Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Kami Di Zoo Negara Di Hari Thaipusam...

Memang dah lama sangat nak pergi kat Zoo Negara. Nak bawa adha gi jalan-jalan. Tapi semua tak menjadi. Tapi alang-alang kiteorang gi Taman Permata, Ulu Klang terusla singgah. Dah dekat sangat tak singgah rugi. 

Kiteorang sampai dalam kul 1 petang kot. Tengah panas terik tu, kiteorang masuk. Memang ramai orang semalam kat zoo coz cuti Hari Thaipusam kan. mujur jalan je tak jem.

Jadi layan je la gambar mak buyung yang dah nak masuk 8 bulan minggu di dalam zoo dengan suami dan adha.

Masa ni kami baru turun dari train. Rasa malas plak naik train coz tak puas tengok. Rugi je bayar Rm6 (2 orang dewasa). Tapi takpe la... Adha tak nak berjalan langsung dalam zoo. Dia lebih suka dok dalam stroller. Mujurla stroller suami bawa bersama kalo tak memang tinggal kat rumah je stroller tue. Masa ni adha tengah tahan ngantuk tapi taknak juga tido.

Ha cuba teka apa yang di lihat oleh adha dan ayahnye???

Singa yang sedang tido. Huhu. Leceh betul mari time tgh hari ni. Banyak haiwan yang tido. Pastu dok menyorok belakang pokok. Tak nampak sangat haiwan.

Masa ni suami cuba lepaskan di kat bawah. Bagi dia berjalan. Tapi idak maknanye. Dia nampak je orang lalu dekat dengan dia, terus pegang kaki ayahnye. mintak di dukung. Hu penakut orang rupanya anak mama. Masa ni kiteorang tengok haiwan apa yea???
Owh Harimau belang. Gambar dia dalam gelung tue. Tengah tido. Abikan bayang-bayang perut mama yang nampak kat cermin tu ek...

Gambar mama mestila harus adakan.. Ni tak silap umi gambar di tangkap kat kandang singa... 
Adha dah payanh nak pandang kamera la sekarang. Penat dah suruh tapi pandang lain juga.

Ni masa kat kandang tapir. Gambar ayah takda coz ayah tak suka sangat bergambar. Jadi ayahla jadi tukang tangkap gambar guna handphone mama.

Comel sangat tengok kura-kura nie.. 

Ni plak reaksi anak dan ayah tengok kura-kura berenang.

Masa ni kami kat tempat pertunjukkan binatang. Ingatkan ada masa ni tapi pertunjukkan hanya di buat pukul 11 pagi dan 3 petang. Sedih tak dapat tengok. Masa ni umi dah penat berjalan. Sampai terduduk dah kat situ.
Mata adha asyik tengok ikan besar tengah berenang belakang umi. Gambar ikan tu tak tangkap la plak.

Dah habis pusing dalam zoo negara tue, dalam kul 2 lebih kami keluar dr zoo terus masuk kete. Dah tak larat dah nak jalan. Coz sebelum kami datang sini kami telah pergi ke alamat ni:


No. 1C (3rd Floor), Persiaran Permata,
Taman Permata, Ulu Kelang,
53300 Selangor, MALAYSIA
(We are above Old Town White Coffee Shop) - lift facility is provided
TEL:  +603 - 4105 7029 / +6019 310 5988

Haha terbongkang anak umi bila dah masuk kete. Dapat je susu terus zzzzzz. Sampai la kat rumah. 
Mama plak???
Tido juga kat sebalah adha sambil duduk je. Ayah drive sorang-sorang..

*** Perut umi sekarang ada nampak macam mengandungkan anak kembar tak??? Ramai orang cakap kecik je perut.

1 ulasan:

mamaaedrean berkata...

kami ms pegi ari tuh... n3 panjang giler... ahaks...

bestkan? :)