Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Aku Harus Kuat....

Ya Allah,
Engkau kuatkan lah semangatku,
Engkau berikanlah kesihatan yang baik kepadaku.
Untuk aku menjaga anak-anakku.

Semalam adalah hari yang harus aku kuat.
Anak kembarku telah menagalami demam akibat dari suntikan umur 2 bulan.
Penatnye tidak tergambar.
Umi sorang menghandle kerenah twin yang meragam dari malam sampai ke pagi.
Tak tido dibuatnye.
Atiqah bangun aqilah tido.
Japgi Aqilah bangun Atiqah plak tido.
Tapi yang paling penat bila kedua-dua nangis serentak.
Nak mintak didukung.
Bila dukung dah tido, letak bawah nangis.
Aduh sayang.
Mama mati akal dibuatnye.
Sampai mama tertido sambil mendukung kalian berdua.
Tapi harus kalian tahu.
Sepenat mana pun mama menjaga kalian mama tetap bersabar dengan kerenah kamu.
Kamu adalah anak ibu.
Biarla ibu penat, letih atau pun sakit.
Tapi janganlah kamu berdua yang sakit.
Mama tak sanggup lagi melihat tubuh badan kalian berdua dicucuk jarum berkali-kali.
Mama tak nak tengok lagi tubuh kalian berdua penuh dangan wayar.
Mama mahu kalian berdua sihat.


Wajah aqilah yang lena setelah minum susu fresh dari mama.

Atiqah yang lena di buai mimpi.

Alhamdulillah malam tadi dorang tido lena.
Mungkin sakit tempat cucuk kot.
Coz misi yang cucuk tu kasar sangat.
Takdan umi nak ready dia dah cucuk.
Kesian anak mama.


*** Akibat dari kejadian tue, mama terus mc. Pening kepala teramat sangat.

1 ulasan:

mama shifa berkata...

tabahnya umi,
sy anak sorg jer yg demam dah berungut-rungut dgn suami sebab dia takmo bgn
ya Allah nak balik mintak ampun kat suami