad owh ipad!

Ipad semakin menjadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Termasuk umi ok. Cuma perlu wang yang banyak tertunaila hasrat tue kan?

Nak tau macam mana nak menang ipad dengan mudah? Klik je perkataan ipad kata bawah ni tau...

Selasa

Bentan Dalam Pantang...

Kali ni umi nak kongsi cerita di mana umi kena bentan dalam pamtang. Tak tau mana silapnye sampai boleh kena.

Umi tak ingat hari keberapa umi kena. Tapi seingat umi dalam belasan harila umi dalam pantang. Umi tak tau yang tu adalah bentan. Memang azab.

Umi berpantang bukan pantang moden. Umi berpantang secara tradisional. Mak yang jaga. Nak keluar rumah confirm tak boleh. Duduk la dalam bilik. Nak masage dengan suami pun curi-curi ok. Coz mak umi pesan kalo anak tido baik umi tido jugak kalo tak anak bangun mulala mengantuk.

Perkara ni terlalu pantas. Malam kejadian tue umi baru lepas pum susu yang bengkak teramat sangat sampai menangis. Dapat dalam 15oz. Lepas pum umi dah jadi gelap mata. Cakap kat mak suruh adik beli panadol. Kebatulan plak malam tue hujan. Kena tunggu hujan berhenti baru boleh gi beli. Coz naik motorkan.

Dalam dok tunggu hujan seriat, umi dah start menggigil okey atas katil. Pakai stoking pun masih terasa kesejukkan tapak kaki. Memamg takleh berlaga. Berlaga peha ke, lutut ke memang sejuk. Sampaikan mulut turut sama bergetar. Menangis-nangis umi sampai mak masuk. Mak umi pun pelik ok macam mana boleh kena. Suhu badan naik sampai 39'c.

Mak umi sapu minyak angin(panas) umi tak terasa langsung okey. Yang umi tahu umi kesejukan yang dah tak terbendung. Macam dok dalam bilik beku. Pakai sweater, selimut nipis 2 helai, toto pun 2 helai tetap umi teras sejuk. Sampai satu tahap umi dah nak jadi kejang okey. Mak siap tarik kaki umi bagi lurus takut umi jadi tarik. Muka umi tak payah cakapla pucat. Nak bagi hilang sejuk ni mak umi peluk umi walaupun dah berlapis dah badan dengan kain. Sejuk yang umi rasa tak tercakap dengan kata-kata.

Umi makan panadol 2 biji. Lepas tu terus umi tak tau apa yang terjadi. Pengsan ke apa ke tak tau. Umi sedar kul 4 pagi baru umi teras panas. Umi buang apa yanga da atas badan umi cuma yang tinggal sweater, dan selimut toto je.

Puas umi pikir keesokkan hari. Macam mana umi boleh kena. nak kata makan takda plak. Mak yang masak. Mungkin sebab umi melayan kerenah anak sulung umi kot. Kesian kadang-kadang menyendeng je kat umi. Nak kite belai. Mungki dia kerap dok atas riba umi tu yang umi kena bentan kot. Maklumla berat dia kan 13 kg++.

Okeyla, buat ibu yang bakal berpantang atau bakal kahiwn dan nak anak ambikla cerite ni sebagai pengajaran. Dalam pantang, pantang elok-elok. Jangan wat main-main. Kalo orang tua bising itu adalah untuk kebaikan kite jugak..

Ha! Baru nak Citer Pasal Bola?

Bola dah 3 hari dah habis baru nak buat N3. Apa la umi nikan.

First sekali kesian kat suami umi dia nak sangat tengok bola tapikan dia kena gi kuantan plak malam tue. Bengang giler dia. Tiap2 minit tanya umi dah score ke??? Peminta fanatik kelantan la katakan. Malam tu memang umi pun teringin nak tengok tapikan mata ni ntah masa bila plak boleh terlelap pun tak tau. Yang umi ingat sebelum terlelap pemain terengganu kena kad kuning kot. Masa tu separuh masa pertama. Pastu lebuh di buai mimpi.

Terjaga je tengok kelantan dah score satu. Terus massage suami bagi tau. Dengan yakinnye suami cakap terengganu kalah. Boleh macam tue plak. Tapikan lepas je kelantan score tue umi tertido balik. Hahahaha. Tak fanatik langsung umi nikan. Jaga sekali lagi tengok terengganu dah 1. Kira seri. Massage suami bengang dia. Gagah jugak mata nak tau sape yang score. Rupanya kelantan jaring gol sendiri. Lagi suami umi bengang.

Kalo dah mata tu ngantuk, jangan dipaksa jugak nak tengok. Ha kan dah tertido lagi. Kononnye nak tengok masa minit tambahan tue tapi tak terlayan jugak. Tertido jugak. Sedar tengok terengganu dah gi ambik piala besar gedebak. Ha hancur luluh harapan kelantan kalah malam tue. Termasukla suami umi. Bila dah habis je tutup tv terus tido. Jangan paksa dah mata nanti apa plak yang terjadi.




aksi khairul fahmi

Anak bujang yang tido kepenatan setelah dibuli oleh mama

Abaikan botol yang mama sendal dengan selimut tue yea. Nak tangkap gambar punya pasal.

Bila Mama Takda Keje...



Kesian anak-anak mama kena paksa meniarap. Inila jadinye bila mama bosan. Masa ni adha takda lagi katrumah. Sekarang kalo buat macam ni confirm adha join sekali. Aduh. Kemek adik-adiknye.

Kembar ni nak ikut abangnye kot. Usia 4 bulan baru nak nerap. Tapi abang dia 3 bulan dah banyak ngiring-ngiring. Kembar ni macam takda je. Tapi kalo dalam buai laju je dia ngiring.

Berkhatan...


Alhamdulillah kembar umi selamat dah dikhatankan. Tapi bukan semalam tau. Masa usia dorang 1bulan lebih. Berkhatan cara tradisional. Dengan bidan kampung je.

Umi sebenarnye nak sunatkan dorang ni bila umur dorang dalam 4 bulan lebih. Tapi dah kena wat awal terpaksala kan.

First time bawa anak gi sunat memang gerun ok. Yeala manala umi pernah tengok orang berkhatan nie. Cuma dengar citer je la. Cuma dalan pikiran umi kan, kanak-kanak perempuan berkhatan ni dorang potong ap yea?? Boleh plak yang tu umi pikir..

Rupanye sikit aje dia potong. Tak sampai 5 minit dah siap. Berdarah pun sikit je. Nangis pun takdala kuat mana. Macam merengek je.

Jumaat

Bepanthen

N3 ni khas untuk ellisya bakal dapat kembar jugak..

Di dalam N3 ini umi telah mengalami niple crack. Memang kritikal k bagi umi. Memang terbelah dari atas kebawah. Elok nak kering pum jadi balik. Masuk mulut baby lagila sakit. Azab k. Jadi umi sharekan perkara ni pada kak mieja.

Kak mieja cadangkan umi pakai cream jenama "Bepanthen". Yang jadi masalah yeala, umi berpantang di kampung jauh dari pekan.Takdala plak transport nak gi beli. Tapi mujurla kak mieja baik hati tolong belikan dan poskan untuk umi. Thank you very much to kak meija.

Alhamdulillah bila pakai cream ni niple umi beransur pulih. Cream ni umi rasa sesuai bagi umi. Bukan apa, bila kite sapu kat niple tak basuh pun takpe waktu nak menyusu coz dia selamat untuk baby. Tapi umi jarangla buat.

Cream ni banyak kegunaan dia tau. Tak semestinya niple crack je boleh guna, kalo baby ruam lampin pun boleh pakai. Nak tau lain-lain kegunaan klik je nama bawah ni:

Nak Kelihatan Cantik Tapi Tak Tahu cara???

Klik je link kat bawah ni...

Too much blusher on? Learn the techniques from the professionals at #DewAcademy. #MilkADeal

Cara Menambah Pendapatan Sampingan

Nak rezeki Lebih??? Nak Tambah Pendapatan anda??? Jom join #ChurpChurp Sekarang.

Khamis

Macam Mana Nak Bezakan Si Twin?

Mesti ramai yang cakapkan susah tak nak bezakan si twin yang seiras wajah dorang? Meh umi citer serba sedikit macam mana umi nak bezakan dorang ni masa kecik.


Masa kat hospital sah2 umi boleh bezakan mana satu adik mana satu kakak. Coz Si adik lebih kecil dari kakak dan lebih lama duduk dalam inkubator. Memang jauh beza masa ni. Adik nampak sangat tulang dada dia. Nak pegang bagi susu pun takut.
  • Aqilah(adik)

Atiqah (kakak)
Bila dah keluar dari hospital umi tetapkan tempat. Sebelah kanan kakak dan sebelah kiri adik. Walaupun berat badan dorang tak sama bila letak berdekatan memang payah nak beza. Jadi umi cakap kat suami kite tetaokan tempat. Macam tu jugak waktu onthewat balik kampung.
Belah kiri yang tangan terkeluar tu adalah adik.


Dibezakan dengan stoking. Hijau adalah adik.
 Bila dalam pantang timbul masalah dengan mak yang payah nak kenal kalo dok dengan umi insyallah umi boleh cam. Bila dah timbul kekeliruan di antara mak, maka kami pakaikan pakaian yang berlainan. Kalo adik stoking merah adik stoking caler lain. Kalo bju sorang hijau sorang lagi kaler lain sampaila mak umi dapat cam mana satu adik mana satu kakak.
Kakak(kiri) lebih bulat dari adik.
Bila dah habis pantang lagi la payah nak bezakan dorang. Tapi bagi umi rupa bentuk muka dorang yang berbeza. Adik lebih bujur sikit dari kakak yang bulat mukanye. Mak umi cakap muka adik lebih lembut sikit dari kakak. Tapi paling kuat nangis adalah adik.

Bila besar lagi nampak seiras.
Bila besar ni memang dah tak nampak sangat perbezaan. Cuma boleh di bezakan dengan perangai dorang je. Sorang kuat nangis sorang lagi diam. Sorang kuat senyum sorang lagi tak. Macam tula umi terangkan pada kawan-kawan yang pertama kali tengok kembar umi.

Tapi percayala seorang ibu lebih mengenali anak-anaknye. Tapi kalo tak boleh jugak nak handle pakaikan la dorang gelang. Sorang sebelah kiri sorang sebelah kanan. Tak pun labelkan nama di baju. Ikut kreativiti masing-masing.

Ni La Port Dia Kalo Mama Masak

 Bukan kemain happy adha bila mama letak dia kat situ. Senyum aje dapat  main air.
Siap muncung mulut. Habis basah simen bawah.

Lega dah masa ni. yeala gambar kat atas kan ada periuk dalam sinki tue. Kaki dia kena dok atas la.. Bila dah angkat periuk kaki boleh letak bawah.
Betapa kusyuknye dia main sampai mama panggil tengok kamera pun tak nak.

Adha In Da House

Dah malas dah nak pikir perkara tadi. Layan gambar anak-anak gak bagus. Anak-anak adalah terapi paling bagus untuk umi.

Alhamdulillah anak sulung umi seudah pun kembali ke rumah sewa umi yang tak seberapa ni. Bestnye. Menitis air mata coz dapat bawak balik adha ke sini. Cuma first time handle anak 3 orang sendirian memang mencabar k. Tapi naluri sorang ibu tak pernah berasa penat walaupun letih tak terkata tido pun dah tak cukup.

Masa balik nak ambik adha tak da rancangan mana pun. Ingat balik nak melawat je coz rindu dah tak terbendung. Sampai je kampung tanya mak nak ambik adha boleh mak bagi green light. Apa lagi bergembira la kami laki bini.

Tapi sedih tau mula-mula balik adha langsung tak nak dengan umi. Pegang je dia marah, panggil dia lari. Bergenang air mata umi bila anak tak nak dengan umi. Puas pujuk. Sekejap je nak, Time nak susu baring pun tak nak dengan umi nak dengan nenek je :(.

Alhamdulillah, sebelah malam dia dah nak dengan umi. sampaikan riba adiknye menyusu oun dia marah. Cemburu. Dalam menyusu adik2nye sambil meriba adha yang menyusu botol.

Dah balik rumah shah alam habis satu rumah dia tawaf. Rindu kot. Tempat dia rajin sangat nak tuju bilik air. Huhu. Itu je tempat dia suka..

Grrrrrrrr................... N3 Panas Hati K...

Kalo tak kerana aku laki bini pikir ko masih bawah umur dan masih bersekolah tingkatan 4 dah lama aku bawa ko balai polis malam tadi. Ko tak pikir ke ha! Bapak ko yang tengah sakit badan dah penuh wayar tue! Apa nak jadi la ko ni! Geram aku nak je laki aku rimbuk ko sampai separuh nyawa.

Bukan sehari dua laki aku parking lori dekat situ. Dah banyak kali. Tak pernah pulak nak kena curi bateri. Ko memang cari nahas la semalamkan. Mujur laki aku dok tengok. Pandai plak ko suruh kwan ko cover line kan. Bila laki aku nampak ko pun cabut lari dengan 2 biji bateri sekali. Memang cepat betul keje ko kan!

Ko ingat laki aku nak biarkan. Aku tau perangai laki aku macam mana. Memang dia akan cari sampai dapat punya. Ko lari bukan naik motor, ko lari dengan kaki bawa 2 biji bateri yang berat hampir 10kg setiap satu. Memang bodahla kan ko tue. Rumah ko bukan jauh pun hanya seberang jalan je dari kawasan rumah aku.

Padan muka ko dapat penampar, penumbuk 2 3 das dengan laki aku dan sepak terajang. Sape suruh ko curi kan. Pastu bila laki aku tanya taknak ngaku kan? Memang bodohla ko! Kalo lori laki aku sendiri aku tak kisah sangat tapi tu lori company laki aku. Ko nak tanggung ke ganti rugi. Ko sedar tak yang laki aku ada 3 anak yang masih kecil? Memang layak ko dapat maki hamun dari aku semalam.

Kenapa ko nak merayu kat aku jangan hantar ko kat balai polis! Masa ko curi ko takda pikir plak ko buat jahat! Oh, mesti ko pikir ko tak kena tangkap kan. Bumi ni kecik je dik! Dengan laki aku ko boleh berbincang tapi dengan aku sorryla. Aku takdala panas baran mana tapi kalo dah ko buat tu menyusahkan family aku memang aku meradang. Laki aku pun diam k.

Ko punya abang pun lebih kurang je perangai dengan ko. Mungkin family ko orang senang kot. Tula abang ko sampai2 je pukul ko terus cakap berapa rugi meh aku bayar. Tak payah nak besarkan perkara nie!!!
Hello bro! adik ko dah buat salah ko kata tak payah nak besarkan hal ni. Aku tak harap duit ko tu, ni kami kira ok tau tak tak bawa adik ko gi balai.

Aku masih tak puas hati k. Abang ko mintak maaf terus blah je semalam. Takda plak nak tolong pasang balik ke, bayar ganti rugi ke(tadi cakap macam banyak duit). Laki aku boleh gi rumah ko mintak tapi satgi mati terkejut plak bapak ko yang tengah uzur tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah kejadian malam tadi. kul 12 malam. Memang laki umi dan umi sekali meradang. Laki umi baru je balik dari kelantan & peneng hantar barang. Rehat pun tak sempat dah budak ni buat hal k. Memang umi meradang.

Rabu

6X lebih cepat mencari dengan Opera Mini... Nak Tau Klil===>

6X lebih cepat mencari dengan Opera Mini... Nak Tau Klil===>

Si Kembar Yang Dah Bulat...

Kakak Suka adik terkejut kena tumbuk dgn kakak..


Si Kembar yang di tonggeng langgang oleh mamanye.
 Ini gambar atiqah & aqilah yang terbaru. Dah berusia 3 bulan 4 hari dah hari nikan. Cepat je masa berlalu. Badan dorang pun dah makin bam-bam.
Semalam dorang gi cucuk 3 bulan. Alhamdulillah tak demam. Dan tak meragam macam cucuk 2 bulan hari tu. Sampai pagi mama tak tido.
Berat dorang 4kg sorang. Dah ok la bagi umi. Lagipun dorang lahir pun kecik je kan. Bulan depan datang timbang je coz berat masa lahir kecik jadi datang untuk pantau berat je.