Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Macam Mana Ubati Benda Ni

Ini adalah salah satu punca lagi kenapa umi membotakkan kepala anak kembar umi. Ada tak anak kawan - kawan pernah kena???
Umi dah letak ubat yang diberi oleh klinik, tapi hilang sekejap pastu jadi balik. Yang paling teruk kena adalah adik(aqilah). Nasib baik bila mandi di tidak menangis kepedihan.
Semalam makin banyak naik. Siap kat pipi okey. Meragam adik barangkali tidak selesa.
Biji-biji dah nak mula naik kat kepala. Oleh kerana kerisauan hati seorang ibu itu kuat, umi bawa kembar gi klinik swasta. Doctor cakap kena makan di air takpun kesan susu tumpah dan tak lap.
Erm bab susu tumpah ni yang umi risau. Pengasuh bagi susu tanpa di pegang ke botol tue.
Dah tanya dia cakap takda. Takpela kalo takda tapi janganla plak buat lepas ni.
Gi klinik semalam, 2 orang nak 100 habis. Sorang 3 jenis ubat dapat. Shapoo, krim siang dan krim malam.
Harap lepas ni sembuhla sayang..


Ini merah bawah leher aqilah. Hampir seluruh bawah leher dia merah.

Ini belakang telinga aqilah. Kedua-dua dia berair dan merah.

Ini gambar pipi aqilah. Nampak tak biji-biji kat pipi dia. Kat kepala tak nampak la plak dalam gambar ni.



6 ulasan:

~: nisa :~ berkata...

anak saya aqeel pernah terkena mcm ni dimana sekitar lipatan merah dan berair..
saya letakkan tepung kanji kat tempat2 berair dan merah tu.. Alhamdulillah lama2 kering... mungkin boleh cuba... petua ni saya dapat dari mak kat kampung dan juga dari pengalaman sepupu..

tepung kanji ni dpt mengeringkan tempat berair dan mengurangkan geseran kat celah lipatan tu...

aLyNnZ berkata...

anak alynn danish pernah kena juga kemerah merah macam melecet di sekitar leher. kebiasaan perkara nie terjadi apabila anak berbadan semangat dan lehernyer berlipat2..

alin letak krim ygdiberikan doktor jgn letak bedak..sebab biler baby berpeluh bedak akan bergumpal..pd bedak juga terdapat chemical..

amieroziana berkata...

try pergi sensei beli ubat dia tulis kurap susu...anas memang tahan dengan ubat tu jer...mebi kat rumah babysitter lepas mandi tu dia tak lap kering2...kesian twins

nur berkata...

biasanya menda ni terjadi sbb tak lap sampai betul2 kering lepas mandi... bakteria mudah merebak bila kawasan lembap... setengah baby, letak kanji pun dah boleh baik. mcm anak akak, bila letak ubat klinik, lagi parah jadinya... kanji juga yg menyelamatkan keadaan

Yuyu berkata...

salam, saya terjumpa blog ni while saya sdg browsing psl leher bayi yg melecet..n suddently jumpe your blog, dari pic your baby ni mmg sebiji mcm anak i sekarang..bdn mmg semangat..so leher selalu merah2 n naik ruam2 ni..pegi klinik doctor bagi cream hydrocortisone, bile pakai terus kulit anak bertukar jadi putih dah jadi cam panau2..bedak sensei penah letak sebelum tu tapi jadi lagi teruk..lagi merah n berbiji2 naik mcm peta bengkak die..nak tanye camne mama ubati penyakit anak mama ni dulu ye? kalo boleh share..tq ;)

world of breastfeeding berkata...

salam."cream hydrocortisone" tu tinggi steroid.Bila ubat ade tinggi kandungan steroid mmg cepat sembuh..tp sangat tajam utk kulit baby yang nipis.Jangan pakai kerap sangat,nnt end up jadi putih2 kulit tu.macam kulit lepas sembuh dari kene mende panas.