Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Rabu

Normal Tak???

Buat pengetahuan kawan-kawan twin umi teramatla aktif yea.
Kalo tengok video yang umi rakam tue macam nak terkeluar je dari perut.
Seronok tau.
Minggu depan dah tak boleh nak rasa dah baby twin merenyut dalam perut.
Minggu depan dia nangis bila lapar, berak dan kencing je.
Mama plak yang tak cukup tido.
Huhuhu...



Tapikan kawan-kawan.















Hari ni kan baby twin no aktifla..
Tapi still gerak macam timbul-timbul je.
Bawah dada umi pun rasa sengkak semacam je.
Umi tahu kepala baby twin dua2 duduk berdekatan tulang rusuk.
Jadi bila twin mengeras memang terasa sengkak sangat2.
Hari ni baby twin kerap mengeras.
Dalam 2 minit hilang.
Perlu ke umi gi klinik atau hospital??
Coz doktor kata kalo dia kurang gerak kena gi hospital.
Atau perkara ni normal je???


*** Mcam tak pernah pregnantkan umi nie..



Dah 36 Minggu...


Dah cukup 9 bulan kandungan umi hari nie.
Tinggal 1 minggu lagi untuk tunggu kandungan cukup 37 minggu.
Lepas tue baby twin akan keluar.

Orang tua-tua cakap bila kandungan dah cukup bulan (36 minggu),
jangan jalan jauh dah.
Dok rumah kalo boleh.
Kalo nak jalan juga barang-barang baby dengan mummy mesti standby dalam kete.

Barang-barang baby dan mama alhamdulillah umi dah sedia awal-awal dalam kete.
Tak silap umi masa kandungan umi 32 minggu kot.
Coz pregnant twin ni ada risiko bersalin awal.
Jadi, kalo umi jalan mana-mana pun buatnye sakit barang semua dah ada dalam kete.

Dalam gambar di atas, beg unggu tue adalah beg barang baby yea.
Banyak sangat ke???
Cuma gambar pampers baby je takda dalam gambar tue.
Coz tak beli lagi. Hahaha.
Beg biru tue dah tentu la beg barang keperluan mama.
Kecik je bag mama coz kat hospital nanti baju kan pakai baju dorang.
Time balik baru pakai baju sendirikan.
Umi nak tanya kepada ibu yang breastfeeding baby(tegar) bag pum susu kena bawa sekali ke???
Umi dah confius nie.
Nak bawa ke tak...
Please bagi tahu umi kalo ada yang tahu...

1st Contest Si Manja Mandi

Nak tahu syarat lebih lanjut klik sini k...



Nama Anak : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad hasry
Umur anak : 1 Tahun 3 Bulan
Lokasi Mandi : Dalam besen kat kampung perak.
(Masa umur 3 bulan)
Tarikh Lahir : 26 November 2009

Mama Nak Tag :

Mama Nia & Adel
Kak Mieja

Cute Baby Style Contest


Nak tahu maklumat lanjut klik sini ok:



Nama Anak : Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry
Umur Anak : 1 Tahun 3 Bulan
D.O.B: 26 November 2011
Nama Mama : Ummi Kalthum Bt Mohd Nasir

Tak Sabar Nak Jumpa Ini Orang...


Yes!!!
Ini budak akan datang bersama mak umi minggu depan.
Seronoknye.
Mama sudah rindu sama kamu.
Tunggu ayah balik ambik yea sayang.
Mama tak boleh ikut sekali ambik kamu.
Coz makpah dah tak bagi.
Ayah akan balik ambik bile mama dah masuk wad.
Maknanye 3 haribulan pas settle urusan mama kat hospital ayah balik ambik kamu yea.
Mama rindu sangat-sangat kat anak mama.
Muahhhhhhhhhh....


Kedua-dua gambar ni di hantar malam tadi.
Adha berebut tong keropok dengan Iman anak kakak.
Adha kalah.
Huhuhu.
Tapi nangis kejap je.
Kalo Iman nangis macam di pukul sampai biru muka.
Tengok rambut adha.
Dah mula hitam kembali.


Selasa

Kenangan Terindah



Video yang akan menjadi kenangan terindah buat umi.
Masa pregnantkan adha pun umi ada rakam juga.
Tapi takdala sekuat ini gerakkan dia.
Kali ni pregnant twin bergegar rasanye perut bila twin bergerak sekali.

Perhatian To all My Freind

To all my freind.
Umi dah tukar nama blog dari " Welcome To My Blog" kepada

"Kisah Anak-Anakku & Kehidupanku"

Walaupun anak masih sorang setakat ni, umi saje letak perkataan anak-anakku.
Coz tak lama lagikan baby twin nak kuar.
Jadi umi pun tukarlah nama blog umi.
Nantikan N3 terbaru bila lepas umi bersalin nanti.
Insyallah...

Isnin

Tarikh Dah Dapat

Hari ni umi gi checkup di hospital Klang.
Mood bercampur takut masa gi situ tadi.
Yea la, dah nak cukup bulankan.
Takut kang gi, terus kena tahan wad.
Beg pun memang umi dah standby dalam kete.
Kalo doktor kata kena tahan bawa turun je beg tu.

Berbalik pada tajuk di atas, tarikh untuk di operation dah pun umi terima.
Nak tahu bila???










04 March 2011



Ada ke sape-sape anak lahir pada tarikh tue atau kawan-kawan lahir pada tarikh seperti di atas?
Itula tarikh yang doktor bagi coz baby twin umi mahu juga keluar ikut tingkap.
Twin tak nak pusing.
Relakan la perut mama berparut yea lepas ni.
4 haribulan tarikh untuk di operation.
3 haribulan adalah tarikh menyerah diri di hospital.
Kalo kesihatan mama ok pada 4 haribulan(takda demam, batuk dan selsema), perut mama akan di belah.
Kalo ada simptom kurang sihat tarikh akan di ubah.

Balik dari hospital, masuk office terusla isi borang cuti bersalin.

Office umi ambik cuti bersalin 60 hari yea kawan-kawan.
Bagi umi itu pun dah terlalu lama buat umi.
Macam mana la orang yang dapat cuti 90 hari ek??
Tak bosan ke???
Kalo ikut tarikh di atas, kalo 4 March umi bersalin, maka masuk keje balik pada 3 May 2011.
 Insyallah umi akan update blog melalui handphone je la masa kat kampung nanti.
Tapi kalo blog tak berupdate kawan-kawan boleh tengok kat facebook umi okey.
Ni nick name umi:
 Ummi Nasir
Umi masih dalam percubaan mengupdate blog menggunakan handphone.
Dah 2 3 kali try tapi masih tak berjaya.
Add umi yea kawan-kawan kat facebook.

Khamis

Contest Kids & Cartoons


Jom Join Ramai - Ramai.
Tarikh Tutup Adalah:
20.02.11

Nak tahu Syarat-Syaratnye Klik 

Gambar yang umi pertaruhkan adalah:

 Nama Anak : Muhammad Dzal Adha B. Muhammad Hasry
Umur : 1 Tahun ++
Tarikh Lahir : 26 November 2009
Carton Kegemaran dia adalah : Upin & Ipin


Rabu

Luka kedua dalam 1 tahun 3 bulan


Adha masa lahir telah dapat luka pertama pada badan.
Umi tak pasti bagaimana ia berlaku.
Mungkin masa ambil darah malam lepas kelahiran adha.
Lekat parut sampai sekarang di pergelangan tangan kiri(tak ingatla).
Memang umi tak perasan langsung bila benda tue berlaku.
Balik rumah dalam 5 hari tengak kulit adha mengelupas dan tinggal kesan.
Huhu, sedih...

Sejak dah boleh jalan nie, duduk kampung baru adha dapat luka yang kedua.
Perasan tak sebelah kiri dahi adha ada warna hitam?
Tula kesan kalo budak yang tak reti duduk diam.
Adha jatuh terhantuk sedikit di bucu simen rumah Nyangnye(aka opah umi).
Mak cakap berdarah sikit je tapi takdala dalam.
Macam calar je.
Nasib baik kamu lelaki adha, kalo perempuan kan dah hilang 1ribu.
Hahah berangan je umi ni.



35 minggu sudah.

Pejam celik pejam celik dah masuk 35 minggu sudah usia kandungan umi.
Minggu depan dah 36 minggu. 
Cepatnye masa berlalu, dah nak keluar dah baby twin umikan.
Muka mama dah bam-bam.
Berat dah naik melebihi ngandungkan adha.

Hari ni umi gi checkup di seksyen 7.
Appoinment kul 9 tapi gi kul 8.
Ramai giler orang kat klinik seksyen 7 hari ni.
Tak tahula kenapa.
Musim penyakit ke?
Hasil pemeriksaan umi pagi tadi adalah seperti berikut:

  • Berat mama : 61.8kg (hamilkan adha berat last adalah 58kg di usia 37minggu kehamilan)
  • Tekanan darah : 120/80( 2 kalo check coz yang pertama 134/66)
  • HB : 11.6 (Alhamdulillah naik balik)
  • Urine : Dah normal kembali
  • Ketinggian rahim : Dah jatuh dari 39cm ke 35cm
  • Kedudukan baby: Songsang dua-dua
Berbalik pada result ketinggian rahim, umi cukup risau coz dah memang jatuh banyak.
Masih umi ingat masa pregnantkan adha ketinggian rahim baru turun 1cm esok dah masuk hospital coz air ketuban pecah.
Yang ni pun akan macam ni ke?
huhu kalo boleh janganla buat masa nie.
Tunggula cukup 36 @ 37 minggu.
Umi kalo boleh tak nak twin di tahan dalam inkubator.

Berat baby first dah 1.9kg+/-
Baby kedua 1.6+/-
Ini yang umi dapat masa umi checkup di SALAM minggu lepas.
Berapa berat sebenar yea twin umi nanti?



*** Tunggu jawapan dari doktor pakar isnin ni macam mana.
*** Gi hospital isnin ni kena bawa baju siap-siap takut kena warded.

Jalan-Jalan Bersama Adik-Adikku...

Bila adha takda rumah rasa sunyi.
Bosan sangat-sangat dok rumah.
Last-last malam tue ajak suami bawa adik umi, sepupu dan kawan adik yang duduk kat rumah umi sekarang ni gi I-City.
Dah lama rancang nak bawa dorang nie, tapi masa tak mengizinkan coz dorang ni keje lain shift(part time tesco).
Dah semua ada malam selasa hari tue bawa la dorang gi jalan-jalan kat sana.

Dah lama umi tak gi I-City tue. Walaupun dekat je dengan rumah.
Dulu pergi, free je. Parking tak kena bayar masuk pun tak kena.
Sekarang ni parking dah kena bayar tau RM 10.
Nak masuk setengah tempat pun kena bayar.
Tambah lagi tempat salji tiruan tue.

Jadi jom je la layan gambar mak buyung bersama adik-adiknye berjalan di I-City...

Mak Buyung yang kepenatan berjalan dari tempat parking nak turun ke bawah.
Nasib baik tak terberanak kat I-City.


3 sahabat.
Yang baju kotak-kotak tuela adik umi.
Baju belang tue anak mak cik umi aka sepupu umi.
yang baju merah bercermin mata tue kawan kepada adik umi.
Sekarang ni dorangla pembuat bising dalam rumah umi.
Hilang rasa bosan kalo dorang ada.


Gambar zirafah ni tangkap dari luar je..
Ingat nak tangkap dekat.
Tapi tengok-tengok nak masuk kena bayar Rm 2.
Murah memang murah tapi kalo dah 5 orang tak 10ringgit.
Boleh beli air duit tuekan...
Kalo ada adha mungkin masuk juga.

Harusla adakan gambar kakak dengan adik.
Nila satu-satunye adik umi dan lelaki dalam keluarga umi.
Gambar dengan suami takda coz suami tak nak bergambar.


Gambar masa dah nak jalan balik parking dan singgah main permainan kat situ.
Sungguh umi cakap, makanan kat I-City memang mahal yea.
Kalo bawa ramai-ramai silala standby duit yang banyak.
Kami sampai rumah dalam kul 10.30malam.
Balik sembang-sembang, umi pun tumbang sampai pagi.
Zzzzzzzzzzzzzzzzz....

*** Bosan bila anak takda. Buat kerja semua tak kena...

Selasa

Adha Keluar Jalan-Jalan


No story for this picture.

Mama dah start sakit perut.
Doakan untuk mama yea...

Anak Mama Yang Kuat Segalanye..


Sorry kawan-kawan semua N3 berkisahkan Adha.
Coz Mama terlalu rindu..

Apa yang kuat tentang adha nie???

Masa hantar kat kampung umi dah beli siap-siap susu dumex 1-3 tahun yang pek 1kg punya 5beg.
Kononnye tahan untuk 1 bulan.
Tapi semalam telefon mak. tanya susu dia ada berapa paket lagi.
Mak cakap tinggal lagi 2 bag.
Ha???
Dalam 1 minggu lebih tinggal 2 beg??
1minggu 3 kg ke adha minum.
Kuat betul anak mama minum susu ek.
Nasib baikla kat carefour susu dumex baru 20 ringgit satu beg.
Kalo kat tempat lain dalam 22 ringgit ke atas.
Parak mama macam nie sayang.

Lagi satu adha kuat makan.
Nasi kalo dalam 1 senduk setengah tue dia boleh habis.
Kalo takda kawanla kat rumah.
Kalo ada orang dia banyak nak main.
Adha ni makanan kesukaan dia adalah bihun.
Tak kirala bihun goreng ke atau sup.
Confirm dia nganga je mulut bila kite nak suap.
Patutla anak mama bulat badan dia.
Mak umi cakap berat dia 12 kg dalam usia:
1 tahun 3 bulan..


Isnin

Adha dengan Kuda...

Mula-mula dapt gambar ni terdetik dalam hati,
"Ya Allah banyak nye bedak kat muka anak aku".
Kalo nenek dia letak bedak mesti putih macam tepung.
Huhu janji comel.

Kuda yang adha naik ni adalah hak milik Iman.
Bila kakak umi balik rumah mak confirm dia kena angkut sekali kuda ni.
Nak tau kenapa??














Akan berebut kereta nie..
Kereta ni umi angkut sekali bawa balik kampung masa hantar adha hari tue.
Bila dah ada 1 kuda satu kereta maka iman dengan adha takdala berebut nak main.

Cerita pasal adha dengan iman ni, kalo kawan-kawan nak tahu.
Mula-mula adha kat kampung iman yang buli adha.
Siap kena gigit berbekas 8batang gigi iman kat tangan adha tau.
Adha kena tolak berapa kali sampai terduduk anak umi.
Tapi sekarang, iman yang kalah.
Tapi takdala sampai adha menggigit orang.
Coz umi tak pernah ajar.


Adha Di Kampung

Kalo tengok pada gambar ni kan macam adha je yang nak menang.
Tapi adha kalah la...
Ni gambar fresh yang baru di hantar oleh mak umi di kampung.
Gambar aksi adha main dengan anak kakak umi Iman.

Dah 1 minggu adha duduk jauh dengan mama.
Huhu, adha tak meragam pun. Cuma waktu malam je cari mama mak umi cakap.
Masuk bilik tidur, bilik mandi cari mama dan ayah.
Tapi adha tak nangis.
Adha anak yang baik..

Adha tunggu mama tau..
Nanti mama bawa balik adik kat adha..
Tinggal 2 minggu je lagi sayang.
Pastu mama lepaskan rindu mama kat adha.

*** Masih mencuba mengupdate blog menggunakan handset. Tak lepas tang nak upload gambar je..

Rabu

Adha Bergambar Dengan Mak Pah & Pah Yang


Seronok yea anak mama kat kampung sekarang ni???
Dah lupa mama ke???
Ni gambar adha petang semalam.
Mak umi (Mak Pah) bawa adha keluar jalan - jalan kat kedai Pah Yang.
Makin bulat anak mama sekarang.
Rambut pun dah hitam balik.
Tunggu mama pulang yea sayang.
Mama rindu sangat kat anak mama...

Selasa

Tolong Buat Kerja Betul- Betul Boleh Tak?

Ntah kenapa yea kebanyakkan doktor sekarang atau nurse sekarang buat kerja sambil lewa???
Ni umi nak citer berdasarkan pengalaman umi la yea.

Kes Pertama:

Semalam umi gi hospital Klang untuk checkup bulanan.
Macam biasala memang ramai orang kat hospital tapi alhamdulillah dalam kul 10 lebih umi dah boleh balik.
Tak macam selalu nak dekat kul 12 tgh hari baru boleh balik.
Tapi umi tak puas hati dengan doc yang scan perut umi tue.
Nama doc tu umi tak ingat la plak.
Dia tak tengok dulu ke record checkup umi sebelum nie.
Kenapa umi cakap macam tue???

" Masa dia buat scan kat perut umi, dia scan hanya satu baby. Dia tak tahu yang umi pregnant kembar. Mula-mula umi ingatkan dia tahu. Tapi bila habis je scan baby first terus dia suruh umi bangun. Umi apa lagi cakapla kat dia baby yang kedua macam mana?? Pastu boleh dia cakap kat umi, awak memang ngandung twin ke??
Aduh, nak je umi balas, sape yang doc nie. Takkanla awak tak tengok record sebelum ni dalam file tu dan buku merah umi. Geramnye hati."

Kes Kedua:

Ni berlaku minggu lepas masa umi gi klinik sek 7. Kejadian lebih kurang mcam berlaku kat Hospital Klang. Cuma bezanye dia tak scan tapi check bunyi jantung baby je. Yang umi nak marah, coz dia check jantung satu baby je. Bila umi cakap mana satu lagi bunyi jantung baby dia dah terkejut. Dia tanya umi balik, umi ngandung twin ke. Uik aku nurse ke atau ko yang nurse nie. Geramnye. Nampak sangat buat kerja sambil lewa. Tak tengok dulu record pesakit terus nak check. 

Kenapa yea masih ada doktor atau nurse macam nie. Umi tak kata semua doktor atau nurse macam ni. Cuma kalo boleh tolongla check dulu record pesakit sebelum check pesakit. Apa guna korang record kalo kite balik yang nak ingatkan. Kalo pesakit yang tak ingatkan macam mana???

*** Umi cukup geram dengan kejadian macam nie. Anak pakcik umi baru meninggal raya cina lepas coz appendiks pecah. Dah 2 kali gi klinik swasta doc cakap sakit perut biasa je. Last2 bawa hospital pantai doc cakap appendiks dia dah pecah. kuma dah naik ke paru-paru dan otak. Ni di kira kes doc buat kerja sambil lewa ke?


Percubaan Pertama Membuahkan Hasil...

Dah dekat nak due kan makin gementar umi rasa.
Macam tak pernah alami pulak sebelum ni.
Masa ngandungkan adha breast umi mula mengeluarkan air semasa umi hamil 7 bulan.
Tapi kali ni umi rasa dalam 6 bulan lebih dia dah start keluar cecair berwarna kuning bila di picit.

Semalam pas mandi, makan dan nak rehat, umi terasa breast umi bengkak, tegang dan sakit.
Macam orang bengkak susu tue.
Tak tahu nak watpe.
Memang terasa tegang sangat-sangat.

Umi pun tryla guna Spectra 3 yang umi beli hari tue.
Ingatkan takda air yang keluar.
Rupanye ada tau.
Tapi takla pekat just cair je warna kuning.



Nampak tak??
Warna kuning cair je.
Ini baru umi pum sebelah kiri je dah keluar hasil kalo sebelah kanan tak tahula.
Bila pum dha keluar ni, baru umi teringat nak msg ke Kak Mieja tanya boleh ke pum.
Bila dah dapat jawapan umi dah tak buat lagi.
Ty Kak Mieja bagi informasi pada umi.

Sayang tau nak buang hasil yang umi dapat semalam.
Sedih je bila nak gi basuh.
Tak sabar nak pum bila baby dah keluar nanti.

*** Kenapa yea umi terasa breast umi pedih sikit bila menggunakan S3???
*** Normal ek???

Terubat Rindu Mama


Gambar malam tadi.
Nenek adha yang hantar.
Menangis bila tengok gambar nie..
Adha happy yea dok dengan nenek di kampung.
Mama plak yang sedih huhuhu..

Thank you Maklang tolong tangkap gambar ni.
Bulat muka adha...

*** Bila dapat gambar ni umi tengok sampai tertido. Air mata mengalir kerana rindu.

MY HARDWORKING CHILD/CHILDREN CONTEST



Jom Pakat ramai-ramai join contest ni.
Dah nak dekat tamat ni.

Nak tahu lebih lanjut klik 


Gambar yang umi pertaruhkan mestila gambar hero kesayangan umi.

Nama Anak : Muhammad Dzal Adha B. Muhammad Hasry
Umur Anak : 1 Tahun 3 Bulan

Jadi umi nak Tag kepada 3 orang untuk join contest ni:
Mama Dani
Mama Naufal
Mama Umairah

Kepada yang nak join lagi marila. 


Isnin

Macam Tahu- Tahu Je.

Alhamdulillah adha selamat dah sampai di kampung pada khamis lepas.
Walaupun dengan berat hati, umi terpaksa merelakan adha duduk dengan neneknye.
Maafkan mama sayang.

Di malam terakhir adha duduk dengan mama kat shah alam, adha tak nak langsung berenggang dengan mama.
Sama juga di kampung.
Adha macam tahu je adha akan di tinggalkan.
Maafkan mama sayang.



Malam terakhir adha dekat rumah, adha tolong mama dengan ayah mengemas rumah. Siap dengan penyapu dan penyodok. Terhibur hati mama dan ayah.
Selalunye masa ni adha dah tido, tapi adha still nak berjaga. 
Macam tahu-tahu je nak kena tinggal.

Last-last kul 9.30 malam baru adha tido. Masa mama tangkap gambar ni, bergenang air mata mama. Sayu hati mama. Lepas ni dah bukan mama bagi tido adha. Bukan mama lagi mengayunkan adha dalam buaian.


Gambar ni ditangkap sebelum kami bergerak balik ke perak.
Biarkan dia mengexplorekan diri buat kali terakhir di rumah mama yang kecik.
Masa ni adha tunggu ayah balik kerja.
Umi mc hari tue. Coz badan tak sihat macam nak demam.
Selsema dan batuk pun ada.


Ini gambar dalam perjalanan sudah. 
Mama biarkan adha duduk di sebelah ayah. Tapi takda maknanye.
Ada dalam 10 minit dia dah dok belakang balik.
Adha dah tukar baju coz habis air nescafe ayah dia bagi tumpah ke baju.
Selalunye adha akan tido bila naik kete.
Tapi malam tue, dia boleh berjaga temankan mama dan ayah.
Dah sampai Gopeng, Ipoh baru dia tido.
Macam tahu-tahu je dia nak kena tinggal.

Muka mama yang pucat tak bermekap langsung.
Just pakai bedak.
Mama memang takda mood langsung.
Dalam kete lebih mendiamkan diri.


Gambar kat kampung memang takde.
Bukan taknak tangkap.
Tapi malas, hanya nak lebihkan masa dengan anak je.

Semalam ontheway balik shah alam hanya bunyi deruman kereta menemani kami suami isteri.
Sementara nak sampai ada kot dalam 10 kali kol mak di kampung.
Memang terasa ketiadaan adha.
Baru sehari, macam mana la nak tunggu sebulan lagi.
Ya Allah kuatkanlah semangatku..

*** Tidak lena tido malam tadi. terngiang-ngiang suara adha nangis nak minum susu tengah malam.

Selasa

Kenapa begitu murahnye air mata seorang ibu?
Kenapa cepatnye tumpah air mata seorang ibu?

Ya Allah aku bermohon padamu sekali lagi Ya Allah.
Kuatkanlah semangatku yang dah makin lemah.
Aku tak bisa lagi menipu diriku bahawa aku seorang ibu yang kuat.
Aku seorang yang mampu boleh berjauhan dengan anakku.

Aku tahu aku terlalu ikut perasaan.
Mungkin ramai orang akan kata " ala, bukannye jauh pun boleh ko balik tengok".
Mungkin akan kata mcam ni," ko yang ngada-ngada lebih. anak takda pape pun".
Kalo betul ada orang akan cakap macam tue inila jawapan dari mulut umi...

" Ya memang rumah mak umi tak jauh. Perak je. 4jam sampai. Tapi bagi umi yang gaji berapala sangat dan suami umi pun bukan bergaji besar yang boleh umi balik kampung selalu, mungkin akan menyusahkan family umi. Kalo korang nak tahu bajet nak balik kampung sekurang-kurang RM 200 dalam tangan. Termasuk Toll pergi balik RM 60, minyak pergi balik RM150. Jawapan kalo orang kata umi yang ngada-ngada lebih umi rasa orang tue tak berakal. Cuba cakap dengan umi mak mana sanggup berpisah dengan anak. Setakat berpisah hantar anak rumah pengasuh, pergi kerja umi rasa takpe lagi. Tapi inikan sebulan. Takkan korang tak rasa sedih berpisah dengan anak sendiri. Tambahan pulak korang tak pernah berenggang lama dengan anak korang".



*** Hari yang penuh dengan emosi.

Malam Terakhir Ke???

Sayu rasa hati.
Mungkin malam ni malam terakhir adha tido di rumah Shah Alam bersama Mama dan Ayah.
Selepas ni adha kena tido dengan Makpah di kampung.
Ya Allah kuatkanla semangatku untuk berjauhan dengan anak kesayanganku.
Bukan niat ku untuk berjauhan dengan anakku.
Bukan niatku nak abaikan tanggungjawabku sebagai ibu kepada anakku.
Tapi ini semua aku buat atas memikirkan semua benda yang harus aku buat selepas bersalin nanti.
Adha maafkan mama dan ayah.
Sebulan je adha dok dengan MakPah di Perak.
Lepas mama bersalin mama dan ayah ambik balik yea sayang.
Sorry kawan-kawan umi emo sedikit hari nie.


*** Siapa akan peluk mama malam2 berikut selepas adha takda???
***Sape nak buat mama geram sayang lepas ni???