Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Jalan-Jalan Bersama Adik-Adikku...

Bila adha takda rumah rasa sunyi.
Bosan sangat-sangat dok rumah.
Last-last malam tue ajak suami bawa adik umi, sepupu dan kawan adik yang duduk kat rumah umi sekarang ni gi I-City.
Dah lama rancang nak bawa dorang nie, tapi masa tak mengizinkan coz dorang ni keje lain shift(part time tesco).
Dah semua ada malam selasa hari tue bawa la dorang gi jalan-jalan kat sana.

Dah lama umi tak gi I-City tue. Walaupun dekat je dengan rumah.
Dulu pergi, free je. Parking tak kena bayar masuk pun tak kena.
Sekarang ni parking dah kena bayar tau RM 10.
Nak masuk setengah tempat pun kena bayar.
Tambah lagi tempat salji tiruan tue.

Jadi jom je la layan gambar mak buyung bersama adik-adiknye berjalan di I-City...

Mak Buyung yang kepenatan berjalan dari tempat parking nak turun ke bawah.
Nasib baik tak terberanak kat I-City.


3 sahabat.
Yang baju kotak-kotak tuela adik umi.
Baju belang tue anak mak cik umi aka sepupu umi.
yang baju merah bercermin mata tue kawan kepada adik umi.
Sekarang ni dorangla pembuat bising dalam rumah umi.
Hilang rasa bosan kalo dorang ada.


Gambar zirafah ni tangkap dari luar je..
Ingat nak tangkap dekat.
Tapi tengok-tengok nak masuk kena bayar Rm 2.
Murah memang murah tapi kalo dah 5 orang tak 10ringgit.
Boleh beli air duit tuekan...
Kalo ada adha mungkin masuk juga.

Harusla adakan gambar kakak dengan adik.
Nila satu-satunye adik umi dan lelaki dalam keluarga umi.
Gambar dengan suami takda coz suami tak nak bergambar.


Gambar masa dah nak jalan balik parking dan singgah main permainan kat situ.
Sungguh umi cakap, makanan kat I-City memang mahal yea.
Kalo bawa ramai-ramai silala standby duit yang banyak.
Kami sampai rumah dalam kul 10.30malam.
Balik sembang-sembang, umi pun tumbang sampai pagi.
Zzzzzzzzzzzzzzzzz....

*** Bosan bila anak takda. Buat kerja semua tak kena...

Tiada ulasan: