Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Al-Fatihah

Bonda Sultan Selangor Mangkat


PETALING JAYA: Bonda Sultan Selangor, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat di Hospital Ampang Puteri dekat sini pukul 9 pagi tadi.
Jenazah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang sebelum disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.



*** Sumber dari mstar online.

Nama Je Baru Tapi Sistem Hampeh!!!

Alkisah ok, masa checkup si kembar 2 bulan hari tu aku dah tanya dan mintak ubat pil peranacang ni.Tapi dia cakap tunggu first period ok baru datang.Cakap dengan muka tak pandang muka aku langsung.Aku tau muka aku takdala cantik sangat tapi cakap tu biarla elok sikit.

Hari ni aku gi klinik kerajaan tu balik coz nak gi ambik ubatlakan.Tak makan kang takut lekat pulak.Rancang sendiri tak menjadi.

Kul 8.30pagi umi dah sampai kat klinik ni.Baru je bukak, klinik pesakit luar pun belum operasi lagi.Dapat no1046.Tunggu dalam 20 minit dai panggil timbang dan check tinggi.Dalam 10 minit panggil untuk check BP dan soalan untuk direkod dalam buku.Dekat part ni umi dah tanya k jenis-jenis perancang yang disediakan oleh klinik goverment.Dia citerla satu-satu.Dan aku decide nak ambik pil.Pastu aku cakapla yang aku tak fully BF boleh ambik tak pil.Nurse tu cakap boleh.

Lepas je sembang, umi di suruh check darah dan air kencing.Hu macam mengandung plak k.Pas semua setle tunggu time nak masuk jumpa docktor.Time ni la yang umi geram.Boleh plak doc tu cakap umi tak boleh ambik pil yang untuk menyusu baby coz umi tak BF fully.Dia cakap kalo nak makan pil jugak dia nak bagi yang menyebabkan susu kering terus.Geram wei!!!Dia siap bagi slip ubat suruh beli kat farmasi kalo nak jugak ubat tue.Dengan geram dalam hati, umi cakapla kalo macam ni awal-awal lagi saya gi beli kat klinik panel saya.Ingatkan dah ada kemudahan yang boleh dapat free tak gadohla nak bazir duit.Umi ambik kad terus umi keluar k dari bilik doktor tu.Penat je aku tunggu dari kul 8.30 pagi sampai 10.30 tapi apa pun tak dapat.

Apa salahnye nurse yang ambik rekod tu bagi tahu awal2 yang ibu tak fully BF tak boleh ambik ubat tu kat sini. Ini tak nak jugak biarkan pesakit menunggu macam apa dalam tu. Last-last sakit hati yang dapat k.
Klinik je baru tapi sitem tak baru pun. Tandas pun bau hancing tak bercuci. Tak tahula macam mana nak bawa si kembar minggu depan. Hari tue pun berjam-jam nak siap.

Last ok, bukan aku berniat tak nak Fully Bf tapi aku tak mampu. Aku dah cuba k!!! Tapi dah setakat itu je rezeki anak aku untuk fully Bf. Cuma sekarang dia still minum susu ibu cuma dah campur je.



Isnin

Bedung Bayi...


Bedung???

Kali ni umi nak cite sikit tentang membedung bayi k.Dulu anak pertama asyik menangis je bila kena bedung.Tapi alhamdulillah dia tak mudah trekejut dengan bunyi-bunyi bising ni.

Tapi berlainan plak dengan si kembar.

Kembar kalo nak bagi tido lama bedungla dia.Confirm k akan tido.Bagi susu lena la dia.

Salah satu punca umi membedung si kembar ni:
  • Masa baby kembar ni pakai baju dengan pampers je. coz baje pun dah macam jubah. Sarung tgn dan kaki pun tak pakai sebab cepat tercabut. Almaklumla kecik sangat.
  • Dah tak paki seluar /sarung kaki & tangan maka kenala bedung selalu. kalo tak kesejukkan kembar umi.
  • Bila dah bedung kembar ni tido lebih lama sikit. Jarang terkejut dengan bunyi bising.
Tapikan kadang-kadang tangan dorang keluar macam anak pkok baru tumbuh. Sikit-sikit dia tarik bawa keluar. Pakai baju waktu bedung tangan bukan keluar sekali baju tau tangan dorang ni keluar ikut bahu baju.

Ni gambar terbaru. Still lagi berbedung. Kalo agak dorang payah sangat nak bedung balut je bagi kemas. Dah siap bagi susu tidola dorang.

Bila Mama Giler Melilit


Sejak dah ada anak nikan semuanye nak cepat siap aje.
Bila pakai baju nak gi jalan ke atau keje nak je pakai baju yang tak gaduh nak iron.
Pakai saruk je kan senang.
Kalo tudung pun sama.
Sekarang koleksi selendang/ Shawl umi dah banyak.
Bukan apa tudung ni umi rasa paling senang.
Tak payah nak seterika, ambik lilit je atas kepala.
Taruk pin je pastu sudah.






Ini gambar fresh hari ni punya.
Tak cantik mana pun.
Janji lilit.

Ni semalam punya gambar.
Masa gathering geng kembar.

Ha ni masa ngandungkan twin 35 minggu.
Memang sememh je, tak makeup langsung.
Lilit pun ala kadar je.

Oh Bestnye... Perjumpaan Geng Kembar...




Mestila gambar tuan rumah dulukan..
Semalam memang best k dapat jumpa geng - geng kembar.
Masa dorang wat perjumpaan kat putrajaya sedih tau tak dapat nak join.
Kan dalam pantang.
Kali ni siap cakap kat suami nak jugak pegi.
lagipun dah dekat sangat dengan rumah.

Oleh kerana semalam first time bawa keluar twin tempat ramai orang.
Twin umi meragam sikit.
Mungkin panas kot.
Mungkin mengantuk.
Tapi biasala kan baby mesti ada time baik dia baik, time meragam huru-hara jadinye..







 Sape tak kenal kembar 3 yang popular ni..
auni-auni yang comel.
Tak kenal umi mana satu adik, dan kakak.

Meh nak citer k,
nama anak umi kan Auni jugak depan kan.
Umi terlintas nak letak nama auni ni bila baca blog kembar nila.
Tertarik dengan kecomelan dorang langsung terpikat pada nama.
Nasib baik tak kembar 3 jugak kan..
Hahahah.




Inilah keluarga kembar kak nora.
Kembar sepasang...





Ini plak kembar kak fatma.
Geram tau tengok girl2 yang comel lagi bam-bam.
Tak sempat nak ambik dukung triplet nie.


Ha ni plak kembar hero kak ct.
Bam-bam jugak.
Kalo umi tak larat kot nak dukung.
Senyap je tau anak kak ct ni masa event ni berlangsung.
Good Boy..




Last sekali gambar beramai-ramai.
Time ni aqilah dah menangis nak tido.
Atiqah dah tido dalam dakapan umi.

Semua gambar ni umi ambik dalam blog AMRAFAHAN

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Keysha Contest (aku & tudung)


Nak tau syarat-syaratnye klik


Nama : Ummi

Paling suka pakai selendang / Shawl.
Senang je. Tak payah nak iron pagi-pagi, lilit je dah siap.


Nak tag:

Miera
Mama Elly
Kak Mieja


Jumaat

Nak Mintak Pendapat Boleh???

Perlu tak umi mengambil adha dekat kampung?
Adha masih kat kampung kerana ibu umi tidak bagi lagi bawa pulang.
Ibu takut umi tak terjaga memandangkan kembar masih kecil dan suami selalu tiada di rumah?


Tapi umi nak sangat dia ada disini. Biar dia selalu cium adiknye macam ni.
Tapi tak boleh selalula. Coz kadang-kadang dia pukul adik-adiknye.
Umi ingat nak berhenti keje. Dok rumah jaga anak-anak.
Daripada keje duit habis bayar kat orang kan.
Kalo umi ambik adha hantar pengasuh dengan kembar 650 tentu dah habis.
Belum susu, lampin dan coz ubat-ubatan.
Dengan gaji umi dan suami yang tak seberapa tinggi, umi rasa jaga anak sendiri lagi baik.
Tapi

Khamis

1st Contest From Mummy Kesya " Sedondon"


Nak tau syarat-syaratnye Klik:



Jadi gambar mama pertaruhkan adalah:




Kami (staff) bersedondon memakai baju kebaya merah.
Masa ni mama baru pregnant kembar 1 bulan..

Mama Nak Tag:


Kak Mieja
Mama Isha
Mama Cyrus

Giveway Who's The Winner


Ha semestinye pasukan kegilaan suamiku, tempat lahir suamiku dan aku.

KELANTAN

Berapa jaringan yek???

3-0 jadila...

nak tahu syarat-syaratnye klik

Lampin Pakai Buang: Elok yang Mahal @ Yang Murah








Jenama lampin pakai buang kat atas ni paling popular yang digunakan.
Paling mahal tak silap umi jenama Huggies Rm 40++
Bayangkan anak ramai dan masih kecil yang memerlukan pakai lagi lampin pakai buag ni.
Berapa banyak bajet yang perlu kena keluar buat beli lampin pakai buang???
Kadang- kadang rasa rugikan. Yeala dah pakai pastu buang.
Kalo murah takpe jugak???



Kalo nak jimat yang nila.
Lampin kain kat atas tue murah je.
Dalam rm 20 boleh dapat 1o helai.
Siap boleh basuh dan pakai balik.
Lampin kain moden ni pun sama tapi perlu la keluar modal banyakkan.
Tapi berbaloi.


Alhamdulillah, anak-anak umi dalam hal ni ida tak cerewet.
Tak kisahla murah atau mahal. Tapi selalunye yang murahla.
Macam umi, umi beli jenama sealer bagi anak-anak pakai.
Beli yang timbang.
Takpun keping. 120 keping baru 30 ringgit.

Ada orang cakap, pemilihin lampin pakai buang ni berdasarkan kesesuaian dengan kulit anak?
Tapi umi tak.
Sebab mak umi cakap " jangan dibiarkan penuh sangat tue la dapat radangan kulit".
Umi rasa betul. Umi pakai yang murah umi kerap tukar, agak dalam 4 jam sekali umi tukar.
Alhamdulillah takda radangan kulit.

Tapi kalo dah ibu bapa mampu membeli lampin yang mahal tak salahkan nak anak mereka pakai yang mahal. Tepulang pada kemampuan sendiri.

" Dari Besar 2 Jari..."


Ingat lagi dulu-dulu, mak rajin bercakap kan " mak jaga korang dari tapak kaki sebesar 2 jari hinggalah sekarang dah mcam kaki gajah". Hebat kan betapa besar pengorbanan seorang ibu.
Dari berat >2kg sampaila berat yang kite capai sekarang.





(Tapak Kaki Mulus Milik Aqilah)

(Tapak Kaki Mulus Milik Atiqah)

Selasa

Fesyan Tido Si Kembar

Fesyen tido mengahadap satu sama lain.
Ini tak boleh diamalkan yea. Coz kalo tak dibedung akan bangun punya dorang ni.
Yeala adik usik kakak, kaka usik adik. last-last dua2 bangun.

Ini tido lentok.
Ini fesyen tido yang selalu berlaku kalo tak dibedung.
Lentik habis badan. Macam huruf "C" dah. Gambar belakang tu adik dan yang depan dah tentu la kakak kan.

Ini atiqah.
Sekarang bouncer ni dah tak berani umi guna. Kembar ni tido berpusing-pusing k kalo tak dibedung.
Letak kepala kat atas japgi jadi macam nila. Nasib baik ada lekuk kat boucer tue kalo tak gedebuk jatuh bawah.
Ini aqilah.
Ini tido fesyen mengiring.
Ini adalah cara kedua nak bagi dorang tido lama selepas bedung.

*** perasan tak barut dorang semua pas kat atas. huhu. barut ada yang besar dan kecik. kalo pakai yang kecik jadi macam tu la...

Macam Mana Ubati Benda Ni

Ini adalah salah satu punca lagi kenapa umi membotakkan kepala anak kembar umi. Ada tak anak kawan - kawan pernah kena???
Umi dah letak ubat yang diberi oleh klinik, tapi hilang sekejap pastu jadi balik. Yang paling teruk kena adalah adik(aqilah). Nasib baik bila mandi di tidak menangis kepedihan.
Semalam makin banyak naik. Siap kat pipi okey. Meragam adik barangkali tidak selesa.
Biji-biji dah nak mula naik kat kepala. Oleh kerana kerisauan hati seorang ibu itu kuat, umi bawa kembar gi klinik swasta. Doctor cakap kena makan di air takpun kesan susu tumpah dan tak lap.
Erm bab susu tumpah ni yang umi risau. Pengasuh bagi susu tanpa di pegang ke botol tue.
Dah tanya dia cakap takda. Takpela kalo takda tapi janganla plak buat lepas ni.
Gi klinik semalam, 2 orang nak 100 habis. Sorang 3 jenis ubat dapat. Shapoo, krim siang dan krim malam.
Harap lepas ni sembuhla sayang..


Ini merah bawah leher aqilah. Hampir seluruh bawah leher dia merah.

Ini belakang telinga aqilah. Kedua-dua dia berair dan merah.

Ini gambar pipi aqilah. Nampak tak biji-biji kat pipi dia. Kat kepala tak nampak la plak dalam gambar ni.



Isnin

Anakku Cute With Romper & Tight Contest

Penaja Contest:


Tarikh Tamat:

 4 Jun 2011


Nama Anak : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Umur Anak : 1 Tahun 5 Bulan

Umi Tag :



Orang Nak Pakai Kite Pun Nak...



Teringin tengok orang pakai tudung lilit-lilit ni.
Bukan apa, bagi umi yang sekarang semua keje nak kena cepat.
Senang tau pakai tudung ni.
Tak payah nak kena iron.
Saruk pastu lilit dah siap.
Tapi kurang kemas la.
Tak nampak cantik.
Tula suami umi cakap orang nak pakai awak pun nak pakai.
Dah tak kemas mulut bising.
Hahahaha.








Inila gambar yang di tangkap pagi tadi.
Puas belek depan cermin.
Nak je bukak tapi hari dah nak hujan terus jela pakai.