Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Dugaan Dalam Pantang (Niple cracked)

Ingat lepas masalah bengkak susu masalah takkan timbul.
Rupanye tidak.
Akibat dari bengkak susu dan umi memaksa diri jugak untuk mengeluarkan susu niple umi telah mengalami luka yang agak teruk.

Tak tahu nak gambarkan macam mana keadaan niple umi.
Macam terbelah pun ada.
Sampaikan tiap kali pum susu mesti keluar darah dulu dari tempat luka.
Sayang tau sebab keluar bersama susu.
Ada dalam 1 oz lebih baru keluar susu.
Tapi kadang-kadang dah dapat dalam 3oz tiba-tiba keluar darah balik.
Tak sempat nak tarik corong darah dah masuk dalam susu.
Ya Allah sayang sangat-sangat susu terpaksa di buang.
Menangis umi sesndirian.
Dah la payah nak dpat susu, niple pulak sakit pastu tercampur plak dengan darah.
Bayangkan la sebelah breast saje umi perah boleh dapat 4 oz.

Bila niple umi luka teruk, nak susukan baby pun sakit.
Orang cakap langit anak masa kecil kan kasar.
Bertambah perit umi rasa bila di suck niple umi.
Ya Allah.
Kadang-kadang sampai keluar darah.
Mak umi tengok pun kesian.

Masalah ini adukan pada kak mieja.
Alhamdulillah kak mieja tolong belikan cream dan hantarkan pada umi.
TY kak mieja.
Cream tula yang membaikkan niple umi.



2 ulasan:

Isteri @ Ibu Cute berkata...

Kesiannya...nasib baik kita tak bengkak susu..

ellisya berkata...

krim ape yg akak guna tu ek?
sy pon takot gak kalu2 jadi camni nnt..yela..kite tak taw lagi camne kan..if akak dpt share nk beli siap2 la..hehe..tq..