Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Pengalaman Bersalin Part 2

4 March 2011


6 pagi :

Umi sudah dikejutkan oleh nurse supaya membersihakan diri dan meukar pakaian dari warna pink ke warna putih. Masa ni ntahla umi nak cakap mcam mana perasaan umi. Takut pun ada gembira pun ada. Macam tak percaya baby twin akan keluar hari ni. Pas siap bersihkan diri dating nurse pasang air di tangan. Pastu tak bergerakla umi.



8 pagi :

Aduh azab umi rasa. Baby twin makin aktif dalam perut mintak makanan. Kalo boleh nak je curi makan tau. Tapi takut plak umi. Gosok perut suruh sambil bebrbual dengan twin suruh sabar lepas ni mama bagi minum susu fresh dari mama.



9 pagi :

Orang pertama sepatutnye masuk bilik bedah terpaksa tunda menjadi no 2. Maka umi jadi no 3 la kan. Ini kerana orang yang no 4 sepatutnye di bedah terpaksa di bedah segera kerana dia telah bleeding, dan dah ada contraction. Kebanyakkan yang kena bedah tarikh sama dengan umi semuanya yang penah bersalin ceaser 2 kali. Dorang semua terus ikat peranakan. Umi adalah orang paling muda yang nak kena ceaser hari ni.



11 pagi :



Dah tak tahan rasanye menanggung kelaparan. Nak bagi hilang rasa lapar sembang dengan kakak sebelah katil yang dah ada baby. Masa ni no 2 dah masuk bilik bedah. Tunggu masa je umi nak masuk. Kakak tu semua tanya kenapa umi bersalin ceaser, umi Cuma cakap baby songsang je. Tak bagi tahupun yang dalam perut ni kembar.



11.20 pagi :



Umi di minta naik katil untuk di tolak ke bilik bedah. Masa ni kan memang umi dah takut sangat. Jantung umi berdengup laju. Hanya tuhan yang tahu. Umi di beri minum air masam. Tak tahu apa tujuannye. Memamng nak termuntah pas minum tapi telan je.



11.30 pagi :



Umi dah terbaring di atas katil bedah dengan tangan terdampar macam lembu nak di siat kulit. Sejuk sangat tau dalam bilik tue. Mata umi melilau tengok kiri kanan. Betapa ramainye orang dalam tue. Tempat letak baby pun ada 2 coz twinkan. Datang sorang doc suruh umi duduk sambil peluk bantal. Maka operasi menyucuk ubat bius pun bermula. Mak ai memang sakit k masa jarum di cucuk. Menggigit bantal umi menahan sakit. Lepas siap cucuk maka umi mula rasa yang badan umi dah hilang separuh. Waktu doc nak masukkan wayar kencing tue memang umi boleh Nampak coz umi tengok ikut cermin lampu atas kepala. Tapi masa operasi bedah umi dah tak Nampak. Coz dorang dah angkat tinggi kain tue.



12.03 tengah hari :



Doktor di hujung kepala menyebut “ 12.03 minit, baby pink”. Terus dengar tangisan bayi. Bergenang air mata ni bila mendengar suara anak yang di kandung selama 37 minggu selamat keluar. Dalam hati masih tertanya2 apakah yang di maksudkan pink tue.



12.04 tengah hari :



Sekali lagi doc tue cakap “ 12.04 minit baby pink”. Kali ni mengalir laju air mata umi bila mendengar tangisan twin yang kedua. Alhamdulillah dah selesai semuanye. Tunggu masa menjahit plak yang lambat. Akhirnye persoalan yang umi dok piker dari tadi terjawab. Pink membawa maksud baby “ Girl”. Benar lah tekaan doc yang scan hari tue. Lengkap sudah cahaya mataku. Dalam 10 minit lepas baby di bersihkan, dating nurse bawa baby tunjuk kat umi dan menunjukkan “ apam “ anakku. Tapi anakku tak dapat balik ke wad bersama diriku, coz berat nye terlalu ringan. Twin terpaksa di pantau dahulu walaupun lahir cukup bulan. Erm sedih tak dapat nak breasfeeding baby selapas bersalin.

Inila kisah bersalin umi. Terlalu pantas prosesnye. Tidak perlu meneran nak keluarkan baby. Beza hanya 1 minit sorang. Hanya proses menjahit luka dan proses nak bawa kembali ke wad yang menjadi lama.
 
 

1 ulasan:

MyHeartMySoul's Diary berkata...

terkenang saat sy melahirkan 2nd bby melalui pembedahan dan ank terpaksa duk di NICU selam 17 hari sbb prematured... tp awk lg best sbb dpt twin.. sy sorg jer.. sbb yg twin dh gugur masa kandungan 14minggu..