Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Selasa

Tercapaikah Impian Ku Nanti??

Semuanye bermain di pikiranku sekarang nie. Lagi nak due lagi banyak benda yang nak dibuat dan di beli.
Dahulu mengandungkan adha 7 bulan barang bayi semua dah nak siap di susun dalam bakul. Tapi kali ini ntah kenapa baju bekas adha pun masih belum di kemas lagi. Umi dah siap basuh dah pun cuma nak di susun je belum. Masih banyak lagi yang tak cukup macam baju, dan mitten. Alhamdulillah, stoking kaki memang dah terlebih cukup. Kalo ikutkan baju dan mitten dah cukup tapikan umi ngandungkan kembar mana nak cukup baju si adha tue... Huhu... Insyallah hujung bulan ni baru nak gi cari...

Satu lagi menjadi kerisauan hati umi. Umi dah memang memasang niat nak BF kan bakal twin sampaikan umur mereka 2 tahun. Insyallah. Tapikan, umi masih tertanya -tanya pada diri sendiri. Apa pun persediaan mengenai penyusuan umi tak ready langsung. Setakat ceramah penyusuan tue adala umi dengar dah. Tapi dari segi keperluan dan peralatan dalam penyusuan masih belum ada.

Masih umi ingat lagi, umi membeli pam susu sewaktu pantang kan adha 3 hari. Itupun setelah mengalami bengkak susu yang ketara dan teramat sakit ye kawan-kawan. Sampaikan nak angkat tgn, nak ngiringkan badan nak nyusukan adha dah tak mampu. Demam selama 3 hari. Seksanye. Ini semua kerana tiada persediaan dari awal. Dah bengkak baru nak gi cari. Pam yang mak umi belikan adalah pam jenama pureen.

Mcama ni la lebih kurang bentuk dia. Menggunakan pam ini memeng memenatkan tgn. Hasil keluaran pun hanya mewah pada waktu mula je. pastu merundum dan menyakitkan breast umi. Nak gi cari lain, mana la nak gi cari kat kampung. Lagipun transport takda. Pakai jela.. Last campur juga dengan susu formula di kala usia adha nak cecah 1 bulan. Sedih rasanye. Kalo ikutkan taknak bagi tapi apakan daya tak tahan dengar adha menangis lapar dan bebelan dari ibu..

Hari tu gi survey ternampak pam susu jenama anakku. Harga dalam 50ringgit. Teringin nak beli tapi takut function dia sama je dengan pureen kat atas. Coz guna kekuatan tangan juga dan takut menyakitkan. Ada tak sape2 pernah menggunakan pam jenama Anakku nie?? Kalo ada tolong la sharekan hasil penggunaannye adakah memuaskan atau tidak.


Ini plak pam susu jenama mendela. Sama juga menggunakan tangan. harga dia dalam 1 rts ke atas kot. Ramai orang cakap tak menyakitkan tapi itula tak boleh buat double pumping.

Inila pam yang umi idamkan sebenarnye. Spectra 3. Boleh buat double pumping, menggunakan elektrik, boleh menjimatkan masa. Harga dalam 300ratus ke atas. Kalo beli 1 set ada dalam 6ratus lebih kot. Tapi apakan daya kewangan masih tak mencukupi untuk membeli spectra 3 ini. Harap ada rezeki boleh la beli pam susu jenama mendela(spt gbr di atas)/ S3. Insyallah..


*** Tercapaikan hasrat ku untuk menyusukan si kembar dengan susu ibu sepenuhnye???
*** Ada tak sape2 yang nak jual pam susu murah2 kat umi(bagi pinjam dahulu ke) hihihi...

5 ulasan:

sumimie berkata...

salam umi, singgah dari blog k.mieja
doakan tuk umi semoga dpt beli spectra 3 tu.
saya pakai s3, Alhamdullillah susu melimpah ruah mungkin juga sebab rangsangan dari pengempaman dari hari pertama kelahiran.
skrg da 3bln lebih sy masih dpt pam 9oz per sesi.

nur berkata...

salam ummi,
semoga urusan dipermudahkan oleh Nya... yg penting, mesti yakin dan cukup ilmu... gali ilmu bf senadalam mungkin... Insya Allah, apa saja ujian lepas tu. kita tabah menghadapinya :)

pasal pam, mungkin boleh cuba yg manual dulu. akak guna pam avent (beli kat ebay, dapat harga RM120 jer... compare harga kat malaysia RM200+)

s3 kalau yg x biasa guna pam agak menyakitkan jugak. mcm sorang kwn akak, langsung x guna s3 w/pun dah habis beratus sbb x thn sakit.. but it depends to individuals.

akak pun guna s3 juga kat opis sbb sgt menjimatkan masa. boleh pam dua dua serentak :). mula2 mmg rasa sakit skit, tp lama2 bila dah biasa, akan rasa ok jer :)

pelaburan utk beli pam yg berkualiti mmg sgt berbaloi :)

Sue berkata...

salam.. wah mengandung kembar? seronoknyea.... pd sy, kalau dah niat nak bfeed kan anak, beli lah pam yg sesuai. mcm pureen dan anakku tu mungkin bole dibuat spare je. sbb saya ada pengalaman guna pam mcm tu. tak membantu production langsung. masa peknen anak ke 2 sy da decide nak bfeed, gigih kumpul duit beli spectra3. Alhamdulillah.. dan lepas anak umur 10bulan pula saya beli pam medela Freestyle, itu pun join kutu. Yea salah satu cara nak beli pam dgn cara ansuran, join la kutu. Lagi bagus kalau awak dpt join jadi peserta pertama. So barang terus dapat sebulan lepas tu, n cuma bayar installmnt je selama 6bulan. cuba tgk web kawan saya : www.letgoproduct.blogspot.com

cuma kalau join kutu ni, niat kena ikhlas la supaya orang lain tak teraniaya...

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

UMMI: Kak mieja doakan ummi boleh bf kembar, insyaallah.

Untuk kembar, ummi kena lebih sikit kekuatann & semangat....untuk kembar juga ummi kena belajar macamana nak handle bf dgn serentak. Kak mieja ada risalah pasal bf kembar, mari bg akak no fax, akak faxkan infonya.

Situasi kembar tak sama dgn situasi anak sorang, kembar kena lebih rangsang utk membanyakkan air susu. Kak mieja suggest utk dapatkan air susu byk, kerapkan pengepaman siang dan malam setiap 2jam sekali.

Pengepaman dibuat mcm nie:

hari 3 - hari ke13 = pam & terus bg kat kembar disamping breastfeed

hari ke-14 = pam & terus buat stok utk berkerja, insyaallah awak senang nanti:)

Mintak kat alllah, baca doa albaqarah ayat 60 dari skrg mintak dibykkan susu.

(ummi mesti blh buat, blh jadikan sumimi idola jugak:) sebab mimi pon mengepam dari awal kelahirannya, masyaallah susunya melimpah ruah jugak)

Pasal pam plak, kak mieja suggest beli yg double pam. Beli spektra itu plg murah skrgkan....ummi budget brp RM? nanti kmieja tolong carikkan....ada kawan nk letgo spekranya ...

atau nak beli medela? nanti kmieja tolong surveykan jugak...

Pam penting ummi, bg kmieja pam nyawa kedua...kalaou lain2 keperluan tak ada, tak apa, janji ada pam, ada makan yg bykkan susu, ada supplement dan doa dah cukup.....allah mesti tolong.

Ummi siapkan jugak basic supplement, tak payah beli beratus-ratus, beli yg basic, mcm suggestion gynae akak, ibu menyusu perlukan supplement nie, kat klinik ada:
-omega 3, obimin, kalsium+vitamin c

OK ummi, kak mieja sambung lagi lain kali. Kuat semangat.....:):)

muahhh muahhhhhh....

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

salamss ummi :)

ambik phone number nie: wafi 0129066653
dia nak jual spekra3 nya dalam rm200

trylah call dia tanya condition pamnya :)
nanti kmieja faxkan infor pasal kembar 2 bf yerk...

:)