Kepada pihak pengunjung Blog MA yang tak seberapa ini MA ingin ucapkan terima kasih sudi menjengahkan diri ke BLOG umi.



Blog ini adalah hak MA. Jikalau orang yang menjengah BLOG ini terasa MA minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. BLOG ini hak peribadi MA. Apa yang MA tulis hanya luahan hati dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.



Jumaat

Bulan 3 Pilihan Yang Tidak Boleh Aku Tolak.

Kenapa Dengan Bulan 3 (MARCH)???

Bulan 3 adalah tarikh due umi.
Bukan umi tak suka dengan tarikh 23 march 2011 yang diberi,
Tapi umi masih tak dapat terima tarikh 37 minggu umi hamil ( lebih kurang 3 march 2011) semalam membuatkan umi dah takda pilihan. 
Nak tak nak kena terima.
Takut, risau, dan macam-macam lagi perasaan bermain di kepala umi.

Seperti yang mana kawan-kawan tahu, bagi ibu yang hamilkan baby kembar (twin) jarang sangat boleh bersalin normal.
Inilah yang terjadi pada umi.
Umi nak sangat bersalin normal tapi apa kan daya dah nak masuk 3 bulan baby still songsang.
Di mana kepala baby 2 kat atas.
Dah takda ruang dah baby nak pusing.
Sendat,sempit dan bertindis dah kedudukan baby.

Semalam umi checkup di SALAM.
Harapan umi biarla baby twin pertama akan pusing coz doc siti cakap kalo baby pertama tak songsang umi boleh bersalin normal.
Tapi, apa yang umi hajati dan mahu dari baby tak menjadi.
Baby still songang.
Sedihnye hati umi, bila doc siti cakap baby dah takda harapan nak pusing.
Kalo still tak pusing, bila kandungan awak cukup 37 minggu kena operate.
Coz baby twin umi dah terlalu padat.

Nak taknak umi terpaksa terimala kan perut umi dibelah.
Demi keselamatan baby umi dengan umi sekali.
Bertawakal pada Allah adalah yang terbaik bagi umi.
Kite dah mencuba tapi takda perubahan.

Ada lagi 5 minggu sebelum umi menyerah diri di hospital.
Umi tak bersalin di SALAM coz tak cukup bajet.
Jadi umi akan bersalin di hospital goverment iaitu HTAR.
Kepada kawan-kawan doakanlah bagi umi supaya baby twin pertama boleh pusing.

2 ulasan:

Elly & Emmy berkata...

tabahkan hati ummi..
tak kira apa caranya.. beranak normal atau tidak.. yang penting bb twin selamat dilahirkan.. ummi dan twin sihat..
semoga Allah mempermudahkan urusan ketika bersalin nanti..Amin

Noraini Aznan berkata...

Salam ummi...
Insyaallah,nor doakan yg t'baik buat ummi n baby..xkire la normal or c-zer,yg penting both of u safe...(^_^)