Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Dugaan Ketiga Dalam Pantang...(My Twin Warded)

Ini gambar atiqah dalam ambulance.
Masa ni menitis air mata umi.
Atiqah tak nangis, tak minum susu.
Badan dia memang takda energy.
Atiqah mengalami kesukaran nafas kerana mengalami selsema.
Puas sedut nab, puas sedut kahak tapi tak juga hilang jadi atiqah di transfer ke hospital Taiping.
Oleh kerana umi maih dalam pantang, aqilah masa ni kena demam juga turut di masukkan hospital Taiping.
Hasil keputusan X-ray aqilah & atiqah telah terkena jangkitan pada paru-paru.
Paling teruk adalah atiqah.

Sampai hospital taiping atiqah dan aqilah terus di letak wad berasingan.
Tidak boleh bercampur dengan orang.
Aqilah hanya dibekalkan oksigen dan masuk jarum ditangan untuk masuk ubat antibiotik yang perlu dihabiskan selama 5 hari.
Tapi Atiqah badan penuh wayar.
Tiap-tiap jam atau mengalami kesukaran nak nafas perlu di sedut kahaknye.
Ya Allah betapa runtuhnye hati ibu bila mendengar tangisan anaknye tiap-tiap kali sedutan kahak di buat.
Nak di bawa lari je anak.
First time buat sedut dorang tak bagi umi tengok.
Tapi kali k2dua dan setrusnye depan umi dorang buat.
Sampai menitis air mata.
Tapi apakan daya tak buat anakku tak sembuh.
Bagi nab tak berkesan.
Kahaknye terlalu pekat.
(Atiqah sebelum badan di penuhi wayar.)

Aqilah hanya 2 hari je wayar oksigen dia pakai.
Atiqah 4 hari juga wayar penuh di badan.
4 hari juga dia asyik kena sedut kahak.
Masuk hari kelima keishatan atiqah beransur sihat.
Wayar mula di buang.
Cuma tinggal jarum untuk mesuk ubat antibiotik.
Alhamdulillah.
Perkembangan anakku banyak umi kongsikan bersama Kak Mieja.
Terima kasih kak.
Atas doa kawan-kawan anakku beransur pulih.
Cuma lepas ni kena berhati-hati dah.
Jangan dekat sangat dengan orang yang kena selsema.
Umi takut jadi macam ni lagi.

*** Masa di hospital berita paling sedih umi terima. Memang umi dah tak mampu nak kumpul balik.

5 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

siannyaa tgk......alhamdullilah dah semakin membesar twins ummi:)

alyyani berkata...

umi, baru baca semua story. ya Allah, disebalik 2 bulan berpantang tu mcm2 kisah dan dugaan ye. kuatkan semangat ye umi. umi dah dpt anak2 yg comel. mereka kekuatan umi. betul tu, kalau nak bgorg pegang anak kita kena tgk2. bukan la kata kedekut, tp end up yg susah kita. tmbh kembar kecik sgt la. senang terdedah dgn macam2. apa pun, alya doakan adha, aqilah & atiqah sihat2 je ye. selalu tgk, parents yg dpt baby kembar ni comel jek. :D take care! :)

mama shifa berkata...

sedihnya baca...
kene tgk anak sedut kahak mcm dada ditusuk pisau walau shifa tak pernah tp sy tau mcm mana punya perihnya. tabahkan diri umi, walau apa paed buat semua tuk kebaikan

hanafi berkata...

sian tgk... smoga tak berlaku lagi.. anak saya takde la teruk sgt..

Diamilikku berkata...

ya allah..beratnya ujianMu...syukurlah semua dah ok..semoga twins terus membesar dengan sihat dan sempurna. amin