Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Khamis

Dugaan Pertama Dalam Pantang...(bengkak susu)

Lepas keluar dr bilik operation umi di hantar ke wad.
Di sini umi sedih sangat.
Coz umi tak dapat lagi menyusui Atiqah & Aqilah.
Atiqah & Aqilah di masukkan dalam inkubator coz nak pantau berat dorang.
Aqilah paling lama duduk dalam inkubator.
Masuk je dalam wad umi suruh suami pasangkan wayar S3 untuk umi mengepam susu untuk diberi kepada nurse.

Masa ni susu dah keluar tapi tak banyak.
Dalam 3oz je sekali pum.
Tapi nurse cakap itu dah mencukupi.
Umi mengepam 2 jam sekali.
Tpai dalam hati sedih melihat ibu2 lain dapat menyusui baby tapi umi bagi susu melalui cawan.
Selama 3 hari dalam wad itulah cara umi bagi susu kepada twin.

Hari ketiga umi dah balik rumah dalam kul 4 petang.
Sampai rumah dalam kul 4.30petang,.
ok masa ni breast umi dah mula membengkak.
Dah mula terasa sakit.
Melayan kawan-kawan datang melawat dalam kesakitan.
Tapi tak ketara.
Bila dah malam twin sedang tido umi pum susu tapi darah yang memancut keluar.

Ya Allah betapa sakitnye hanya Tuhan yang tahu.
Pum lagi, keluar darah. Tunggu 5 minit pum keluar darah juga.
Air mata tak payah cakapla.
Memag laju je keluar.

Malam tu, bila twin menangis kelaparan lagi menitis air mata.
Susu tak nak keluar sangat.
Macam minitik je.
Twin menangis kelaparan sampai tertido.
Umi tido menahan sakit dan sedih.
Pum lagi nak simpan dalam botol tapi darah still keluar.
Masa ni umi takda pilihan.
Kesian tengok anak nangis pagi-pagi lapar tapi apakan daya umi terpaksa bagi susu tepung dulu.
Dalam hati terpaksa merelakan.
 
Sayang maafkan mama.
Perkara ni berlarutan selama 5 hari.
Datang bidan nak urut pun tak berani coz terlalu bengkak.
Nurse datang melawat suruh perah jugak takut nanti makin bengkak dan susu basi katanye.
Malam tue bertawakal pada Allah.
Gagahkan diri & kuatkan hati perah juga susu menggunakan S3.
Ya Allah sakitnye, menjerit kecil umi menahan sakit.
Keluar darah dalam 1oz lebih barula susu keluar.
Alhamdulillah akhirnye keluar jugak susu setelah puting ku tersumbat selama 5 hari.
Sebelah breast umi pum dapat separuh botol panjang.
Memang meriah susu yang keluar.
Umi stop baby minum susu tepung and bagi susu ibu fresh.
Sorang minum direct sorang minum dalam botol.
Berita ini umi kongsikan dengan kak mieja.
Ty kak mieja atas banyak kata2 semangat yang di beri.


5 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

darling, ambik tag akak tau.....:)

http://memorisusuanku.blogspot.com/

Amiizaa2001 berkata...

akak tag awak, sebab awak ada cerita menarik yg patut dishare :):)

Eida elHakim berkata...

keluar darah.. sakitnya..pengalaman bengkak susu.. haa.. sakit dia memang tak dpt nak gambarkan .. dah rasa masa twin elly & Emmy.. tapi tak der sampai keluar darah cam mama ni..

MaMa_AdHa berkata...

kak ieda: a.ah memang keluar drh. memang tak tergambar betapa sakitnye. seronok tgk kawan-kawan tak bengkak susu mcm umi. nantikan N3 pasal niple yang luka teruk...

mama shifa berkata...

fuh kuat betul dugaan umi
alhamdullillah sy xde semua tu